Tempat Makan Ikan Bakar di Melaka 2023 – Top 5

December 17, 2021 by No Comments

Melaka terkenal dengan kesan peninggalan sejarah dan juga penuh dengan tarikan moden. Ini menjadikan Melaka sebagai satu destinasi pilihan utama warga kota yang mencari tempat percutian singkat. Nak larikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika. Ye dok? Oleh itu, rasanya tak sempurna percutian kalau tak singgah sekejap tempat makan ikan bakar di Melaka. 

Jika anda mencari port ikan bakar, ikuti Cik Min dalam perjalanan ini di mana Cik Min ada senaraikan top 5 tempat makan ikan bakar terbaik di Melaka yang anda patut singgah.

Tempat Makan Ikan Bakar di Melaka

#1 Ikan Bakar Parameswara

Ikan Bakar Parameswara
Ikan Bakar Parameswara

Satu destinasi ikan bakar Melaka yang sering menjadi terjahan ialah di Ikan Bakar Parameswara atau dikenali sebagai Ikan Bakar Melaka Umbai.

Tempat Makan Ikan Bakar di Melaka
Sumber: Foursquare

Sama seperti medan ikan bakar lain di Melaka, anda hanya perlu datang ke kaunter, pilih ikan yang menjadi pilihan dan timbang. Mereka akan masakkan juadah pilihan anda tu. Senang je. Di sini juga ada nasi lemak bungkus sebagai alternatif lain selain nasi putih. Memang macam gitu kot orang Melaka makan ikan bakar dengan nasi lemak. Pelik tapi sedap!

Antara lauk yang boleh dipesan ialah ikan bakar, udang bakar dan sotong goreng tepung. Jangan lupa juga pesan sayur campur, pasti mengenyangkan dan menyelerakan!

Alamat: Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu, 75460, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 5:00 p.m. hingga 12:00 a.m.

#2 Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Tempat Makan Ikan Bakar di Melaka
Sumber: Foursquare

Antara tempat makan ikan bakar lain di Melaka ialah Ikan Bakar Muara Sg Duyung yang sering menjadi pilihan orang ramai dan tersohor. Lokasinya betul-betul di area kuala atau muara Sg Duyung.

Disebabkan kedai ini berhampiran dengan jeti, jadi sudah semestinya stok ikan dan menu lautnya segar. Anda boleh pilih seafood di sini seperti ikan jenahak, ikan siakap, sotong, kupang dan kepah. Cik Min sarankan anda untuk cuba sotong goreng tepungnya dan juga udang masak mentega.

Harganya dikatakan berbaloi dengan masakan yang memuaskan hati. Servisnya juga agak laju kalau dibandingkan dengan jumlah pengunjung yang datang. Tak hairanlah tempat ini semakin dikenali ramai. 

Alamat: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari 3:00 p.m. hingga 11:30 p.m.

#3 Mukmin Ikan Bakar Alai Crystal Bay Alai

Tempat Makan Ikan Bakar di Melaka
Sumber: Foursquare

Satu lagi medan ikan bakar yang turut menjadi tumpuan ramai ialah Ikan Bakar Crystal Bay. Ianya terletak di Crystal Bay, Alai, Melaka. Ada banyak gerai di sini yang menjadi pilihan pengunjung. Namun, Ikan Bakar Alai di sini paling the best kerana rasa ikannya yang tidak hanyir dan kuah cicah yang sedap.

Selain daripada ikan bakar, Cik Min juga ingin cadangkan anda untuk order ketam black pepper dan sotong goreng tepung. Cik Min suka sangat akan kesegaran dan keenakan lauknya. Anda memang wajib cuba!

Tempat makan ikan bakar di Melaka ini lah yang menjadi pilihan hati Cik Min yang mesti anda kunjungi.

Alamat: Mukmin Ikan Bakar Alai Jalan Alai Perdana 8 Melaka, 75460 Alai, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa 4:30 p.m. hingga 11:30 p.m. | Sabtu 4:30 p.m hingga 11:00 p.m.

#4 Deli Muara Ikan Bakar

Tempat Makan Ikan Bakar di Melaka
Sumber: Foursquare

Cakap je pasal ikan bakar dan masakan laut, anda wajib kunjungi restoran Deli Muara Ikan Bakar. Ada pelbagai jenis makanan laut dan ikan yang boleh didapati di sini. 

Ikan bakar dan menu masakan di sini tak rasa hanyir dan segar-segar belaka. Antara menu istimewa yang anda patut cuba ialah siakap black pepper, kupang masak ala Cina dan udang celup tepung dengan pencicah special.

Tidak perlu risau servis makanan di restoran ini kerana servisnya cepat walaupun pelanggan ramai. Sementara duk tunggu makanan siap, anda bolehla cuba nasi lemak mereka yang disukai ramai!

Alamat: Restoran Deli Muara Ikan Bakar KM10, Muara Sungai Punggor, 75460, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari 5:30 p.m. hingga 11:00 p.m.

#5 Hub Nelayan Medan Ikan Bakar Segar Hj. Musa – Tempat Makan Ikan Bakar di Melaka Pilihan Cik Min

Hub Nelayan Medan Ikan Bakar Segar Hj. Musa antara medan ikan bakar yang paling luas dan besar. Medan ikan bakar ini hanya terletak lebih kurang 10 minit dari Bandaraya Melaka. 

Cik Min yakin anda pasti akan rambang mata dengan aneka makanan laut yang ditawarkan. Memang pelbagai! Anda boleh pilih nak makan ikan pari, ikan siakap, kerang, sotong, mahupun udang. 

Cik Min sangat puji ikan bakar di restoran ini. Ini kerana isinya sungguh lembut dan juicy. Sedap dimakan bersama nasi putih panas dan sambal kicap yang pedas, pehhh memang mantap!

Alamat: Kompleks Nelayan Sungai Duyong, 75050 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari 5:00 p.m. hingga 11:00 p.m.

Terdapat begitu banyak tempat makan ikan bakar di Melaka bukan? Kini, anda semua dah tahu top 5 tempat makan ikan bakar di Melaka yang best dan wajib dicuba. Jangan lupa singgah jika berpeluang ya!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *