Suka Dessert I Syurga Dessert

September 25, 2024 by No Comments

Kafe Suka Dessert kini telah merealisasikan impian bagi semua pencinta manisan. Apabila keinginan untuk sesuatu yang manis datang, kafe Suka Dessert adalah jawapannya! Inilah juga destinasi utama Cik Min sebagai seorang pencinta manisan… Dessert yang dihidangkan juga telah mencuri hati ramai pelanggan untuk merasainya tau!

Apa yang Membuatkan kafe Suka Dessert Ini Begitu Istimewa?

Siapa sangka seorang pencinta manisan yang dikenali sebagai Siti Hajar Mohd Razali yang berusia 37 tahun dan juga lebih mesra dipanggil “Auntie Ja” oleh warganet telah membuka kafe dessert miliknya sendiri iaitu Suka Dessert yang bertempat di Selayang.

Oleh kerana minatnya yang terlalu mendalam terhadap pencuci mulut berasaskan coklat ini, ia telah mendorong beliau untuk mencipta resepi manisan sendiri. “Kita tidak tiru atau buat sebiji sama, tetapi kita beri kelainan dan olah semula resipi,” kata Auntie Ja ketika di temu bual oleh Berita Harian baru-baru ini.

Dalam merealisasikan impiannya, beliau banyak menimba ilmu dengan melihat video tutorial pembuatan pencuci mulut di YouTube sehingga terhasil idea baru untuk mencipta resepi manisan sendiri. Di samping itu, beliau juga memutuskan untuk berhenti bekerja bagi mengejar matlamatnya dalam memiliki perniagaan manisan yang menguntungkan.

Hal ini kerana, perniagaan yang dimiliki olehnya telah memperoleh lebih daripada RM1.1 juta dalam jualan pada Januari 2023. Ini bermakna dessert yang dikeluarkan oleh Auntie Ja sudah viral dalam kalangan pelanggan di luar sana.

Untuk pengetahuan anda semua, Dengan berbekalkan seorang tenaga pekerja dan peralatan untuk membuat pencuci mulut asas di rumah Auntie Ja, beliau telah berjaya melancarkan produk pertamanya iaitu brownies coklat cair yang dipanggil “Double trouble chocolate brownies”.

Taktik Pemasaran Auntie Ja Berhasil

Pada tahun 2017, beliau ada menceritakan bahawa terdapat beberapa orang terdekat yang menentangnya semasa dia memulakan perniagaan kafe manisannya. Terdapat juga kata-kata kurang menyenangkan yang dilemparkan kepadanya semasa permulaanya seperti “Siapa nak beli dessert kau hari-hari?”.

Sebagai seorang wanita yang cekal, beliau dapat menepis segala kata-kata yang memberi impak negatif terhadapnya dengan menjelaskan bahawa beliau lebih berminat untuk berkongsi perkembangan perniagaannya pada waktu itu dengan orang yang berfikiran positif dan banyak memberi semangat seperti suaminya iaitu Muhammad Syafiq Mohd Zamshari.

Selain itu, beliau menggunakan khidmat ulasan pempengaruh media sosial untuk meningkatkan jualan dan mempromosikan produknya. Hasil daripada itu, ramai pengguna media sosial bertanyakan beberapa soalan tentang produknya seperti harga produk, lokasi produk dan produk lain yang dijual olehnya.

Hari berganti hari, Auntie Ja menyedari bahawa jualan manisannya meningkat secara tiba-tiba apabila taktik pemasaran yang digunakan olehnya membuahkan hasil yang lumayan. Dengan itu, beliau memutuskan untuk menggunakan pempengaruh media sosial sebagai taktik pemasaran utamanya dengan mempromosikan produknya 2 bulan sekali.

Proses Mengembangkan Perniagaan kafe Auntie Ja

Selain menjual pelbagai manisan di Suka Dessert Selayang, Auntie Ja juga tidak melepaskan peluang untuk mengiklankan produk dessert sedap mudah cari ini kepada pelanggan di festival makanan di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, dia juga mempunyai beberapa ejen di Semenanjung Malaysia.

Auntie Ja juga mengakui bahawa syarikatnya sentiasa mengkaji produk baharu untuk memenuhi selera pelanggan setiap tahun. Di samping itu, beliau juga melakukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan mengadakan mesyuarat bersama pengarah setiap bahagian untuk membahagikan tugas kepada pekerja mengenai stok bahan.

Selain itu, beliau dan pasukan R&D kemudiannya akan membeli mesin, peralatan dan packaging untuk menyesuaikan setiap menu dessert yang baharu. Dalam pada itu, mereka juga mengadakan sesi latihan perkerja untuk pemasaran produk dan membuat video shooting untuk di muat naik di media sosial.

Apakah menu Suka Dessert yang mencuri hati pelanggan?

Sumber: Laman Instagram Suka Dessert Kota Tinggi

Adakah menu dessert ini telah mencuri hati ramai pelanggan? Sudah semestinya ! Terdapat pelbagai jenis menu manisan yang disediakan bagi pencinta manisan antaranya adalah kek, brownies,  Nutella Pods, Nutella Cheesetart, Pizza Choc Caramel, Mud Choc Mini Crunch, Chore Cheese dan macam-macam dessert yang lain.

Mari sama-sama tolong Cik Min senaraikan beberapa menu manisan yang laris dijual di kafe Auntie Ja !

  • Nasi Melekit Mangga

Nasi melekit yang lembut digabungkan dengan mangga segar dan sos santan yang sedap menghasilkan gabungan rasa yang sempurna.

  • Durian Crepe

Bagi mereka yang “hantu durian” pasti akan menyukai krim durian yang segar dengan teksturnya yang lembut dan rasa yang kuat membuatkan mereka jatuh cinta berkali-kali akan dessert ini apabila menikmatinya !

  • Kacang Ais

Kacang ais dinikmati sewaktu cuaca panas…sangat menggiurkan bagi mereka pencinta manisan ! Tambahan pula, sajian ini dihidangkan dengan pelbagai topping seperti jeli rumput (grass jelly) , kacang merah, jagung manis, dan sirap manis.

  • Cendol

Inilah dessert kegemaran Cik Min kawan-kawan! Anda semua wajib cuba menu ini kerana ini adalah minuman tradisional yang mempunyai bahan-bahan semula jadi seperti santan, gula merah dan cendol kenyal. Sekaligus, ia dapat mencipta rasa yang menyegarkan bagi mereka yang merasainya.

  • Kek Lava Coklat

Kek coklat lembut ini yang mempunyai bahagian luar yang garing dan apabila dipotong terdapat coklat cair yang mengalir keluar daripadanya. Ini pasti memberikan rasa manis yang menarik.

Jom Dapatkan syurga dessert Ini!

Dimanakah saya boleh dapatkan makanan manisan ini?

-Kata penggemar dessert

Pasti anda semua terliurkan? Cepat lari dapatkan telefon bimbit anda sekarang ! Hidupkan enjin kereta anda, buka aplikasi Waze dan search alamat yang Cik Min kongsikan di bawah. Giliran anda untuk dapatkan segera dessert sedap dan mudah cari ini!

Waktu operasi: Dibuka setiap hari. (10.00 a.m. – 10.00 p.m.)
Alamat: G-08, Residensi 280, 1KM, Selayang – Kepong Hwy, 68100 Batu Caves, Selangor.
No. Tel: 018-788 8481

Anda juga boleh rujuk laman Instagram Suka Dessert untuk maklumat lanjut.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Suka Dessert I Syurga Dessert kali ini. Jadi, apa tunggu lagi? Ajaklah keluarga serta rakan anda berkunjung ke kafe Auntie Ja dan nikmati hidangannya bersama-sama. Dessert sedap dan mudah cari, Grab Now!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *