Resepi Minuman Sempena Aidilfitri

April 29, 2022 by 1 Comment

Haaa, raya nak dekat dah ni! Ibu-ibu di luar sana dah tahu ke juadah apa yang nak dihidangkan semasa raya nanti? Kalau ada juadah, sudah pasti ada minumannya sekali kan? Jadi, hari ini Cik Min nak kongsikan 5 resepi minuman yang mudah dan sedap untuk dihidang kepada tetamu yang datang beraya nanti.

Minuman Apa yang Sesuai Dihidangkan?

1. Limau Asam Boi

Resepi minuman
Sumber : Google

Blend kan 15 biji limau kasturi. Tapis dan masukkan ke dalam jug.

– Rendam 10 biji asam boi dalam air panas dan campurkan ke dalam jug tadi.

– Tambahkan 10 sudu gula dan kacau sehingga sebati.

– Masukkan ais batu secukupnya.

– Masukkan 10 helai daun pudina. Siap untuk dihidang!

2. Jus Oren Pudina | Resepi Minuman Sempena Aidilfitri

Resepi Minuman
Sumber : Google

Blend 5 biji buah oren. Tapis dan masukkan ke dalam jug.

– Masukkan 10 sudu pati Sunquick oren ke dalam jug yang sama.

– Masukkan 5 sudu gula dan kacau.

– Masukkan ais batu secukupnya.

– Masukkan 10 helai daun pudina, dan siap untuk dihidang!

3. Air Jagung

Resepi Minuman
Sumber : Google

– Masukkan setengah tin jagung ke dalam blender.

– Tambahkan pula 10 sudu pati jagung dan masukkan air secukupnya.

– Masukkan 10 sudu susu pekat dan blend kesemua bahan tadi.

– Masukkan air batu secukupnya. Siap!

4. Sirap Laici Selasih | Resepi Minuman Sempena Aidilfitri

Sumber : Google

– Masukkan 10 sudu pewarna sirap ke dalam jug.

– Campurkan 1 tin laici dan tambah air secukupnya.

– Rendam setengah cawan biji selasih dan masukkan ke dalam jug yang sama.

– Masukkan 10 sudu gula dan kacau sehingga sebati.

– Masukkan ais batu, dan siap untuk diminum!

5. Bandung Soda Cincau

Sumber : Google

– Potong satu paket cincau dan masukkan ke dalam jug.

– Masukkan pewarna sirap dan setengah tin susu pekat manis.

– Tambahkan satu botol air soda dan kacau sehingga sebati.

– Masukkan ais batu, dan siap untuk dihidang!

Jadi, apa tunggu lagi? Rugi tau kalau tak cuba resepi-resepi yang Cik Min kongsikan ni… Dah la simple, sedap pula tu! Bahan-bahan dia pun senang dapat tauuu… Selamat mencuba!

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.

One Reply to “Resepi Minuman Sempena Aidilfitri”

  1. Nurul says:

    Wahhh menarik! Boleh cuba banyak pilihan air

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *