Tomyam Gong Bangkok Fiqahmaneh
Baru-baru ini, Cik Min ada terbaca satu hantaran di media sosial Facebook tentang Tomyam Gong Bangkok Fiqahmaneh. Katanya Tomyam Gong Fiqahmaneh ini sangat popular di sekitar Kuala Kangsar, Perak.
Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang Tomyam Gong Bangkok Fiqahmaneh ini. Sebelum itu, informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada Facebook Puan Liza Idris.
Tomyam Viral
Menerusi Facebook, Puan Liza sempat berkongsi tentang pengalamannya mencuba sendiri Tomyam Gong Fiqahmaneh ini.
“Masa balik kampung baru ni, sempat la saya singgah di Kuala Kangsar. Nak merasa air tangan Tomyam Gong adik Fiqamaneh. Betul ke sedap seperti yang diviralkan? Mesti adik Fiqa tak tahu, yang datang ni tukang masak berdarah Thailand. Tiber 🙄 Tak, tak. Saya cuma penggemar masakan Thai. Hirupan pertama Tonyam Gong adik Fiqamaneh ni, buat saya terasa seperti berada di Restoran Mewah Thailand dan terbayang wajah Tangmo Nida.🙄”
“Fuh, cukup rasa masam, pedas, lemak tomyamnya. Tambah tengah hujan, lain macam feel sedap tu. Tak perlu dah nak ke Thailand semata-mata nak makan Tomyam Gong. Kuala Kangsar pun ada ha.”
Cik Min tengok gambar pun dah nampak sedap dan menyelerakan! Kalau makan panas-panas ini memang bertambah selera. Selain itu, hidangan Tomyam Gong yang dijual memang banyak, boleh dimakan oleh dua orang.
Lokasi Gerai Tomyam Gong Fiqahmaneh
Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Isnin, 12:00 tengah hari – 6:00 petang.
Lokasi: Depan Ohsem Cafe, jalan menuju USAS. Boleh waze sahaja Ohsem Cafe Chandan, terus akan nampak gerai ini.
Sekian sahaja perkongsian daripada Cik Min tentang Tomyam Gong Fiqahmaneh kali ini. Jadi, apa tunggu lagi? Sekiranya anda teringin nak makan tomyam boleh cepat-cepat singgah ke gerai ini ya!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!