5 Kedai Kopi & Kafe Best di Lembah Klang | Muslim-friendly

March 31, 2022 by No Comments

Mengidam kopi yang sedap? Perlukan kopi untuk menambah tenaga untuk bekerja? Atau mencari kedai kopi yang sedap untuk dicuba? Jom kita cuba 5 kedai kopi & kafe yang menarik di sekitar Lembah Klang ini. Jangan risau! Kesemua senarai kedai kopi ini adalah muslim-friendly dan semestinya instaworthy! Jadi, bolehlah ambil gambar cantik-cantik dan kongsikan di media sosial anda.

1. Bayang Coffee | 5 Kedai Kopi & Kafe

Sumber: Google Photo

Bayang Coffee meruapakan sebuah kedai kopi yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Menariknya tentang kedai kopi ini, mereka juga merupakan jenama kopi Malaysia yang menawarkan kopi organik dari Gunung Gayo, Sumatera. Tak hairanlah jika kedai kopi ini merupakan antara 5 kedai kopi & kafe yang perlu anda kunjungi.

5 Kedai Kopi & Kafe
Sumber: Google Photo

Antara kopi yang anda perlu dicuba di sini ialah, Iced/Hot Latte dan Hot Long Black. Anda juga perlu cuba Popia Carbonara dan Kaya Butter Toast mereka yang merupakan best seller di sini. Jika anda ingin mendapatkan biji kopi daripada mereka, anda boleh dapatkan di akaun Shopee atau Lazada Bayang Coffee. Jika terbayangkan aroma kopinya pula, singgahlah di Bayang Coffee!

Alamat: 52, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi: Setiap hari, 8.00 A.M. – 11.00 P.M.

2. Kopi Kisah Kita

Sumber: Google Photo

Bukan cinta kita sahaja yang ada kisahnya. Kopi juga ada kisahnya. Kopi Kisah Kita mempunyai empat cawangan di Malaysia, iaitu MyTOWN KL, Wangsa Walk Mall, Metro Point Complex, dan Southville City Bangi. Harga kopi yang berpatutan, tetapi rasa kopi yang sangat lazat merupakan antara pujian pelanggan yang singgah di kedai kopi ini.

5 Kedai Kopi & Kafe
Sumber: Google Photo

Kedai kopi ini pernah viral kerana nama menu kopi mereka yang lain daripada lain. Antaranya ialah Samudera Cinta (Vanilla Caramel), Kopi Janji Manis (Salted Caramel Latte), dan Kopi Single (Americano). Jadi, jika kisah hidup anda terasa pahit, jangan lupa singgah Kopi Kisah Kita untuk menikmati rasa pahit dan manis kopinya.

Alamat: Lot G-72, Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue, 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Masa beroperasi: Setiap hari, 10.00 A.M. – 8.00 P.M.

3. Wolf & Turtle Coffee

Sumber: Google Photo

Tahukah anda? Kopi yang dijual di sini serendah RM9 sahaja? Wolf & Turtle Coffee merupakan sebuah kedai kopi yang ditubuhkan oleh tiga sekawan. Mereka mempercayai kerjasama antara mereka, sama seperti sekumpulan serigala yang sentiasa bersama-sama. Penyu yang melambangkan umur panjang pula menggambarkan usaha mereka untuk meningkatkan tahap supaya lebih tinggi dari semasa ke semasa. Maka, terbentuklah kedai kopi bernama Wolf & Turtle Coffee, yang kini sudah mempunyai tujuh cawangan di seluruh Malaysia.

5 Kedai Kopi & Kafe
Sumber: Google Photo

Pelbagai jenis kopi yang dihidangkan di sini, seperti Espresso, Long Black, Flat White dan Americano. Bukan itu sahaja, kedai kopi ini juga turut menghidangkan makanan seperti sandwic, burger dan pasta. Terdapat juga pelbagai jenis pastri yang menarik, seperti croissant dan scones. Jadi, jangan lupa singgah ke kedai kopi ini!

Alamat: Wolf & Turtle Coffee, Wangsa Maju

Waktu beroperasi: Setiap hari, 8.00 A.M. – 8.00 P.M.

Status halal: Muslim-owned

4. Farm Cafe | 5 Kedai Kopi & Kafe

Farm Cafe merupakan antara 5 kedai kopi & kafe yang wajib anda cuba. Berkonsepkan Malaysian Contemporary, Farm Cafe merupakan sebuah kafe terletak di Batu Caves yang menyokong produk lokal dan home-grown. Antara kopi yang menjadi pilihan ialah V60 dan French Press yang dibuat daripada bahan tempatan, iaitu Kopi Pendang. Jika anda bukan seorang coffeeholic, jangan bimbang. Anda boleh mencuba Refresher Soda Series mereka yang juga antara best seller di sini.

Menu makanan yang disyorkan oleh chef mereka ialah, Kulim Mushroom Soup, Numb Tongue Fried Rice, Phat Duck Pasta, Tamarind Chicken dan The Manikam Special. Jadi, jangan lupa untuk mencuba makanan mereka juga!

Alamat: No. 1, Jalan Industri Batu Caves 1/1, Taman Perindustrian, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu beroperasi: Setiap hari, 10.00 A.M. – 11.00 P.M.

Status halal: Kesemua bahan diperoleh daripada pembekal bersijil Halal. Dikendalikan oleh 100% Melayu Muslim.

5. Monét

5 Kedai Kopi & Kafe
Sumber: Google Photo

Suasana yang menyenangkan serta kopi dan makanan lazat merupakan antara pujian yang diberikan oleh pelanggan kedai kopi ini. Walaupun baru beroperasi selama setahun, kedai kopi ini sudah mempunyai dua cawangan di Malaysia, iaitu Taman Melawati dan Mitsui LaLaport BBCC. Tak hairanlah, kedai kopi ini tersenarai dalam 5 kedai kopi & kafe yang menarik di Lembah Klang.

Antara menu yang perlu dicuba ialah Iced Latte dan Hojicha Latte. Anda juga perlu cuba Avocado Toast dan Grilled Cheese apabila singgah di sini nanti!

Alamat: 5443, Fasa 6, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi: Setiap hari, 8.00 A.M. – 8.00 P.M. (Isnin- Khamis) 8.00 A.M. – 10.00 P.M. (Jumaat – Ahad)

Tunggu apa lagi? Jom lepak di 5 kedai kopi & kafe di Lembah Klang ini!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *