Bahulu Terbaik di Melaka

December 2, 2022 by No Comments

Bahulu terbaik di Melaka hanya boleh didapati di sebuah kedai bernama ‘dKetuhar Bahulu’ yang terletak di alamat, 56, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, 75460 Melaka.

Kalau anda selalu ke Melaka, anda pasti sudah tahu tempat-tempat yang terkenal dengan makanan-makanan viral kan? Tidak ketinggalan jugalah dKetuhar Bahulu yang dikenali dengan bahulu terbaik di Melaka ini tau…

“Tapi, apa yang istimewa sangat bahulu dKetuhar ni?”

Untuk pengetahuan anda, istimewanya bahulu dKetuhar ini adalah kerana kepelbagaian perisa bahulu yang dihasilkan. Walaupun mempunyai pelbagai perisa, tetapi dKetuhar Bahulu tetap menggunakan resipi asli yang sama supaya rasa dan tradisinya dapat dikekalkan.

Tidak dinafikan, kuih bahulu ini masih lagi menjadi kegemaran kebanyakan rakyat di Malaysia kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam tu! Sebab itu Cik Min sarankan anda untuk dapatkan bahulu terbaik ini daripada dKetuhar Bahulu.

Nak tahu cara dapatkannya? Jom baca perkongsian Cik Min sehingga habis.

DKetuhar Bahulu Melaka, Bahulu Terbaik Dengan Pelbagai Perisa

Bahulu terbaik di Melaka daripada dKetuhar ini mempunyai pelbagai perisa dalam memenuhi kehendak dan minat para pelanggan. Ia mungkin kelihatan agak janggal di mata sesetengah golongan, namun apa yang pasti, ia sememangnya menepati cita rasa tekak melayu Cik Min!

Antara perisa yang dihasilkan adalah coklat, pandan, strawberi dan yang paling ikonik ialah, original.

Seperti yang kita tahu, perisa original itu sendiri sudah enak rasanya dan amat digemari oleh seluruh warga Malaysia. Namun, perisa-perisa tambahan lain yang dihasilkan pula adalah enak dan lebih serasi dengan tekak kanak-kanak.

Pendek kata, bahulu ini bukan sahaja sesuai dinikmati oleh warga dewasa, malahan turut sesuai untuk dijadikan kudap-kudapan anak-anak. Tatkala anak-anak mengelak untuk makan, cuba berikan mereka sebiji bahulu coklat sebagai ‘pengeras’. Sudah pasti mereka akan sukakannya!

Perisa Bahulu Terbaharu Kegemaran Si Cilik

Haaa, tadi Cik Min baru bercerita tentang perisa-perisa bahulu yang sedia ada di dKetuhar Bahulu kan? Itu pun dah cukup buatkan Cik Min telan air liur, kemudian ditambah pula dengan kehadiran perisa baharu mereka iaitu, Bahulu Choco Leleh. Fuhhh, Memang mengancam!

Cik Min dah boleh bayang… Apabila makan sahaja Bahulu Choco Leleh ni, confirm coklatnya akan melimpah-ruah di dalam mulut kita. Kalau macam ni, bukan si cilik aje yang teruja untuk makan. Dengan Cik Min sekali pun tak sabar nak makan tauuu.

Bahulu Terbaik di Melaka Adalah Sesuai untuk Dijadikan Door Gift

Bahulu terbaik di Melaka daripada dKetuhar Bahulu ini juga sangat sesuai untuk dijadikan door gift majlis-majlis keraian atau keramaian, seperti majlis perkahwinan, majlis ulangtahun dan banyak lagi. Para pelanggan juga boleh memilih jenis-jenis bahulu mengikut citarasa dan kemahuan sendiri tau!

Terdapat 4 jenis pakej door gift yang boleh anda dapatkan daripada dKetuhar Bahulu. Berikut merupakan antara pakej yang mereka sediakan:

1. SET CLASSIC CERMAI

  • • Terdapat 3 jenis: Bahulu cermai 40pcs/ Bahulu cermai 20pcs/ Bahulu choco leleh.
  • • Setiap set cermai 40pcs dan Cermai 20pcs didatangi dengan 4 perisa yang boleh dipilih: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.

2. SET DOORGIFT CLASSIC KEMBOJA

  • • Terdapat 3 jenis packaging untuk dipilih (berlainan harga).
  • • Setiap pesanan boleh memilih 4 perisa Bahulu Kemboja: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.
  • • 3 pilihan door gift packaging: Plastik jimat/ Kotak ready-made/ Kotak custom-made.

3. SET DOORGIFT CLASSIC CERMAI

  • • Terdapat 3 jenis packaging untuk dipilih.
  • • Setiap pesanan boleh memilih 4 perisa Bahulu Cermai: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.
  • • 3 jenis set untuk dipilih mengikut kuantiti Bahulu Cermai: Cermai 2pcs/ Cermai 3pcs/ Cermai 4pcs.

Mari Dapatkan Bahulu Terbaik di dKetuhar Bahulu Melaka

Untuk anda yang ingin mendapatkan bahulu keluaran dKetuhar, anda boleh singgah ke kedai mereka yang beralamat di, 56, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, 75460 Melaka. DKetuhar Bahulu akan beroperasi pada setiap hari KECUALI hari Ahad, bermula jam 9:00 A.M. sehingga 6:00 P.M.

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut tentang bahulu dKetuhar ini, anda terlebih dahulu boleh mendapatkan pelbagai pilihan pertanyaan di Linktr.ee dan Facebook dKetuhar HQ.

Buat mereka yang sudah membuat keputusan untuk menempah secara dalam talian pula, anda boleh terus melayari beberapa online shop dKetuhar Bahulu seperti di bawah:

WEBSITE D’KETUHARdketuhar.com
SHOPEE: Shopee dketuharbaulu
TIKTOK: @dketuhar.hq
PG MALL: PGMall DKetuhar
AGRO BAZAAR: Agro Bazaar Online DKetuhar

Nak berhubung secara terus dengan team dKetuhar Bahulu? Jom ke talian, 017-739 2976 (Puan Hasliza).

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Bahulu Terbaik di Melaka”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, jom layari laman portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published.