Resepi agar-agar sirap
Resepi Agar-Agar Sirap adalah pencuci mulut yang manis, sejuk, dan menyegarkan. Mudah disediakan dengan bahan ringkas, tetapi hasilnya tetap memikat selera. Sesuai untuk dinikmati waktu petang atau sebagai pemanis mulut selepas makan. Jom cuba resepi ini dan nikmati keenakannya!

Agar-agar sirap adalah pencuci mulut yang ringkas tapi memikat selera dengan warna merah menyala dan rasa manis yang menyegarkan. Diperbuat daripada serbuk agar-agar, gula, dan sirap ros, ia menjadi pilihan ramai kerana teksturnya yang kenyal dan lembut. Sesuai untuk dihidangkan sejuk, terutama pada hari yang panas.
Pencuci mulut ini sering dihidangkan dalam majlis keluarga, kenduri atau sekadar sebagai pemanis mulut selepas makan. Rasanya yang ringan menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Ia juga boleh digabungkan dengan hidangan lain seperti kek atau kuih tradisional.
Selain rasa yang enak, agar-agar sirap juga mudah disediakan dan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam peti sejuk. Teksturnya yang kenyal memberikan pengalaman makan yang menyeronokkan, menjadikannya antara pencuci mulut yang tidak pernah lapuk ditelan zaman.
Kekal bersama Cik Min, Mari kita belajar sama-sama bagi kaedah resepi agar-agar sirap yang sedap!
Resepi Agar-agar sirap
Bahan yang diperlukan:
10 gram serbuk agar-agar
1 liter air
½ cawan gula pasir
1 sudu besar sirap ros
2 helai daun pandan (Disimpulkan)
Sebutir gula batu (jika suka)
Secubit garam
Mari Mula Memasak ! | Resepi Agar-Agar Sirap
1. Penyediaan agar-agar

Masukkan serbuk agar-agar segera ke dalam periuk bersama 1 liter air kemudian masak di atas api yang sederhana sambil kacau sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
2. Penambahan Bahan Lain
Setelah agar-agar larut, tambahkan setengah cawan gula pasir dan sebutir gula batu (jika digunakan). Masukkan juga satu sudu makan sirap ros, 2 helai daun pandan yang telah disimpul dan secubit garam. Kacau rata sehingga semua bahan sebati.
3. Memasak Hingga Mendidih
Biarkan campuran tersebut mendidih sambil terus mengacau untuk memastikan tiada ketulan dan semua bahan larut sepenuhnya.
4. Menuang ke Dalam Acuan

Setelah mendidih, keluarkan daun pandan dari campuran. Tuangkan campuran agar-agar ke dalam acuan pilihan anda yang telah dibasahkan sedikit dengan air untuk memudahkan proses mengeluarkan agar-agar nanti.
5. Proses Penyejukan
Biarkan agar-agar sejuk pada suhu bilik sehingga ia mula mengeras. Setelah itu, pindahkan ke dalam peti sejuk dan biarkan ia mengeras sepenuhnya selama beberapa jam.
6. Menghidang
Setelah agar-agar benar-benar keras, keluarkan dari acuan. Potong mengikut saiz dan bentuk yang diingini dan selamat untuk dihidangkan dalam keadaan sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan.
Petua Tambahan Bagi Resepi Agar-Agar Sirap:
1) Sukatan Agar-Agar dan Air: Untuk mendapatkan tekstur agar-agar yang tidak terlalu keras atau lembik, pastikan anda menggunakan nisbah yang betul antara serbuk agar-agar dan air. Sebagai panduan umum:
- 10 gram serbuk agar-agar : 1 liter air
- 20 gram serbuk agar-agar : 2 liter air
- 30 gram serbuk agar-agar : 3 liter air
2) Penggunaan Gula Batu: Penambahan gula batu dapat memberikan kilauan pada agar-agar dan membantu mengekalkan teksturnya agar tidak cepat berair.
3) Sirap yang berkualiti: Sirap ros daripada SweetLAB memberikan warna yang lebih terang dan tidak terlalu manis. Jika mahu warna yang lebih pekat, boleh tambahkan beberapa titis pewarna makanan merah untuk menjadikannya lebih menarik.

Agar-agar sirap ros ini bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga memberikan hidangan pencuci mulut yang menyegarkan dan sedap. Dengan menggunakan bahan berkualiti dan mengikuti petua yang diberikan, anda boleh mendapatkan agar-agar yang kenyal, berkilat, dan beraroma wangi!
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Resepi Agar-Agar Sirap untuk kali ini. Kini boleh mencuba sendiri di rumah dan menikmati keenakan sendiri! Jadi, tunggu apa lagi? Selamat mencuba dan semoga hidangan ini menambah keceriaan di meja makan anda!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal la