Resepi Donut Susu Gebu
Pernah cuba resepi donut susu? Bagi yang gemar memasak, mesti ada sahaja makanan yang hendak dihidang untuk minum petang sambil santai-santai kan! Kalau tak tahu nak buat kuih apa, kenalah cuba resepi donut susu yang Cik Min akan kongsikan ni. Mudah dan sedap sangat tau, rasanya pun lain berbanding donut yang biasa kita makan.
Donut Susu Jadi Kegemaran Ramai
Apa bezanya donut biasa dan donut susu? Haaa … Kalau nak tahu, donut susu ni lebih sedap berbanding donut biasa tau. Kalau donut biasa, ianya disalut dengan gula sahaja kan. Tapi untuk donut susu, mestilah menggunakan susu tepung sebagai perisa utamanya. Sekarang ni macam-macam resepi yang kita boleh olah tau. Dengan adanya pelbagai topping viral seperti biscoff, coklat, vanilla, lagi senang untuk cipta resepi-resepi yang baru kan!
Kalau buat donut susu ini sebagai santapan minum petang, mesti ahli keluarga terutamanya anak-anak akan suka tau. Bahan-bahan yang diperlukan pun sangatlah mudah untuk didapati. Dan cara penyediannya pun senang tau!
Apakah Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Donut Susu?
– 50gm tepung gandum
– 11gm yis
– 50gm gula pasir
– 1 sudu kecil garam
– 2 biji telur
– Susu tepung
Cara-Cara Membuat Donut Yang Gebu
1. Masukkan yis ke dalam mangkuk dan tuangkan sedikit air suam. Biarkan selama 5 minit
2. Masukkan tepung, gula pasir, satu sudu besar susu tepung, garam dan telur ke dalam mangkuk tadi.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
4. Asingkan kepada doh kecil untuk membuat bentuk donut.
5. Bulatkan doh dan ambil penutup botol untuk membuat lubang di tengahnya. Boleh juga menggunakan acuan donut jika ada.
6. Biarkan doh selama 30 minit atau sehingga doh naik.
7. Panaskan minyak dan goreng sehingga berwarna koko keemasan.
8. Salutkan donut yang telah masak dengan susu tepung dan siap untuk dimakan.
Cuba, Jangan Tak Cuba!
Macam mana? senang ja rupanya nak buat resepi donut susu ni. Perlukan beberapa bahan dan beberapa steps sahaja tau! Jadi tunggu apa lagi, cubalah resepi yang Cik Min kongsikan ni, confirm ahli keluarga suka! Kalau nak lebih jelas lagi tentang cara penyediannya, boleh rujuk channel YouTube LIA MOM’S KITCHEN.
SELAMAT MENCUBA!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.
Nak makan apa? Makan lokal-lah!
Nanti buat laa untuk kami… Heheheh
ok awak!
Mantap la min. Berguna sangat resepi ni. 👍
Wahhh resepi mcm senang jadi jeee. Mantap min