Bahulu untuk Wedding Gift

November 22, 2022 by No Comments

Bahulu untuk wedding gift sememangnya pilihan para pengantin zaman kini. Meskipun bahulu digelar sebagai kuih tradisional, namun ia masih digemari oleh setiap lapisan masyarakat.

Tekstur bahulu itu sendiri yang luarnya rangup dan dalamnya lembut, telah membuatkan ramai orang jatuh hati termasuklah Cik Min! Paling menarik ialah, bahulu ini juga turut didatangkan dalam pelbagai bentuk, saiz, variasi dan perisa.

Anda jangan berfikir bahawa manusia sahaja yang boleh berubah mengikut peredaran zaman. Kuih bahulu pun boleh tau, hihi

Tidak lupa juga, bahulu ini sangat sesuai dimakan sewaktu minum petang dan dijadikan kudap-kudapan tatkala kebosanan. Jadi, bahulu ini tersangatlah sesuai jika hendak dijadikan sebagai wedding gift majlis anda.

Bahulu dKetuhar Adalah Sesuai untuk Dijadikan Sebagai Wedding Gift di Majlis-majlis Perkahwinan

Bergerak ke arah bulan Disember ini, sudah pasti ‘musim perkahwinan’ juga bakal tiba. Seperti yang kita tahu, bakal-bakal pengantin sememangnya sukakan tarikh-tarikh pada hujung tahun sebegini kerana ia adalah sinonim dengan cuti persekolahan.

Apabila musim cuti persekolahan tiba, maka lebih mudahlah untuk mereka menjemput, berkumpul dan bertemu bersama sanak saudara tercinta. Confirm meriahlah suasana majlis perkahwinan nanti!

Namun, Cik Min ada satu persoalan untuk diajukan kepada bakal pengantin semua. Adakah anda sudah menentukan wedding door gift bagaimana untuk diberikan kepada para tetamu nanti? Jika belum, Cik Min sangat recommend para bakal pengantin semua untuk mendapatkan bahulu dKetuhar sebagai wedding door gift majlis perkahwinan anda.

Untuk pengetahuan anda, bahulu dKetuhar untuk dijadikan sebagai wedding door gift ini sememangnya enak, exclusive, mudah dan jimat kos tau! InshaAllah, ia mampu menepati cita rasa semua. Nak tahu dengan lebih lanjut? Pastikan anda membaca perkongsian Cik Min sehingga ke penghujung ya…

Bahulu untuk Wedding Gift Terbaik Daripada dKetuhar Bahulu

DKetuhar Bahulu merupakan sebuah perniagaan yang diusahakan oleh Puan Hasliza, atau lebih dikenali sebagai Akak Bahulu. Dahulunya, dKetuhar Bahulu ini dikenali sebagai Bahulu Makwan dan telah giat dijalankan sejak tahun 2017 sehingga kini.

DKetuhar Bahulu turut berkembang maju dan saling berdaya saing secara sihat di Malaysia, melalui setiap pemilihan produk serta keluaran terbaharu mereka, bagi memenuhi permintaan setiap pelanggan.

Apa yang lebih menarik ialah, dKetuhar Bahulu boleh menerima tempahan secara last minute tau… Jadi, mudahlah untuk anda membuat tempahan pada bila-bila masa dengan kualiti yang kekal terbaik! Sudahlah kualiti terjaga, harga pakej bahulu yang mereka tawarkan pun murah dan sesuai untuk majlis-majlis seperti perkahwinan, doa selamat, aqiqah dan banyak lagi.

DKetuhar Bahulu juga turut menghasilkan pelbagai perisa kuih bahulu yang boleh dinikmati oleh setiap golongan mengkikut cita rasa masing-masing. Paling penting, ada sijil Halal JAKIM! Memang terbaikkk.

Jom Menempah Bersama dKetuhar Bahulu

Untuk anda yang ingin mendapatkan bahulu keluaran dKetuhar, anda dijemput singgah ke kedai mereka yang beralamat di, 56, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, 75460 Melaka. DKetuhar Bahulu akan beroperasi pada setiap hari KECUALI hari Ahad, bermula jam 9:00 A.M. sehingga 6:00 P.M.

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut tentang bahulu dKetuhar ini, anda terlebih dahulu boleh mendapatkan pelbagai pilihan pertanyaan di Linktr.ee dan Facebook dKetuhar HQ.

Buat mereka yang sudah membuat keputusan untuk menempah secara dalam talian, anda boleh terus melayari beberapa online shop dKetuhar Bahulu seperti di bawah:

WEBSITE DKETUHARdketuhar.com
SHOPEE: Shopee dketuharbaulu
TIKTOK: @dketuhar.hq
PG MALL: PGMall DKetuhar
AGRO BAZAAR: Agro Bazaar Online DKetuhar

Nak berhubung secara terus dengan team dKetuhar Bahulu? Jom ke talian, 017-739 2976 (Puan Hasliza) hari ini juga.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Bahulu untuk Wedding Gift”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, jom layari laman portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *