Tips Amalan Sihat Untuk Bulan Puasa

March 16, 2024 by No Comments

Untuk Bulan Ramadan kali ini, mesti ramai dah mula mengikuti para content creator yang menghasilkan video resipi masakan dan minuman untuk pengguna media sosial. Contohnya seperti Khairul Aming yang kembali dengan video resipi berbuka dan sahur selama 30 hari. Mesti para pembaca juga dah mula mencari tips amalan sihat untuk bulan puasa kan? 

Jadi kali ini, Cik Min kembali dengan senarai makanan yang para pembaca boleh ikuti untuk tips amalan sihat untuk bulan Ramadan ini!

Tips Amalan Sihat Untuk Bulan Puasa Sewaktu Sahur

Apabila kita bercakap tentang sahur, pasti ada memori dimana adakala kita terlepas sahur dek kerana tidur lewat atau tiada selera untuk mengambil apa-apa sewaktu sahur. Namun para pembaca mesti tahu, sahur adalah sangat digalakkan dalam ibadah puasa kita. 

Jadi, apakah tips amalan sihat sewaktu sahur yang kita boleh ikuti? Dibawah Cik Min senaraikan berapa tips yang boleh diamalkan pada waktu sahur sepanjang bulan Ramadan ini. 

1.Lewatkan sahur

2.Ambil makanan makanan tinggi kandungan protein, berasaskan karbohidrat kompleks seperti oat, roti perang, beras perang dan pastikan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

Tips Amalan Sihat Bulan Puasa

Amalan bersahur adalah sangat penting untuk tubuh badan kita mengharungi waktu berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Lagi-lagi di musim panas ini, badan kita akan cepat lesu dan kekurangan tenaga jika meninggalkan sahur.
Melewatkan sahur juga adalah satu tips amalan sihat untuk bulan puasa kerana ia adalah sunnah nabi yang terdapat di dalam hadis diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:

 “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? Maka baginda SAW bersabda: 50 ayat.”

Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694)

Tips Amalan Sihat Bulan Puasa Sewaktu Berbuka

Untuk berbuka pula, semakin rambang la mata kita apabila mengunjungi bazar ramadan. Namun, ada beberapa tips amalan sihat bulan Ramadan sewaktu berbuka yang para pembaca boleh ikuti untuk menjaga amalan permakanan sepanjang bulan mulia ini. 

1.Mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu (kurma dan sebagainya)

2.Pelbagaikan pengambilan jenis makanan . 

3.Mengambil air yang mencukupi .

4.Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan.

Pengambilan makanan yang ringkas seperti kurma atau buah-buahan ketika berbuka memberi ruang untuk kita lebih selesa dalam menjalani ibadah solat seterusnya iaitu Maghrib, Isyak serta solat Terawih. Berpada-padalah ketika berbelanja di bazar Ramadan untuk mengelakkan pembaziran sewaktu berbuka. 

Pemilihan Makanan Sepanjang Bulan Puasa

Berdasarkan laman web Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa tips pemakanan sihat yang lain. Cik Min sediakan infografik ini untuk ilmu tambahan para pembaca ya!

Untuk membaca lebih lanjut tentang tips amalan sihat untuk bulan puasa, para pembaca boleh klik link ini untuk dibawa ke laman web My Health untuk membaca lebih lanjut tentang amalan pengambilan makanan sihat sewaktu bulan Ramadan! 

Di kesempatan ini, Cik Min ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada Bulan Ramadan ini kepada muslimin dan muslimat kepada seluruh rakyat Malaysia! Semoga puasa kali ini mengubah kita kearah kebaikan.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Tips Amalan Sihat Untuk Bulan Puasa“. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *