Kuih Titisan Hujan Ipoh
Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu tentang satu kuih yang viral di media sosial TikTok, iaitu Kuih Titisan Hujan Ipoh! Kuih ini juga dipanggil sebagai Raindrop Cake. Kuih yang berasal dari Jepun dengan nama Mizu Shingen Mochi ini juga kini sangat popular di Amerika Syarikat. Sekali tengok kuih ini, memang nampak sedap dan menyegarkan!
Jadi, melalui entri kali ini Cik Min ingin berkongsi sedikit dengan anda semua tentang Kuih Titisan Hujan ini. Resipi ini Cik Min dapatkan daripada portal Sirap Limau.
Resipi Kuih Titisan Hujan Ipoh
Sekiranya anda lihat di TikTok dan YouTube, ramai yang sudah membuat sendiri Kuih Titisan Hujan ini di rumah. Mana tidaknya, Cik Min lihat bahan-bahan yang digunakan pun tak susah dan mudah didapati. Anda boleh sahaja buat sendiri dan paling penting ia memang sedap!
Bahan-bahan Jeli
- 1/2 sudu besar serbuk agar-agar Swallow layang-layang
- 1 sudu besar gula castor (sekiranya tak cukup gula castor, boleh tambah ikut kesesuaian)
- 700 ml air
Bahan-bahan Sirap Gula Melaka
- 4 sudu makan gula pasir
- 1/4 cawan gula merah/gula melaka
- Secubit garam
- 1/4 cawan air
Bahan-bahan Soya Powder – Kuih Titisan Hujan Ipoh
- Serbuk kacang soya yang sudah dipanggang
Cara Menyediakan
- Mula-mula rebus air, masukkan serbuk agar-agar dan gula castor kemudian kacau sehingga sebati. Masak sehingga mendidih.
- Tutup api dan tuangkan adunan tersebut ke dalam acuan bentuk bulat.
- Biarkan seketika sehingga adunan menjadi jeli.
- Kemudian, rebus pula air sampai mendidih, masukkan gula pasir, gula merah dan secubit garam. Kacau semua sehingga sebati. Biarkan seketika.
- Keluarkan jeli tersebut daripada acuan dan letakkan di atas pinggan, tuang sirap gula melaka dan letak topping serbuk kacang soya yang sudah dipanggang.
- Siap untuk dimakan!
Mudah bukan resipi Kuih Titisan Hujan ini? Jadi, setakat ini sahajalah perkongsian daripada Cik Min pada kali ini. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda membuat Kuih Titisan Hujan ini sendiri di rumah. Selamat mencuba!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!