Review Makanan di Subway | Berserta Tips

December 29, 2021 by No Comments

First impression Cik Min bila baca review orang lain pasal Subway ni, susah betul nak order. Kena pilih roti, inti dan sos. Nampak rumit pun ada. Jadinya kalau orang yang tak pernah makan tentulah gugup sedikit nak order nanti kan? Cik Min pun pernah merasai perkara yang sama! Namun, buat anda yang belum cuba makanan di Subway, jangan risau. Jom ikuti review makanan di Subway daripada Cik Min! Cik Min akan selitkan tips sekali.

Review Makanan di Subway – Sedap dan Berbaloi

Kebiasaannya orang akan pergi Subway bila dah bosan dengan piza, burger atau ayam goreng. Maklumlah, Subway ni merupakan restoran fast food yang agak popular juga di Malaysia.

Kalau anda nak tahu, Subway juga sesuai untuk dimakan kalau sedang berdiet sebab salad pun ada dijual di sini. Tapi, untuk pelanggan yang first time nak order sandwic di sini pun boleh tahan rumitnya. Cik Min pun pening juga nak order pada mulanya sebab kena pilih roti, inti dan sos. Hishhh, merumitkan! Namun, selepas beberapa kali percubaan, Cik Min sudah pandai order di Subway! Haha.

#1 Sandwic

Sebagai seorang penggemar sandwic di Subway, meh baca review makanan di Subway daripada Cik Min! Anda juga boleh cuba tips ni untuk pastikan sandwic anda lagi sedap.

review makanan di Subway
Sumber: Harian Post
  • Pemilihan roti – Kalau nak pilih roti yang sedap, Cik Min suggest untuk pilih hearty italian dan jangan lupa request triple toast. Sumpah sedap dan crunchy! Roti tak akan soggy walaupun dah sejuk dan bercampur dengan sos.

Nota: Hanya roti heart italian sahaja yang boleh double toast atau triple toast. Kalau roti lain seperti parmesan oregano, honey oat dan wheat tak sesuai double toast sebab nanti akan jadi terlalu lembik.

  • Sos – Kombinasi sos yang paling sedap adalah ranch (boleh minta lebih), thousand island, sweet onion, mayonnaise, olive oil, chilli dan BBQ. Kombinasi sos-sos ini sesuai untuk semua jenis menu termasuk salad dan juga wrap.

Nota: Sos ketchup adalah sos yang paling tak sedap. Jadi, jangan cuba letak sos ketchup dekat sandwic atau salad. Kalau makan dengan meatball mariana memang spoil!

  • Sayur – Buat penggemar sayur, minta je extra. Anda tidak akan dikenakan charge tambahan. Yang dikenakan charge tambahan adalah daging sahaja.

#2 Mushroom Soup

review makanan di Subway

Tak ramai yang tahu Subway sebenarnya ada mushroom soup. Kalau anda order wrap, boleh cuba makan dengan mushroom soup. Sedap tak terkata!

#3 Biskut

Bagi Cik Min, biskut di Subway paling sedap walaupun lemau rasanya. Favourite Cik Min all the time! Buat anda yang nak beli sandwic di Subway nanti, jangan lupa beli biskut juga ya!

Cik Min harap lepas ni ramai akan tahu rahsia kesedapan makanan di Subway. Lepas baca artikel ini anda wajib cuba ya! Jangan lupa untuk terus ajak kawan dan boleh kongsi review makanan di Subway di ruangan komen di bawah.


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *