Tuah Cafe Bangi
Bagi penggemar makanan terutamanya food hunters, Tuah Cafe Bangi tentunya menjadi lokasi wajib yang korang perlu kunjungi. Tuah Cafe ini popular dengan makananĀ western dan terdapat banyak pilihan makanan yang sedap, dengan harga berpatutan yang boleh korang cuba.
Di Manakah Lokasi Tuah Cafe?
Bagi penduduk Bangi, Tuah Cafe sudah tentunya amat dikenali dan menjadi sebutan dalam kalangan pelajar UKM dan penduduk sekitarnya. Tak susah pun untuk mencari lokasi cafe ni. Boleh klik sini untuk dapatkan lokasi. Cafe ini terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi tau! Kalau korang malas nak keluar rumah, boleh order je dengan Grab Food. Cik Min dengar, ada free delivery...
Apa Menu Yang Menarik?
1. Main Course
Ada banyak menu utama dekat Tuah Cafe Bangi ni kalau korang nak tahu! Tapi, yang menjadi pilihan sudah tentulah:
– Grill Chicken
– Salted Egg Squid
– Butter Chicken
– Classic Chicken Chop
– Grilled Chicken Salad
– Swedish Meatball
2. Spaghetti
Mesti ramai antara korang yang minat spaghetti kan? Antara spaghetti best seller yang patut korang cuba ialah:
– Spicy Beef Olio
– Meatball Bolognese
3. Mocktail | Tuah Cafe Bangi
Kalau nak segarkan tekak, Cik Min cadangkan untuk korang pesan mocktail dekat cafe ni. Antara mocktail yang menjadi best seller di sini ialah:
– Mojito
– Blue Lagoon
– Passion Spritz
5. Dessert
Pastinya tak lengkap sesebuah hidangan kalau tak ada dessert, bukan? Bagi peminat dessert, korang kena cuba semua dessert yang ada di sini! Confirm tak menyesal. Antara pilihan dessert yang ada dan korang wajib cuba ialah:
– Cake
– Banana Split
– Pudding
– Brownies
– Ice Cream
Jadi apa tunggu lagi? Korang boleh walk in terus atau reserve tempat terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, korang boleh kunjungi Facebook Tuah Cafe sendiri.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik