Resepi Sotong Goreng Tepung

February 26, 2025 by No Comments

Resepi Sotong Goreng Tepung ini bukan sekadar garing, tapi ada ‘crunch’ yang buat orang tak boleh berhenti makan! Gabungan tepung yang sempurna dan teknik menggoreng yang betul menjadikan setiap gigitan penuh rasa. Tak perlu restoran mahal, hidangan ini boleh disediakan sendiri dengan mudah.

Resepi Sotong Goreng Tepung
Sumber: Pinterest

Di Malaysia, negeri seperti Terengganu, Kelantan, dan Pahang terkenal dengan hidangan sotong goreng tepung ini. Makanan laut ini boleh didapati di kawasan pesisir yang terkenal dengan hasil laut segar yang ditangkap oleh nelayan tempatan. Sabah juga tidak ketinggalan, dengan Kota Kinabalu menjadi destinasi utama bagi peminat makanan laut segar.

Tambahan, sotong goreng tepung telah menjadi kegemaran ramai kerana gabungan teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam. Salutan tepung yang garing memberikan sensasi kriuk yang memuaskan, manakala isi sotong yang segar memastikan setiap gigitan berjus dan penuh rasa.

Mahu buat sendiri boleh juga! Tak perlu bahan yang banyak malah cara pun simple sahaja. Nak tahu resepi sotong goreng tepung mudah yang boleh buatkan sotong goreng tepung anda rangup dan sedap macam di restoran? Teruskan baca blog ini sampai habis!

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup & Sedap

Resepi Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan:

– 4 ekor sotong bersaiz sederhana

– cawan kecil tepung gandum

– 1/2 cawan kecil tepung jagung

– 3 sudu besar tepung beras

– Garam secukup rasa

– Secubit serbuk lada putih dan hitam

– Secubit serbuk kunyit

– 1 biji telur

– Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Jom Mula Sotong Goreng Tepung!

Langkah 1: Persediaan Sotong

Bersihkan sotong dengan membuang bahagian dalam, gigi dan kulitnya. Kemudian, potong sotong kepada saiz yang diingini dan toskan sehingga kering. Gaulkan sotong yang telah dipotong dengan sedikit garam untuk perasa.

Langkah 2: Penyediaan Adunan Tepung

Setelah itu, campurkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, dan serbuk kunyit mengikut sukatan bahan yang diberikan ke dalam mangkuk. Kacau bahan campuran sehingga sebati.

Langkah 3: Penyediaan Telur

Pukul telur dalam mangkuk berasingan sehingga kuning dan putih bercampur rata.

Langkah 4: Salutan Sotong

Ambil potongan sotong dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul sebentar tadi. Kemudian, salutkan dengan campuran tepung sehingga menutupi seluruh permukaan sotong.

Langkah 5: Menggoreng

Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng untuk mendapatkan hasil yang rangup. Masukkan sotong satu persatu ke dalam minyak panas, jangan terlalu padat dalam kuali. Goreng sehingga keemasan dan garing. Kemudian, angkat dan toskan minyak berlebihan.

Tips Tambahan | Resepi Sotong Goreng Tepung

1. Elakkan Meletup Semasa Menggoreng: Pastikan sotong benar-benar kering sebelum disalut dan digoreng. Kelembapan berlebihan boleh menyebabkan minyak meletup semasa menggoreng.

2. Kekalkan Kerangupan: Setelah menggoreng, letakkan sotong di atas penapis atau rak dawai untuk menyingkirkan minyak berlebihan. Ini membantu mengekalkan kerangupan lebih lama.

3. Penggunaan Tepung: Mahu mudah? Boleh guna sahaja tepung ayam dari Born Chef sudah cukup lengkap dengan bahan perasa dan salutan yang sempurna. Hasilnya, sotong goreng lebih rangup dan sedap!

Resepi Sotong Goreng Tepung

4. Kuali Legend Non-Stick Frying Pan: Kuali ini memastikan sotong tidak melekat dan gorengan lebih sekata. Panasnya cepat menyebar, jadi sotong masak dengan sempurna tanpa menyerap minyak berlebihan.

5. Minyak Masak Berkualiti: Minyak dari Naturel ini rendah kolesterol, lebih sihat dan tahan suhu tinggi. Sotong goreng jadi lebih garing, tak cepat berminyak dan lebih enak dimakan panas-panas!

Dengan menggunakan bahan yang tepat, teknik yang betul, dan peralatan yang sesuai, sotong goreng tepung bukan sahaja rangup, malah lebih sedap dan mudah disediakan di rumah. Tak perlu lagi ke restoran untuk menikmati hidangan ini! Resepi sotong goreng tepung sudah ada bukan? Buat dari rumah sahaja jimat minyak kereta!

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Resepi Sotong Goreng Tepung untuk kali ini. Kini boleh mencuba sendiri di rumah dan menikmati keenakan sendiri! Jadi, tunggu apa lagi? Selamat mencuba dan Jom cuba resepi ini dan nikmati setiap gigitan yang rangup dan penuh rasa!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal la

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *