Review Makanan Family Mart – Sumpah Tak Rugi!
Makanan dari kedai serbaneka di Malaysia tak pernah tak menarik. Mesti menggoda. Lebih-lebih lagi sejak pembukaan Family Mart di Malaysia pada akhir tahun 2016. Buat anda yang masih baru dan tercari-cari makanan untuk dicuba, boleh lihat senarai makanan wajib cuba di Family Mart ini. Sumpah tak rugi untuk dimakan. Oleh itu, kali ni Cik Min nak review makanan di Family Mart.
Jom kita start!
Review Makanan Family Mart – Wajib untuk Dicuba
#1 Oden
Tak sah kalau pergi Family Mart tak order oden. Semestinya menjadi makanan yang wajib dicuba. Oden tersedia dengan dua pilihan kuah iaitu asli ataupun sup tomyam. Anda boleh pilih salah satu ya.
Senarai Pilihan Oden
Anda boleh pilih beberapa pilihan oden seperti kek ikan, bebola ikan, bebola udang dan macam-macam lagi. Selain itu, oden ini juga boleh dimakan dengan udon, mi shabu, mi segera ataupun bihun. Walaupun set hidangan ni ringkas namun rasanya lazat. Confirm repeat!
#2 Onigiri
Review makanan Family Mart yang seterusnya ialah onigiri. Jika pergi ke Family Mart, selalunya rak bahagian onigiri ni selalu tinggal sedikit. Mungkin ramai peminat onigiri ni sampai sering sold out dibuatnya. Cik Min pun suka juga dengan onigiri ni sebab mudah dimakan di mana-mana je. Sambil buat kerja pun boleh ngap!
Selain daripada onigiri klasik, anda juga boleh cuba tuna mayo, salmon dan ebiko. Selain itu, anda juga boleh dapatkan onigiri edisi terhad yang dikeluarkan oleh Family Mart setiap beberapa bulan.
#3 Sandwic
Walaupun pencuci mulut sandwic mungkin kedengaran pelik atau asing, jangan jadikan ia halangan untuk anda mencubanya! Pelbagai jenis sandwich yang boleh dipilih seperti teriyaki chicken, chicken katsu, tuna mayo, chicken mayo, sardine mayo dan macam-macam lagi boleh didapati di Family Mart.
Selain itu, dapatkan juga sando, pencuci mulut Jepun yang dipenuhi dengan buah-buahan, krim dan pelbagai topping lain. Percayalah, anda tak akan menyesal mencubanya!
Boleh juga dibuat sebagai sarapan waktu pagi. Ambil dan ngap saja.
#4 Pencuci Mulut Mini
Tak lengkap rasanya jika tak makan pencuci mulut selepas makan. Bagi mereka yang minat makanan manis dan sering tergoda dengan pencuci mulut, anda boleh menemui pilihan pencuci mulut seperti strawberry shortcake, chocolate mousse, matcha parfait, puding asli dan banyak lagi.
Sedap gilerrr kalau makan sejuk-sejuk!
#5 Hanjuku Cheese – Review Makanan Family Mart
Buat peminat cheese cake dan tidak berapa gemar makan cheese cake yang bersaiz besar, anda boleh cuba hanjuku cheese ini.
Hanjuku cheese yang dibakar separuh ini pasti meninggalkan rasa keju yang kaya dan penuh berkrim. Sedap dan cair di mulut. Memang pilihan hati Cik Min dan disebabkan itulah Cik Min nak review makanan Family Mart.
#6 Makanan Ringan
Untuk mencari pilihan makanan ringan panas, anda boleh pergi saja di bahagian kaunter Family Mart. Anda akan lihat hot bar yang terdapat pelbagai hidangan makanan ringan yang panas.
Antara makanan ringan di Family Mart ialah sosej, tauhu sotong, karipap, kepingan ayam dan sebagainya, anda boleh dapatkannya dalam keadaan yang masih panas lagi. Jangan malu-malu nak request makanan di kaunter ya!
#7 Frappe
Bagi Cik Min, frappe di Family Mart ni underrated. Walaupun kurang mendapat tempat di hati pelanggan, namun frappe ini sememangnya layak untuk diberi pujian dan patut dicuba!
Untuk dapatkan minuman frappe, anda boleh terus dapatkan dari peti sejuk dan bawa ke kaunter untuk pilih perisa. Anda boleh pilih sama ada susu, coklat ataupun buat peminat kopi anda boleh tambah perisa kopi untuk diminum bersama.
Minuman ini hanya berharga RM8.90 dan sangat sesuai diminum waktu cuaca panas.
Jangan lepaskan peluang untuk cuba ya! Ayuh segera ke Family Mart berhampiran anda dan anda juga boleh kongsikan review makanan di Family Mart di ruangan komen di bawah.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!