Roti Murah di Eco Bakery – Semua RM2.50?

December 27, 2021 by No Comments

Siapa yang suka pergi Eco Shop? Min suka betul pergi kedai ni. Biasanya Min panggil kedai 2 ringgit, sebab barangan yang dijual semua bernilai RM2! Pada awal tahun 2021, Eco Shop sudah buka kedai barunya yang dinamakan sebagai Eco Bakery. Kedai ini menjual beraneka roti, kopi, dan kek. Roti murah di Eco Bakery ini dijual dengan harga RM2.50 sahaja.

Min sering kali pergi ke Eco Bakery jika teringin untuk makan rotinya. Tambahan pula, kedai Eco Bakery ini betul-betul dibuka berhampiran dengan rumah Min. Boleh dikatakan setiap minggu Min akan berkunjung ke sini untuk membeli roti. Bukan itu sahaja, kedai Eco Bakery ini juga terletak bersebelahan dengan Eco Shop. Selepas membeli roti di Eco Bakery, Min akan singgah ke Eco Shop bagi membeli barangan lain.

Duit Min banyak habis di sinilah! Hahaha. Nak tahu apa yang Min selalu beli di Eco Bakery ini? Mari teruskan membaca perkongsian ini.

Roti Murah di Eco Bakery

#1 Traditional Doughnut

Roti yang paling wajib Min beli di sini ialah donat atau juga dinamakan sebagai traditional doughnut. Donat ini besar dan rotinya sangat lembut dan gebu. Kalau makan donat ni pada hari esok pun tetap lembut. Kalau beli donat ni, jangan beli satu. Beli lebih sikit ya!

Roti Murah di Eco Bakery

#2 Butter Croissant

Kalau pergi ke kedai Eco Bakery ini, Min akan beli butter croissant. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu Min sangat menggemari roti ini. Sangat lembut dan permukaan luarnya rapuh tetapi sungguh enak!

Roti Murah di Eco Bakery

#3 Chocolate Roll

Roti murah di Eco Bakery yang seterusnya ialah chocolate roll. Roti ini agak mirip rasanya dengan butter croissant. Cuma bezanya, roti ini digulung bersama inti coklat. Roti luarnya yang lembut dan rapuh ini sememangnya lebih enak dimakan bersama inti coklat. Terliur pula Min bila mengingatkan rasa rotinya. Anda tidak akan menyesal membeli chocolate roll ini.

Roti Murah di Eco Bakery

#4 Hawaii Pizza | Roti Murah di Eco Bakery

Ini pertama kali Min beli hawaii pizza sebab nak tahu rasa pizza ini. Walaupun tidaklah sesedap pizza di Pizza Hut dan Domino’s, namun, bagi Min rasanya sesuai dengan harga yang dijual. Rotinya tetap lembut dan saiznya juga besar ya. Hawaii pizza ini sedap walaupun hiasannya ringkas ditaburi dengan potongan buah nanas, keju, mayones, dan sosej.

Roti Murah di Eco Bakery

#5 Choco Cream Cheese | Roti Murah di Eco Bakery

Min pilih choco cream cheese ini sebab ada smiley di atas roti ini. Sedap sangat roti ini. Rasanya seperti hotteok Korean street food. Cuma bezanya, hotteok biasanya berminyak dan berintikan kacang merah atau gula perang. Tetapi, choco cream cheese ini berintikan coklat dan cheese serta tidak berminyak.

Roti Murah di Eco Bakery

Minuman di Eco Bakery | Roti Murah di Eco Bakery

Selain daripada roti, Eco Bakery juga ada menjual air minuman panas dan sejuk. Ini antara minuman yang biasa dibeli oleh Min. Min lebih suka memilih air sejuk berbanding panas.

#1 Iced Eco Coffee

Iced Eco Coffee merupakan air minuman yang paling popular di sini. Anda boleh pilih sugar, no sugar atau milk. Ini Min pilih yang ada susu supaya rasanya lebih lemak dan sesuai bagi mereka yang tidak menggemari kopi seperti Min. Hehehe.

#2 Iced Black Coffee

Sesiapa yang menggemari black coffee, anda wajib merasai keenakan kopi di sini. Memang padu rasa kopinya.

#3 Iced Chocolate | Roti Murah di Eco Bakery

Bagi sesiapa yang tidak menggemari kopi dan juga merupakan peminat coklat, anda wajib cuba air coklat di sini. Coklat ais atau coklat panas, kedua-duanya sedap. Rasa air coklatnya yang bitter sweet sangat sesuai untuk kanak-kanak. Tengok tu, warna air coklatnya memang pekat! Min sarankan ambil yang cold bagi mereka yang tidak suka akan pahit coklat.

Sewaktu Min beli roti di sini, semua roti yang disediakan masih hangat dan sememangnya baru keluar dari ketuhar. Kalau anda inginkan roti yang baru sahaja keluar dari ketuhar, anda perlu pergi pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari. Memang fresh from oven!

Lokasi dan Masa | Roti Murah di Eco Bakery

Cawangan Segamat
Lokasi: A008, U Sentral, Jalan Utama 3/2, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor.
Waktu Operasi: 9 pagi – 9 malam

Cawangan Selayang
Lokasi: Prima Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.
Waktu Operasi: 9 pagi – 9 malam

Cawangan Bukit Raja
Lokasi: No.9 (Ground and First Floor), Jalan Astaka 1A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050, Selangor.
Waktu Operasi: 9 pagi – 9 malam

Cawangan Desa Petaling
Lokasi: No 55, (G, 1st & 2nd Floor), Jalan 1/125d, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam

Semua makanan di Eco Bakery berharga RM2.10, tetapi selepas harga barang naik, harga makanan di sini menjadi RM2.50. Walaupun begitu, bagi Min harganya tetap berpatutan!

Roti Murah di Eco Bakery

Anda boleh baca di sini untuk maklumat lebih lanjut dan juga menu yang terdapat di Eco Bakery. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Min harapkan perkongsian ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *