Senarai Kedai Sushi Halal

December 27, 2021 by No Comments

Cik Min tahu ada dalam kalangan kita ini memang suka makan sushi, bukan? Cik Min pun suka juga makan sushi sebenarnya! Bagi Cik Min, sushi memang sedap dan mengenyangkan. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual sushi. Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang senarai kedai sushi yang halal.

Selepas ini, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk makan makanan Jepun iaitu, sushi ini! Mari ikuti perkongsian dengan lebih lanjut di bawah.

Senarai Kedai Sushi Halal

5 Senarai Kedai Sushi Halal

Ikuti senarai kedai sushi halal yang akan Cik Min kongsikan di bawah. Kedai sushi ini tentunya menyediakan makanan yang halal, sedap dan menyelerakan untuk dinikmati.

1. Empire Sushi

Kalau anda memang gemar makan sushi, anda bolehlah singgah ke Empire Sushi ini. Di sini, ada menyediakan pelbagai jenis sushi yang sedap dan halal tau! Cik Min pernah makan sendiri sushi ini, bila makan itu rasa nak lagi! Selain itu, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Anda boleh saja borong bawa balik untuk keluarga anda di rumah.

Empire Sushi juga mempunyai banyak cawangan di Malaysia! Anda boleh dapatkan sushi ini di Sunway Putra Mall dan Setapak Centre Mall.

Alamat: Kuantan City Mall, Level 4, L4-K-07, Jalan Putra Square 6/1, Putra Square, Kuantan, 25200, Pahang.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 11:00 a.m. – 8:00 p.m.

Senarai Kedai Sushi Halal

2. Sushi King

Cik Min rasa sekiranya anda seorang yang gemar makan sushi, mesti anda tahu kan tentang Sushi King ini? Kedai ini juga sangat sesuai dan menjadi pilihan orang ramai sekiranya mereka craving untuk makan sushi!

Antara cawangan Sushi King ini adalah di Raub, Mentakab dan Berjaya Times Square.

Alamat:  Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 10:00 a.m. – 8:00 p.m.

Senarai Kedai Sushi Halal

3. Nippon Sushi – Senarai Kedai Sushi Halal

Siapa saja tidak tahu tentang kedai Nippon Sushi ini kan? Cik Min dapat tahu sushi yang dijual di kedai ini sangat sedap! Selain itu, sushi yang dijual di sini juga halal. Jadi, kalau anda teringin nak makan sushi , singgah sahaja di cawangan Nippon Sushi yang berdekatan ini ya!

Alamat: 16G, Prima, 11, Lorong Samudera Utara, Taman Samudra, 68100 Batu Caves.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 11:45 a.m. – 10:00 p.m.

4. Suki-Ya Paradigm Mall

Bagi yang ingin menikmati hidangan sushi yang sedap, anda bolehlah singgah di Suki-Ya. Sushi yang dijual di kedai ini juga mempunyai pelbagai jenis, cuma perlu pilih sahaja mengikut selera anda!

Alamat: Lot UG-13, Upper Ground Floor, No.1, Jalan SS7/26A, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 11:30 a.m. – 10:00 p.m.

5. Konichiwa Cafe

Konichiwa Cafe ini menyajikan hidangan Jepun-Muslim yang bukan sahaja halal, malah sedap! Hiasan dalaman kafe ini memang cantik dan santai, yang membuatkan ramai pengunjung selesa berada di sini. Di kafe ini juga anda boleh menikmati pelbagai jenis sushi yang sedap tau!

Alamat: Jalan 6/7b, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Isnin, 12:00 p.m. – 10:00 p.m. Jumaat 2:30 p.m. – 11:00 p.m.

Senarai Kedai Sushi Halal

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang senarai kedai sushi halal pada kali ini. Mesti perut anda semua rasa lapar kan? Jadi, apa tunggu lagi, singgahlah ke kedai yang menjual sushi halal ini tau!

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *