Serunding Tuhau Produk Sabah

December 20, 2021 by No Comments

Tuhau sejenis halia liar yang tumbuh di kawasan yang lembap dan redup. Biasanya dijumpai di kawasan pedalaman Sabah seperti Ranau, Keningau, dan Tambunan. Tuhau boleh dijadikan sebagai sambal atau serunding untuk dimakan bersama nasi. Serunding tuhau produk Sabah antara makanan tradisional Sabah yang popular bagi suku Kadazan-Dusun.

Masih ramai yang tidak tahu mengenai makanan tradisi, iaitu serunding tuhau. Tetapi, jika melancong ke negeri di bawah bayu ini, pasti ramai yang mencari produk ini. Kini, tuhau menjadi produk hiliran yang menjadi buah tangan bagi pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Ramai pengusaha tempatan bersaing untuk mengeluarkan produk hiliran ini apabila serunding tuhau menjadi pilihan hati ramai pelancong. Anda boleh baca lebih lanjut di sini untuk mengetahui proses yang dilakukan bagi menghasilkan serunding tuhau.

Kegunaan Tuhau | Serunding Tuhau Produk Sabah

Tuhau boleh dijadikan sebagai bahan perasa dalam masakan tradisional dan menjadi pembuka selera. Sebagai contoh, tuhau dikisar kecil-kecil dan digaul bersama sedikit garam, cili, bawang putih, dan air limau nipis. Lebih enak apabila makan bersama nasi panas.

Berdasarkan Top Peak Travel, suku Kadazan-Duzun biasanya menggoreng tuhau dengan ikan masin atau rebusan yang dimasak dengan “Pinasakan”. “Pinasakan” adalah makanan tradisional Kadazan-Dusun, iaitu ikan basung rebus akan dicampur dengan buah takob akob (buah liar yang masam).

Selain itu, tuhau sangat popular dijadikan sebagai sambal pedas atau serunding yang dimasak kering. Serunding tuhau yang tidak ditambah bahan awet perlu dimasak dalam tempoh 5 hingga 6 jam. Hal ini supaya serunding tuhau bertahan lebih lama. Jika anda inginkan resipi serunding tuhau, anda boleh dapatkannya di sini.

Serunding Tuhau Produk Sabah

Manfaat Tuhau

Serunding tuhau produk Sabah memiliki rupa bentuk seakan-akan halia dan lengkuas, namun ia memiliki rasa yang enak serta mempunyai baunya yang tersendiri. Tuhau juga dipercayai mempunyai manfaat dalam perubatan. Hal ini dikatakan demikian kerana, tuhau mengandungi serat yang tinggi serta bersifat antioksidan dan antibakteria.

Tuhau dipercayai mampu membersihkan darah kotor dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh hal yang demikian, tuhau menjadi makanan popular dalam kalangan masyarakat Sabah kerana ia merupakan makanan kesihatan.

Serunding Tuhau

Jika sebelum pandemik berlaku, anda boleh berkunjung ke Sabah untuk membeli serunding tuhau. Kini, anda boleh dapatkannya melalui pembelian secara dalam talian. Anda boleh dapatkan serunding tuhau produk Sabah ini di Shopee dan sudah tentunya asli dari Sabah.

Min rasa macam nak cuba serunding tuhau ini. Min percaya anda yang sedang membaca berkenaan serunding ini pun turut teringin nak tahu rasa keenakannya, betul tak?

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian kali ini. Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *