7 Tempat Makan Best di Terengganu

September 9, 2022 by No Comments

Buat anda yang sudah plan untuk bercuti ke Terengganu, pastikan anda merancang perjalanan dengan baik, lebih-lebih lagi bab pemilihan tempat makan! So, anda semua dah tahu ke belum tentang 7 tempat makan best di Terengganu?

Di Terengganu ni, memang banyak tempat makan yang best dan sedap. Jadi buat anda yang masih belum tahu nak makan di mana, mari ikuti perkongsian Cik Min tentang 7 tempat makan best di Terengganu pada kali ini.

Perkongsian pada hari ini telah Cik Min senarai pendekkan merujuk kepada laman portal Saji dan juga pengalaman Cik Min sendiri. Semoga bermanfaat!

1. Warung Pok Nong Ikan Celup Tepung (ICT) | 7 Tempat Makan Best di Terengganu

Warung Pok Nong Ikan Celup Tepung ini merupakan salah satu daripada 7 tempat makan best di Terengganu yang wajib anda kunjungi. Ia menghidangkan menu makanan laut yang digoreng celup tepung tau!

Terdapat pelbagai menu yang dihidangkan di sini seperti udang celup tepung, sotong celup tepung, ikan celup tepung, cendawan celup tepung, bayam celup tepung dan banyak lagi. Harganya pula adalah mengikut pinggan dan berapa banyak yang anda ambil.

Tak minat celup tepung? Jangan risau … Di sini, mereka turut menghidangkan menu seperti mi rebus dan menu wajib Terengganu, iaitu keropok lekor. Bayangkan anda makan semua hidangan bergoreng enak ini dengan sos yang pekat, pedas dan manis, fuhhh confirm kena dengan citarasa!

Di samping menu makanan yang best ini, terdapat juga minuman-minuman yang menyegarkan seperti air kelapa, ais kacang, ais jagung dan lain-lain. Paling penting, harga mereka adalah berpatutan.

Alamat: Jalan Pantai A1693, Kampung Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 3.30 P.M. – 8.00 P.M.

2. Nasi Dagang Tepi Kubur Kg. Atas Tol

7 Tempat Makaan Best Di Terengganu
Sumber: TripHackerz

Nasi Dagang Tepi Kubur Kg. Atas Tol ini pula merupakan lokasi kedua daripada 7 tempat makan best di Terengganu. Ia adalah tempat paling lengkap untuk anda bersarapan pagi.

Jika anda berkunjung ke sini, anda boleh merasai sendiri antara makanan tradisi Terengganu seperti nasi dagang bersama gulai ikan tongkol, nasi minyak, nasi kerabu dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, dah alang-alang sampai ke sini, anda juga wajib pekena air ‘Teh Beng Ombak Rindu‘ mereka tau! Ia adalah teh ais madu yang dilimpahi buih sampai ke luar cawan. Rasanya yang tidak terlampau manis itu pasti kena dengan tekak anda.  

Alamat: Kg Atas Tol, 1318, T101, Kampung Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin & Selasa, 6.30 A.M. – 11.30 A.M.

3. Kak Yah Ikan Bakar

Lokasi seterusnya pula adalah tempat makan tengahari di Kedai Makan Kak Yah Ikan Bakar. Restoran ini menyediakan hidangan lauk-pauk kampung yang sudah semestinya menjadi kesukaan ramai!

Selain daripada menu ikan bakar yang pelbagai, mereka turut menghidangkan menu hidangan laut lain, sama ada dibakar ataupun dimasak. Ditambah pula dengan ulam-ulaman segar yang dimakan bersama budu, sudah pasti akan menambahkan selera anda.  

Alamat: Kak Yah Ikan Bakar, 1331b km 8, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 P.M. – 9 P.M.

4. Fauzi Nasi Kerabu | 7 Tempat Makan Best di Terengganu

7 Tempat Makan Best Di Terengganu
Sumber: FourSquare

Fauzi Nasi Kerabu ini ada menyediakan pelbagai jenis lauk untuk menu nasi kerabu mereka tau! Paling famous adalah daging bakar dan ayam bakar. Fuh, Cik Min rasa memang terbaik sungguhlah kalau dapat pekena nasi kerabu dengan daging atau ayam bakar ni. Mana lagi nak dapat, selain di Terengganu kan?

Apa yang pasti, seawal lepas subuh pun orang ramai memang akan beratur di kedai ini. Jadi, pastikan anda mencuba Fauzi Nasi Kerabu ni, okay?

Alamat: Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu Operasi: Setiap hari, 6.45 A.M. – 1 P.M.

5. Air Buah Gelas Besar Terengganu

7 Tempat Makan Best Di Terengganu
Sumber: DorsettPink

Asyik tempat makan best di Terengganu aje kan? Sekarang kita tengok pula tempat minum yang best di Terengganu.

Air Buah Gelas Besar Terengganu ini menghidangkan air buah di dalam gelas besar dengan harga yang berpatutan tau! Mereka juga menggunakan buah-buahan yang segar semasa penyediaan. Jadi, rasanya sudah pasti sedap, asli dan terigau-igau dibawa mimpi gitu…

Alamat: Jalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu Operasi: Setiap hari Rabu – Isnin, 5 P.M. – 1 A.M. | Tutup setiap hari Selasa.

6. Warung Aziz Satar

Sumber: FourSquare

Biasanya, Terengganu ni memang famous dengan hasil tangkapan laut, seperti ikan terutamanya. Salah satu produk yang boleh dijadikan jualan adalah ‘Satar‘. Ia dihasilkan melalui ikan yang dibakar bersama daun pisang, dan sememangnya wajib untuk anda cuba apabila ke Terengganu.

Alamat: Jalan Kuala Kemaman 1860-2,  24000 Chukai, Terengganu.
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 A.M. – 7.30 P.M.

7. Warung Otak-Otak Che Wan | 7 Tempat Makan Best di Terengganu

Sumber: dapnyaTV

Makan otak-otak pun best juga selepas mencuba satar di Warung Aziz Satar tadi kan? Ha, Warung Otak-Otak Che Wan ini merupakan tempat makan best di Terengganu ke-7 yang Cik Min nak share pada kali ini.

Selain daripada otak-otak, mereka turut menyediakan pais ikan sebagai menu utama di restoran tau! Buat anda yang gemarkan hidangan berbakar, pastikan anda kunjungi warung ini jika ke Terengganu nanti.

Alamat: Warung Otak Otak Che Wan, 6209, Jalan Geliga Pantai, 24000 Kemaman, Terengganu.
Waktu operasi: Setiap hari, 11 A.M. – 7 P.M.

Menarik kan senarai Cik Min pada kali ini? Pastikan anda kunjungi kesemua 7 tempat makan best di Terengganu ini jika bercuti ke sana bersama keluarga ya. Cik Min jamin, ia akan menjadi sebuah pengalaman perjalanan terbaik yang takkan dilupakan. Selamat bercuti semua!

Sampai di sini dahulu perkongsian Cik Min tentang “7 Tempat Makan Best di Terengganu.” Jom layari Makan Lokal untuk mendapatkan lebih banyak info dan lokasi tempat makan yang menarik!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *