Baking Class Bersama Chef Kecik | Chef Kecik Cafe

September 19, 2023 by No Comments

Pernahkah anda dengar tentang Chef Kecik Cafe, atau pernah join baking class bersama Chef Kecik? Untuk pengetahuan anda, Chef Kecik Cafe ini sangat popular dengan jualan homemade pastries, cakes dan cookiesnya yang sangat menyelerakan.

Perkara yang lebih luar biasa adalah, kafe ini menawarkan baking class secara online dan fizikal kepada sesiapa sahaja yang berminat. Ha, menarik kan?

Bak kata orang tua-tua, tak kenal, maka tak cinta. Jadi tanpa membuang masa, mari Cik Min share sedikit sebanyak tentang kafe Chef Kecik ini.

The Kampung Boy Who Bakes | Chef Kecik Cafe

Chef Kecik Cafe ini terletak di 30, Jalan Eco Majestic 10/1D, 43500 Semenyih, Selangor dan beroperasi pada Jam 8:30 pagi sehingga 7:30 petang, setiap hari Selasa hingga Ahad. Pemiliknya, Mohd Rahmat Bahaudin atau lebih dikenali sebagai Chef Kecik telah memulakan perniagaannya secara online sejak tahun 2015.

Pada awalnya, beliau hanya mengambil tempahan daripada kenalan yang rapat sahaja, namun lama kelamaan, perniagaannya semakin berkembang dan mendapat tempahan yang begitu banyak sehingga beliau akhirnya tersedar bahawa beliau tidak lagi ‘cukup tangan’.

Beliau menjenamakan produk dengan nama Chef Kecik dan membuka sebuah kafe yang dinamakan Chef Kecik Cafe. Hal ini adalah untuk memudahkan interaksi secara lebih dekat dengan pelanggan.

Sikap beliau yang sangat suka berkongsi resepi di blog sejak dahulu juga membantu mendorongnya untuk mengadakan kelas-kelas baking, agar dapat berkongsi ilmu dengan ramai orang. Justeru, hal inilah yang menjadikan kafe beliau lain daripada yang lain.

Kecil-kecil Cili Padi | Baking Class Bersama Chef Kecik

Baking class bersama Chef Kecik

Memandangkan Chef Kecik mengajar secara online sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang lalu, beliau kini akhirnya sudah berpeluang untuk mengadakan kelas secara fizikal di baking studio sendiri.

Menurut beliau, kini sejumlah lebih 42,893 orang sudah pernah menyertai baking class bersama Chef Kecik sama ada secara online mahupun fizikal. Bukan sahaja penyertaan dari serata Malaysia, malahan pelajarnya juga datang dari negara luar seperti Singapore, Indonesia, Brunei, Qatar, Egypt, Thailand, India, dan juga Taiwan.

Fuh, memang hebat sungguh penangan Chef Kecik ini ya! Bak kata pepatah, kecil-kecil cili padi gittew…

Selain itu, selepas Cik Min stalk TikTok, Facebook, Instagram dan Website Chef Kecik ni, barulah Cik Min makin faham mengapa ramai orang di serata dunia berminat untuk menyertai baking class bersama Chef Kecik.

Jika anda lihat pada presentation atau rupa makanannya, ia memang sangat menyelerakan! Tak hairanlah ramai yang sanggup datang dari jauh, semata-mata untuk mencuba dan mempelajari setiap makanan yang disajikan di Chef Kecik Cafe ini.

Untuk pengetahuan anda, antara best recommendations di Chef Kecik Cafe ini adalah:

  • Victoria Sandwich Cake
  • Croissant with hot chocolate
  • Laksa Johor

Sebenarnya, ada banyak lagi yang Cik Min nak recommend tapi lagi mudah kalau anda semua lihat sendiri menu-menu utama di Chef Kecik Cafe ini melalui video di bawah. Andai ada kesempatan, pastikan anda singgah dan cuba hidangan-hidangan di sana juga ya. Selamat menjamu selera!

@chefkecikkitchen

Chef Kecik Cafe 30, Jalan Eco Majestic 10/1D, 43700 Beranang, Selangor 8:30AM – 7:30PM (Mon closed) Video by @MalaysiaFood&Travel #cafeecomajestic #ecomajesticsemenyih #cafehuntingselangor #croissant #cafehopping #kedaikeksemenyih #croissantecomajestic #ecomajestic

♬ original sound – chefkecik – chefkecik

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Baking Class Bersama Chef Kecik“. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *