Resepi Nasi Lemak Beras Basmati
Tiada yang lebih menggamit selera pagi seperti nasi lemak yang wangi dan berlemak. Dalam blog ini, kami akan berkongsi resepi nasi lemak beras basmati yang bukan sahaja sihat malah teksturnya lebih ringan. Dengan aroma daun pandan dan santan, pasti setiap suapan membangkitkan nostalgia. Jom ikuti langkah mudah untuk mencuba resepi ini di rumah!
Nasi lemak merupakan hidangan tradisional Malaysia yang terkenal dengan rasa lemak dan keharumannya. Ia sering dinikmati sebagai sarapan pagi tetapi popular juga sebagai hidangan sepanjang hari.
Lazimnya, nasi lemak dimasak menggunakan beras biasa, namun kini semakin ramai yang memilih untuk menggunakan beras basmati sebagai alternatif yang lebih sihat dan ringan.
Beras basmati terkenal sebagai pilihan yang lebih sihat kerana kandungan indeks glisemiknya yang lebih rendah berbanding beras biasa. Indeks glisemik (GI) adalah bagaimana mengukur makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan glukosa darah.
Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan tanpa mengorbankan keenakan hidangan tradisional. Selain itu, beras basmati memiliki tekstur yang lebih panjang dan gebu, yang memberikan rasa ringan dan tidak terlalu mengenyangkan selepas makan.
Tambahan, proses memasak yang mudah dan memberi manfaat kepada kesihatan menjadikan resepi nasi lemak beras basmati semakin digemari ramai. Bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di kalangan pencinta makanan Asia di seluruh dunia.
Resepi Nasi Lemak Beras Basmati paling mudah !
Bahan utama Nasi Lemak yang diperlukan:
1. 2 cawan beras basmati (cuci dan rendam 20 minit, kemudian toskan)
2. 2 ½ cawan santan cair
3. 1 helai daun pandan (disimpul)
4. 1 ulas bawang putih (diketuk)
5. 1 inci halia (dihiris nipis)
6. 1 sudu kecil garam
Bahan Sambal:
1. 10 biji cili kering (rendam dalam air panas dan kisar halus)
2. 2 biji bawang besar (kisar halus)
3. 3 ulas bawang putih (kisar halus)
4. 1 inci belacan (dibakar)
5. 1 sudu besar air asam jawa
6. 1 sudu besar gula merah/gula melaka
7. Garam dan gula secukup rasa
Pelengkap Hidangan resepi nasi lemak beras basmati:
1. Telur rebus (belah dua)
2. Timun (dihiris nipis)
3. Kacang tanah goreng
4. Ikan bilis goreng
Langkah penyediaan resepi Nasi Lemak Beras Basmati
Langkah 1: Penyediaan Nasi Lemak
Gunakan beras Basmati premium untuk memastikan nasi lemak yang dimasak lebih berkualiti, dengan tekstur yang panjang dan gebu. Cuci beras hingga bersih dan rendam selama 20 minit sebelum ditoskan. Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker multifunction yang memudahkan proses memasak nasi.
Tambahkan santan cair bersama daun pandan segar, bawang putih yang diketuk dan halia yang dihiris nipis untuk aroma yang wangi dan rasa autentik. Selain itu, kacau perlahan untuk memastikan semua bahan bercampur rata kemudian masukkan garam secukup rasa.
Hidupkan rice cooker dan pilih tetapan memasak nasi untuk memastikan beras dimasak sempurna. Setelah nasi masak, biarkan ia “berehat” selama 10 minit sebelum dikacau perlahan untuk memastikan nasi tidak hancur tetapi tetap cantik dan gebu.
Langkah 2: Penyediaan Sambal
Untuk sambal yang mudah dan sempurna, gunakan pengisar sambal untuk mengisar bawang besar, bawang putih, cili kering, dan belacan yang telah dibakar hingga halus.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali menggunakan api sederhana, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik aroma. Dengan bantuan pengisar sambal yang berkualiti tinggi, tekstur sambal akan menjadi lebih halus dan mudah untuk dimasak.
Setelah bahan kisar masak, masukkan air asam jawa dan gula merah, kacau rata sehingga sambal mendidih. Tambahkan garam dan gula secukup rasa untuk menyeimbangkan rasa. Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal jika suka, atau boleh dibiarkan berasingan sebagai taburan. Masak sambal hingga pekat dan sesuai dengan cita rasa anda.
Sudah siap ! Boleh hidangkan kepada tetamu.
Resepi nasi lemak beras basmati adalah variasi moden yang tetap mengekalkan keunikan rasa tradisional. Dengan teksturnya yang lembut dan ringan, ia menjadi pilihan sesuai untuk mereka yang mengutamakan kesihatan tanpa mengorbankan keenakan hidangan. Resepi ini bukan sahaja mudah diikuti, tetapi juga memberikan kepuasan dengan setiap suapan.
Jadikan nasi lemak beras basmati sebagai hidangan istimewa untuk keluarga anda, sama ada untuk sarapan pagi atau jamuan bersama rakan-rakan. Kombinasi nasi yang wangi, sambal pedas manis dan pelengkap yang menyelerakan pasti menggembirakan semua.
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Resepi nasi lemak beras basmati untuk kali ini. Jadi, tunggu apa lagi? Ikut resepi ini dan cuba sendiri di rumah hari ini! Jangan lupa untuk kongsikan hasil masakan anda di media sosial dan tag rakan-rakan anda. Semoga resepi ini menjadi kegemaran keluarga anda, dan selamat mencuba!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah