Wawasan Cendol Abang Kacak Sering Jadi Tumpuan

March 18, 2022 by No Comments

Warga Ipoh pasti sudah mengenali Wawasan Cendol Abang Kacak ini. Cendol ini dikenali sebagai “Cendol Abang Kacak” disebabkan pemilik cendol ini dipercayai memiliki wajah yang handsome, di samping cendolnya yang sedap!

Cendol ini pernah tular di media sosial pada tahun 2016 yang lalu, disebabkan ramai pelanggannya mengatakan cendol tersebut tidak terlalu manis dan amat sesuai dengan selera tekak mereka. Walaupun sudah lama tular, namun sehingga kini restoran cendolnya tetap menjadi tumpuan orang ramai.

Wawasan Cendol Abang Kacak

Perniagaan ini menawarkan pelbagai jenis cendol seperti cendol biasa, cendol durian, cendol pulut, cendol kacang, dan cendol jagung.

Cendol durian hanya bernilai RM20 kerana durian yang diletakkan di dalam cendol itu adalah durian Musang King! Saiz cendol ini besar dan isi di dalamnya juga penuh. Memang puas hati!

Wawasan Cendol Abang Kacak
Sumber: Facebook

Manakala cendol pulut pula, berharga RM5 sahaja! Bekasnya kecil sedikit berbanding cendol durian. Tetapi, hidangan cendol ini boleh dikongsi dua orang ya. Pulutnya yang lembut digandingkan dengan seratus peratus gula melaka dan santan asli, memang sedap!

Makan Nasi Ganja di Wawasan Cendol Abang Kacak

Bagi Cik Min, pemilik cendol ini bijak dalam menarik pelanggan untuk datang ke restorannya. Mana tidaknya, setiap kali pelanggan lalu di depan kedainya, pasti beliau mengajak pelanggan membeli nasi ganja yang dijual di kedai sebelah untuk makan di kedainya bersama cendol yang dijual.

Tambahan pula, pelanggan boleh memesan nasi ganja melalui pemilik kedai ini, malahan pelanggan akan dapat popadom percuma daripada kedai cendol ini!

Apabila singgah ke restoran ini, pasti Cik Min akan makan nasi ganja bersama cendol. Gandingan yang luar biasa!

Perniagaan Cendol Ala-Ala Vintage

Restoran cendol ini juga sangat menarik! Penuh dengan perhiasan ala-ala vintage! Sungguh nostalgia! Sekiranya membawa ibu, ayah, nenek, dan atuk ke restoran ini, pasti akan menggamit memori mereka!

Tambahan pula, anda boleh mengambil gambar sambil menikmati nasi ganja bersama cendol di restoran yang penuh dengan koleksi vintage ini. Cik Min juga tidak ketinggalan untuk mengambil gambar ketika menikmati cendol di sini.

Wawasan Cendol Abang Kacak

Pelanggan Popular

Sudah dua kali Cik Min singgah ke restoran ini untuk menikmati kesedapan cendol. Namun, Cik Min baru perasan bahawa perniagaan ini sudah popular dalam kalangan selebriti dan juga ahli politik! Tidak dinafikan bahawa cendol di sini memang sedap! Tak jumpa di tempat lain selain di Wawasan Cendol Abang Kacak.

Jika anda pergi ke Ipoh, jangan lupa singgah ke restoran cendol ini ya! Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Cik Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *