Resipi Choco Jar Leleh – Sedap dan Mudah

December 20, 2021 by No Comments

Choco jar pernah menjadi fenomena di Malaysia. Kalau boleh, semua orang berpusu-pusu nak jual dan rasa choco jar ni. Termasuklah Cik Min, tapi Cik Min hanya rajin beli je lah. Hehe. Sejujurnya Cik Min memang penggemar choco jar dan hampir semua jenama choco jar Cik Min dah try. Di kesempatan ini, Cik Min nak kongsi resipi choco jar leleh yang sedap dan mudah.

Haa, sebelum tu Cik Min juga nak kongsikan bahawa choco jar yang paling sedap Cik Min pernah cuba ialah choco jar jenama Nims. Memang sedap sampai terngiang-ngiang. Disebabkan itulah Cik Min terdetik nak kongsikan resipi mudah ni. Apa lagi? Jom kita start.

Resipi Choco Jar Leleh – 3 Bahan Senang Didapati

Bahan-bahan Choco Jar:

  • 1 kg bubble rice
  • Milk chocolate jenama Beryl’s
  • Minyak masak secukupnya

Nota: Semua bahan-bahan ini boleh didapati di kedai kek berhampiran anda. 1 kg bubble rice tak sampai RM10 dan coklat pula pastikan milk chocolate. Barulah sedap dan berlemak! Akhir sekali, jangan lupa bekas untuk sediakan choco jar ya.

Cara-cara Membuat Choco Jar:

Resipi Choco Jar Leleh
Resipi Choco Jar Leleh
Resipi Choco Jar Leleh
  1. Sangai (goreng tanpa minyak) bubble rice di atas kuali. Diingatkan untuk sangai 2 hingga 3 minit sahaja untuk memastikan bubble rice betul-betul rangup dan tak lemau di kemudian hari.
  2. Cairkan milk chocolate dengan minyak masak. Gunakan kaedah double boil. Kemudian biarkan coklat mencair sepenuhnya. Kalau nak cepat, anda boleh saja gunakan microwave. Lagi mudah dan pantas. 
  3. Setelah coklat cair dan sejuk, tuangkan di atas bubble rice tadi. Gaulkan semuanya dan terus boleh ngap. Semudah ABC!

Tips Pastikan Resipi Choco Jar Leleh Menjadi

  • Tips untuk memastikan coklat sentiasa cair walaupun dah sejuk – Coklat perlu dicairkan dengan menggunakan minyak. Resipi choco jar Cik Min kongsikan ini ready to eat. Jadi, bila nak makan anda tak perlu bersusah payah panaskan coklat untuk cairkannya. 
  • Tips untuk bubble rice sentiasa rangup – Pastikan bubble rice dan juga coklat betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Diingatkan juga bekas yang digunakan perlu kedap udara ya. Bubble rice akan menjadi lemau dan lembik jika terkena coklat yang masih panas. 

Selamat mencuba!


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *