Sedap ke Boat Noodle? – Jom Kita Try!

January 10, 2022 by No Comments

Cik Min belum pernah cuba food review di Boat Noodle. Jadi kali ni, Cik Min berkesempatan untuk cuba sendiri. Nak tahu sedap ke Boat Noodle ni sebab ramai yang bagi review best dan gambar di media sosial buatkan Cik Min tergoda. Jadi, Cik Min cubalah sekali. Cik Min cuba di outlet Bandar Sri Permaisuri sebab dekat sini agak lengang dan tak ramai orang.

Top 5 Menu di Boat Noodle Pilihan Cik Min – Sedap ke Boat Noodle

Haa, ni Cik Min senaraikan top 5 menu di Boat Noodle pilihan Cik Min. Baca untuk tahu lebih lanjut.

1. Sangkayaa

sedap ke Boat Noodle

Roti yang dikukus panas-panas dihidangkan dengan Sangkayaa semestinya gabungan yang sangat sedap. Sumpah sedap tak terkata! Roti dia lembut, Sangkayaa dia rasa lemak manis gitu.

Cik Min’s favourite all the time!

2. Kra Pow Chicken Rice

Kra Pow Chicken Rice pun sedap jugak! Tambahan pula ada isi ayam yang dipotong hancur bersama-sama kuah dia yang sedap beserta nasi panas dan telur, perfect!

Bagi Cik Min, memang tak cukup kalau makan sepinggan.

3. Kaw Pad Super – Sedap ke Boat Noodle

Bila nasi Kaw Pad tu sampai nampak menarik tau. Cik Min suggest untuk letak minyak ikan yang ada dekat atas meja tu. Minyak ikan tu adalah additional flavor untuk makan dengan mi sebenarnya. Bila campur dengan minyak ikan dekat nasi goreng tu, haaa jadi bertambah sedap! Anda wajib cuba!

4. Pathumthani

Sumber: Food Escape

Rice noodle dengan kuah Pathumtani. Semestinya pilihan Cik Min. Yang ni, 10 mangkuk pun Cik Min boleh habiskan. Haha okey tak, tipu je.

Apa beza Pathumtani dengan Ayutthaya? 

Ayutthaya ada santan, warna dia brown sikit daripada Pathumtani dan lebih kepada rasa masam manis. Pathumtani, kuah dia lagi pekat and tak pedas macam Ayutthaya. Cik Min suka yang tak ada santan sebab rasa dia tak berempah sangat. Daging atau ayam? Mestilah Cik Min vote daging!

5. Terer Taro

sedap ke Boat Noodle

Terliur tengok warna air ni dalam menu, so apa lagi Cik Min terus order air Terer Taro. Rasanya not bad la. Terer Taro ni air keladi je sebenarnya. Rasa keladi dia seperti manis-manis buah. Cik Min suka sebab tak terlalu manis. Buat pelanggan yang tak tahu nak minum apa, boleh cuba Terer Taro. Cik Min approve!

Menu Lain

sedap ke Boat Noodle
sedap ke Boat Noodle

Ni Cik Min nak belanja sikit menu yang terdapat di Boat Noodle. Boleh usha dulu sebelum nak cuba.

Kalau nak tahu sedap sangat ke Boat Noodle ni, anda boleh cuba sendiri di outlet yang berhampiran ya. Selamat mencuba!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai menu atau promosi terbaru dari Boat Noodle, sila layari Facebook dan laman web rasmi mereka.


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *