Street Food local Viral | Kuala Lumpur
Street Food Local Viral semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda. Dari lorong kecil hingga ke festival makanan, makanan jalanan kini menjadi buruan ramai. Street food bukan sahaja sedap, malah murah dan mudah didapati.

Street food memang tak asing lagi dalam kehidupan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan, rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat suka mencuba makanan baru, lebih-lebih lagi jika makanan itu tular di media sosial. Pantang nampak video makanan, pasti akan cepat trending dan diserbu orang ramai.
Sikap ‘food hunter’ dalam kalangan rakyat kita sangat kuat sehingga sanggup meredah hujan, beratur panjang atau memandu jauh semata-mata nak merasa sendiri keenakan street food local viral.
Tambahan pula, harga yang berpatutan dan suasana santai menjadikan street food pilihan utama untuk lepak dan berkumpul bersama keluarga atau kawan-kawan.
TOP 6 Street Food local Viral
1. Jalan Alor | Street Food local Viral

Terletak di tengah-tengah kawasan pelancongan Bukit Bintang, Jalan Alor ialah destinasi ikonik bagi peminat makanan jalanan di Kuala Lumpur. Ketika malam menjelma, lorong ini berubah menjadi ‘syurga makanan’ yang berwarna-warni dengan deretan gerai. Ada juga restoran yang menjual pelbagai juadah tempatan.
Dari sate yang dibakar segar di atas arang. Sehinggalah ke char kuey teow yang dimasak panas-panas di hadapan mata pelanggan , semuanya menggamit selera!
Suasana di sini amat hidup dengan pelbagai bahasa dan wajah dari seluruh dunia. Ia telah menjadikannya bukan sekadar tempat makan, tetapi juga destinasi pelancongan budaya.
Pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati suasana hiruk-pikuk dan aroma lazat yang memenuhi udara. Bagi sesiapa yang pertama kali ke Kuala Lumpur, Jalan Alor adalah tempat wajib singgah! Bawa juga Tripod Handphone untuk pengambaran yang cantik!
Alamat: Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. Pasar Malam Taman Connaught

Pasar Malam Taman Connaught yang terletak di Cheras merupakan antara pasar malam terpanjang di Malaysia. Ia membentang sepanjang hampir 2 kilometer dan menempatkan lebih 700 gerai setiap malam Rabu.
Keunikan pasar malam ini bukan sahaja pada kepanjangan dan jumlah gerai, tetapi juga variasi makanan jalanan yang ditawarkan. Anda boleh jumpa makanan dari pelbagai budaya seperti stinky tofu, mochi Jepun dan burger Malaysia. Kuih-Muih tradisional tempatan ada juga!
Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat suka ‘try food viral’ boleh serbu cepat! Selain makanan, ada juga gerai yang menjual pakaian, aksesori, barangan unik dan permainan kanak-kanak. Bagi pencinta street food, inilah tempat yang membawakan pengalaman makan malam yang luar biasa dalam suasana meriah.
Alamat: Jalan Cerdas, Taman Connaught, 56000 Cheras, Kuala Lumpur (berdekatan dengan UCSI University).
3. Petaling Street Market, Chinatown KL | Street Food local Viral

Petaling Street atau lebih dikenali sebagai Chinatown KL, adalah kawasan yang penuh dengan sejarah dan daya tarikan. Selain itu, ia juga terkenal sebagai pusat membeli barangan cenderahati dan barangan tiruan.
Tambahan, tempat ini juga menawarkan pelbagai makanan jalanan tradisional yang menggamit memori zaman dulu. Pengunjung boleh menikmati wantan mee, air mata kucing, apam balik, dan pelbagai jenis kuih-muih Cina-Muslim yang enak.
Petaling Street bukan sekadar tempat makan, tetapi juga pengalaman budaya yang unik. Contohnya, Suasana klasik dengan lampu merah, gerai kayu lama, dan papan tanda tulisan Cina. Ini menunjukkan gabungan warisan dan citarasa moden.
Bila lama berjalan, bawa juga powerbank capacity tinggi supaya bateri telefon sentiasa penuh!
Alamat: Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
4. Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit | Street food local Viral

Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan mengidamkan ayam kunyit yang ‘power’, Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit adalah jawapannya. Terletak di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, gerai ini terkenal kerana menyajikan ayam goreng kunyit yang rangup di luar, lembut di dalam juga penuh dengan rasa.
Disajikan bersama nasi panas, telur mata dan sambal yang pedas menyengat. Setiap hidangan di sini nampak ringkas tapi cukup menyelerakan. Menu yang ‘simple’ namun viral ini menunjukkan bahawa makanan jalanan tidak perlu kompleks untuk menjadi kegemaran ramai.
Alamat (cawangan utama):
No. 1, Jalan 1/76C, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
5. Mansion Tea Stall, Masjid Jamek | Street food local Viral

Terletak berhampiran LRT Masjid Jamek, Mansion Tea Stall merupakan antara kedai mamak yang paling ikonik di Kuala Lumpur. Roti Banjir Special di sini merupakan pilihan nombor satu ! Roti canai dicincang halus dan disiram dengan campuran kuah dal, kari ayam, sambal dan telur separuh masak telah mencuri hati food hunter untuk mencuba.
Kedai ini selalu penuh, menandakan betapa kuatnya tarikan makanan jalanan di hati rakyat Malaysia. Ia juga menjadi tempat persinggahan tetap pekerja kota yang ingin menjamu selera tanpa perlu berbelanja mahal. Pendek kata, makanan di sini penuh dengan jiwa kerana sedap, ringkas, dan mengenyangkan.
Alamat: Jalan Masjid India, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (berdekatan dengan OCBC Bank Masjid Jamek).
Tapak Urban Street Dining

Tapak Urban Street Dining ialah kawasan street food moden yang menggabungkan konsep food truck dan suasana ‘hipster’. Bertempat di lokasi strategik seperti Jalan Ampang dan PJ, Tapak menawarkan pelbagai jenis makanan jalanan seperti burger kraft, pasta fusion, waffle aiskrim, dan minuman viral dalam botol kaca.
Apa yang menarik di Tapak bukan sekadar makanannya, tetapi suasana santai dengan muzik live, lampu fairy lights dan tempat duduk terbuka yang sesuai untuk lepak bersama kawan-kawan. Cik Min suggest, pergi waktu malam dan jangan lupa bawa “Ring light mini untuk telefon” untuk dapatkan pencahayaan yang cantik dalam gambar.
Street food local Viral menjadi tarikan utama bagi golongan muda yang ingin mencuba makanan menarik sambil bergambar untuk media sosial. Tapak membawa konsep street food ke tahap yang lebih kontemporari dimana ia sesuai dengan gaya hidup bandar.
Alamat: Jalan Ampang, Seksyen 45, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (berhadapan dengan KLCC open space, sebelah Menara Binjai).