Resepi Bahulu Tradisional Sedap

December 15, 2022 by No Comments

Penggemar kuih bahulu pasti akan tercari-cari resepi bahulu tradisional yang sedap kan? Mana taknya, semua resepi yang dijumpai di Google tu kebiasannya berlainan dan kurang menjadi. Tapi hari ini, dKetuhar Bahulu ada beberapa tips paling best untuk membuat kuih bahulu anda terasa sebiji macam beli daripada kedai!

Lepas ini, senanglah kalau anda nak buat kuih bahulu untuk kudap-kudapan dan minum petang. Dah, Cik Min tak nak cakap banyak! Jom kita lihat tips dan resepi bahulu tradisional sedap yang bakal Cik Min kongsikan pada perkongsian kali ini.

Rahsia Resepi Bahulu Tradisional Paling Sedap

Baiklah, jom kita mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan bagi menjayakan resepi bahulu tradisional sedap ini terlebih dahulu.

Tanpa adanya bahan-bahan utama, maka tidak terjadilah bahulu tersebut kan? Jom kita lihat antara bahan-bahan yang bakal anda perlukan:

  • • 1 cawan tepung gandum
  • • 1 cawan gula kastor
  • • 1/2 sudu kecil tepung penaik
  • • 1 sudu kecil tepung beras
  • • 1/4 sudu kecil garam
  • • 4 biji telur
  • • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • • Minyak masak

Sebelum itu, sudah tiba masanya untuk Cik Min sharekan tips seperti yang telah dijanjikan tadi! Pssst, jangan beritahu orang lain tau, hehe...

Rahsia untuk mendapatkan bahulu yang ringan ni adalah, tepung yang anda gunakan tersebut hendaklah betul-betul kering. Untuk mendapatkan tekstur tepung yang kering ini pula, anda boleh cuba meratakan tepung di atas loyang dan panaskan ia di dalam oven selama sekurang-kurangnya 2 minit.

Mudah je kan? Jadi, jom kita terus ke cara-cara membuat resepi bahulu tradisional yang sedap ini!

Cara-cara Membuat Bahulu Tradisional Sedap

Resepi Bahulu Tradisional Sedap
  1. ⒈ Panaskan oven pada suhu 190°C. Sementara itu sediakan adunan bahulu terlebih dahulu.
  2. ⒉ Pukul 4 biji telur bersama 1/2 sudu kecil esen vanilla sehingga kembang di dalam sebuah magkuk.
  3. ⒊ Masukkan 1 cawan gula kastor dan pukulkan sehingga campuran menjadi likat, pucat dan melekit.
  4. ⒋ Masukkan tepung sikit demi sedikit ke dalam campuran telur, sambil mengaup secara perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
  5. ⒌ Griskan acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan ia ke dalam oven selama 5 minit.
  6. ⒍ Kemudian, anda bolehlah meletakkan adunan ke dalam acuan bahulu tersebut sehingga penuh.
  7. ⒎ Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 10-15 minit, atau sehingga bahulu masak berwarna keemasan.
  8. ⒏ Setelah masak, terus keluarkan bahulu daripada acuan dengan menggunakan lidi.
  9. ⒐ Ulangi proses pembakaran ini sehingga adunan habis.
  10. ⒑ Setelah selesai, biarkan bahulu sejuk sebelum menyimpannya ke dalam bekas kedap udara. Siap untuk dihidang!

Nampak simple aje resepi bahulu tradisional sedap ni kan? Tapi Cik Min pasti, bukan semua penggemar kuih bahulu rajin nak membuatnya. Betul takkk? Haha

Walau bagaimanapun, anda semua tak perlu risau sebab Cik Min tahu dekat mana anda boleh dapatkan kuih bahulu terbaik dari area Selatan tau! Tak lain tak bukan, daripada dKetuhar Bahulu Melaka.

Kalau anda duduk berdekatan Melaka pun boleh dapat, yang duduk berjauhan pun boleh dapat juga. Tak kisahlah anda berada di negeri mana sekali pun, inshaAllah, pasti dapat merasa. Memang terbaik!

Resepi Bahulu Tradisional Sedap Boleh Didapati di dKetuhar Melaka

DKetuhar Bahulu Melaka ada menyediakan kuih bahulu tradisional dalam empat pilihan perisa hot selling seperti pandan, strawberi, original dan coklat. DKetuhar juga mempunyai perisa premium lain seperti choco leleh dan choco chip atau choco rice.

Resepi Bahulu Tradisional Sedap

Inovasi perisa ini adalah dihasilkan demi menarik minat anak-anak kecil terhadap kuih tradisional tersebut. Tetapi pada Cik Min, bukan anak-anak kecil je yang suka perisa coklat-coklat ni semua. Warga dewasa pun sama hantu juga apabila dengar bab coklat-coklat ni tau! Macam Cik Min contohnya, hehe

Nak tengok tak serba sedikit video daripada dKetuhar Bahulu membuat kuih bahulu berintikan coklat leleh? Haaa, meh tengok di sini.

DKetuhar Bahulu Juga Menyediakan Khidmat Tempahan Door Gift!

Bahulu sangat sesuai dijadikan doorgift bagi kebanyakan acara keraian seperti majlis perkahwinan, majlis kesyukuran, majlis ulangtahun dan macam-macam lagi. Kuih bahulu ini sesuai kerana ia cukup simple, klasik dan digemari oleh semua peringkat umur.

Di dKetuhar Bahulu, terdapat 4 jenis pakej door gift yang boleh anda dapatkan. Berikut merupakan antara pakej yang mereka sediakan:

1. SET CLASSIC CERMAI

  • • Terdapat 3 jenis: Bahulu cermai 40pcs/ Bahulu cermai 20pcs/ Bahulu choco leleh.
  • • Setiap set cermai 40pcs dan Cermai 20pcs didatangi dengan 4 perisa yang boleh dipilih: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.

2. SET DOORGIFT CLASSIC KEMBOJA

  • • Terdapat 3 jenis packaging untuk dipilih (berlainan harga).
  • • Setiap pesanan boleh memilih 4 perisa Bahulu Kemboja: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.
  • • 3 pilihan door gift packaging: Plastik jimat/ Kotak ready-made/ Kotak custom-made.

3. SET DOORGIFT CLASSIC CERMAI

  • • Terdapat 3 jenis packaging untuk dipilih.
  • • Setiap pesanan boleh memilih 4 perisa Bahulu Cermai: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.
  • • 3 jenis set untuk dipilih mengikut kuantiti Bahulu Cermai : Cermai 2pcs/ Cermai 3pcs/ Cermai 4pcs.

Jom Buat Tempahan Bersama dKetuhar Bahulu

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut tentang bahulu dKetuhar ini, anda terlebih dahulu boleh mendapatkan pelbagai pilihan pertanyaan di Linktr.ee dan Facebook dKetuhar HQ.

Buat mereka yang sudah membuat keputusan untuk menempah secara dalam talian pula, anda boleh terus melayari beberapa online shop dKetuhar Bahulu seperti di bawah:

WEBSITE D’KETUHARdketuhar.com
SHOPEE: Shopee dketuharbaulu
TIKTOK: @dketuhar.hq
PG MALL: PGMall DKetuhar
AGRO BAZAAR: Agro Bazaar Online DKetuhar

Nak berhubung secara terus dengan team dKetuhar Bahulu? Jom ke talian, 017-739 2976 (Puan Hasliza). Lepas ni dah tak perlu bersusah-payah cari resepi bahulu tradisional yang sedap lagi, sebab dKetuhar Bahulu kan ada? Selamat membeli-belah!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Resepi Bahulu Tradisional Sedap”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, jom layari laman portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *