Resepi Air Sedap Hari Raya

April 8, 2024 by No Comments

Bila pagi 1 Syawal menjelma, mesti dah terliur kan untuk mencari air manis? Apatah lagi bila kita mengunjung ke rumah tetamu, air manis pasti akan dihidangkan kepada kita sambil berbual dan bertanya khabar. Dah tahu belum resipi air sedap Hari Raya?

Untuk artikel Makan Lokal kali ini, Cik Min nak kongsikan beberapa resipi air sedap yang para pembaca boleh cuba bersama keluarga ya!

1. Laici Lemonade

Untuk mereka yang menyukai air segar buah pada pagi Raya, Cik Min syorkan Laici Lemonade yang sangat mudah untuk dibuat.

Bahan-bahan: 

  • 5 biji buah laici 
  • Daun pudina
  • ½  lemon (diperah)
  • Hirisan lemon
  • ½ air soda 
  • Ais
  • Air gula (optional)

Cara : 

  1. Masukkan laici, daun pudina yang dikoyak kasar dan perahan air lemon
  2. Masukkan air soda dan ais
  3. Sedia dihidang

2. Soda Kelapa Pudina

Mesti para pembaca jarang dengar akan air ini kan? Selalu kita dengar adalah air coconut shake ataupun soda pudina sahaja. Jom sama-sama kita cuba resipi air dibawah ini. 

Bahan-bahan: 

  • ½ cawan air kelapa 
  • ½ cawan sparkling water 
  • Daun pudina segar
  • Hirisan lemon 
  • Ais 
  • Air gula (optional)

Cara : 

  1. Campurkan air kelapa dan sparkling/soda. 
  2. Masukkan perahan air lemon & limau
  3. Kemudian racik kasar daun pudina dengan tangan 
  4. Tambah air gula ikut selera
  5. Masukkan ais
  6. Sedia dihidang

3. Sirap Susu Thai

Dulu air susu bandung, kali ini sirap susu Thai? Sirap susu Thai ini sangat segar ya lepas keluar beraya dan berpanas seharian di luar. Tak percaya cakap Cik Min? Cuba dulu dengan mengikuti resipi di bawah!

Bahan-bahan: 

  • 5 sudu Sala’s syrup 
  • 4 sudu kecil susu pekat
  • 200 ml susu full cream 
  • Ais 

CARA:

  1. Campur sirap dengan susu pekat dalam cawan. Kacau sebati
  2. Tuang campuran kedalam gelas berisi ais dan tuang susu krim penuh
  3. Sedia dihidang

Air-air diatas sangatlah segar dan mudah untuk dibuat sepanjang musim raya ini. Bahan-bahannya juga mudah untuk didapat di pasaraya atau kedai runcit. Kalau bukan untuk tetamu, untuk diri sendiri dan keluarga juga boleh dihidangkan. Cik Min ucapkan selamat mencuba!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Resepi Air Sedap Hari Raya“. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *