Restoran Makanan Jepun yang Diiktiraf Halal

December 17, 2021 by No Comments

Kebiasaannya kita dengar kalau makanan Jepun ni mesti sushi, ramen atau sashimi saja, kan? Tapi sebenarnya banyak lagi makanan Jepun yang popular di Malaysia dan seluruh dunia. Cik Min rasa di negara kita ni mesti banyak restoran makanan Jepun yang diiktiraf halal jadi, bolehlah anda jalan-jalan cari makan gitu! Hehehe.

Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang restoran makanan Jepun yang halal. Jadi, anda tak perlulah rasa ragu-ragu lagi bila nak makan di restoran yang menjual makanan Jepun ni.

Restoran Makanan Jepun yang Diiktiraf Halal

5 Restoran Makanan Jepun yang Diiktiraf Halal

Ikuti senarai restoran makanan Jepun halal yang akan Cik Min kongsikan di bawah. Restoran ini tentunya menyediakan makanan yang sedap dan menyelerakan untuk dinikmati.

1. Konichiwa Cafe

Bagi anda yang ingin mencari makanan Jepun, anda bolehlah berkunjung ke Konichiwa Cafe ini! Kafe ini menyajikan hidangan Jepun-Muslim yang bukan sahaja halal tetapi sedap. Selain itu, kafe ini juga turut menyediakan makanan barat dan tempatan.

Makanan Jepun yang popular di kafe ini ialah teppanyaki, donburi, udon, sushi dan bento. Konsep dekorasi bagi Konichiwa Cafe ni memang cantik dan santai. Jadi, senanglah untuk anda makan di kafe ini sambil bergambar yang lawa-lawa!

Alamat: Jalan 6/7b, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Isnin, 11:00 a.m. – 8:00 p.m.

Restoran Makanan Jepun yang Diiktiraf Halal

2. Restoran Makanan Jepun Miyagi – Restoran Makanan Jepun yang Diiktiraf Halal

Buat anda yang menetap di Bangi atau kawasan sekitarnya, anda bolehlah singgah ke Restoran Makanan Jepun Miyagi ini. Restoran ini menyajikan makanan Jepun yang enak dan diiktiraf halal.

Selain itu, antara menu popular di restoran ini ialah Sashimi to Tempura Set, Cheese Fire Maki, Tenzaru Soba dan Okonomiyaki. Cik Min tengok gambar makanan di bawah ini pun dah terliur, inikan pula bila makan sendiri. Pasti sedap!

Alamat: No. 2A, Jalan Medan PBI, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 11:30 a.m. – 3:00 p.m., 5:30 p.m. – 9:30 p.m.

Restoran Makanan Jepun yang Diiktiraf Halal

3. Express Teppan-Yaki

Tak dapat dinafikan di Malaysia, memang banyak restoran makanan Jepun yang sedap-sedap! Misalnya, restoran Express Teppan-Yaki ni. Cik Min dapat tahu restoran ini telah berusia lebih 10 tahun dan masih beroperasi di Pavilion, Kuala Lumpur. Restoran ini memang sangat terkenal dengan cara hidangan Jepun iaitu teppanyaki.

Untuk makluman anda, teppanyaki ini merupakan cara masakan untuk hidangan yang dimasak di atas teppan atau kuali rata, selalunya kuali besi yang biasa digunakan.

Alamat: Level 1 Food Republic Pavilion KL, 168 Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 11:15 a.m. – 9:00 p.m.

4. Restoran Fujiyama Japanese – Restoran Makanan Jepun yang Diiktiraf Halal

Untuk anda yang gemar makan makanan Jepun sushi, memang di sinilah tempatnya! Restoran Fujiyama Japanese ini menyajikan makanan Jepun yang sedap dan pastinya halal.

Anda juga boleh merasai pelbagai jenis sushi, beli 3 percuma 1. Selain itu, restoran ini juga menyajikan makanan yang berharga RM96.80 untuk 2 pax! Memang berbaloi! Tengok sahajalah, gambar sushi di bawah ini. Kecur air liur!

Alamat: No. 21, Jalan SS21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 11:00 a.m – 12:00 a.m.

Restoran Makanan Jepun yang Diiktiraf Halal

5. Suki-Ya 

Rasanya memang ramai dah tahu tentang restoran makanan Jepun Suki-Ya ini! Di Suki-Ya anda dapat menikmati hidangan steamboat ala-ala Jepun. Cawangan restoran Suki-Ya ini terdapat di pusat beli-belah dan salah satunya di MyTown Cheras.

Alamat: 90, L2-042 Level 2, MY Town Shopping Centre, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 10:00 a.m. – 10.00 p.m.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang restoran makanan Jepun yang diiktiraf halal kali ini. Mesti perut anda semua rasa lapar kan? Jadi, apa tunggu lagi, singgahlah ke restoran makanan Jepun yang menjadi pilihan hati anda!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *