Qidot Cafe Review: Ruangan The Iram

February 23, 2022 by No Comments

Qidot Cafe merupakan restoran yang memiliki ciri aesthetic di mana ramai anak muda yang gemar dengan ciri tersebut, khususnya dalam pengambilan gambar. Bukan itu sahaja, Qidot Cafe juga ada menawarkan makanan yang pelbagai mengikut cita rasa pengunjung. Mari teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut mengenai Qidot Cafe review.

Qidot Cafe mempunyai dua kafe berhadapan antara satu sama lain, iaitu Qidot Cafe dan The Iram. Qidot Cafe sesuai untuk mereka yang ingin bersantai bersama-sama rakan. Tetapi, ruangan The Iram yang terletak berhadapan Qidot Cafe ini amat sesuai untuk makan bersama keluarga dan rakan yang lebih ramai seperti menyambut hari jadi dan sebagainya. Hal ini kerana, The Iram mempunyai ruang yang lebih besar berbanding Qidot Cafe.

Qidot Cafe Review
Qidot Cafe Berhadapan dengan The Iram

Namun, untuk makan di The Iram ini, sebaiknya anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana dipercayai ruangan The Iram ini sering kali penuh. Anda boleh membuat tempahan tempat di sini.

Qidot Cafe Review
Bahagian Luar The Iram
Qidot Cafe Review
Bahagian dalam The Iram

Qidot Cafe bukan sahaja menawarkan makanan western, malahan ada menyediakan makanan mengikut selera anda tidak kira makanan lokal, Korea, dessert, atau pizza.

Qidot Cafe Review

Menu best seller dalam kategori pizza, ialah Hawaiian Chicken Pizza. Pizza ini berharga RM24.

Qidot Cafe Review

Grilled Lamb antara menu yang paling popular di Qidot Cafe ini. Grilled Lamb ini berharga RM35.

Jika anda mengunjungi Qidot Cafe ini, jangan lupa untuk mencuba jus buah-buahan, iaitu Le Fruit Juice yang didatangi dalam 3 perisa. Antaranya, perisa mango, orange, dan guava dragon yang hanya bernilai RM12.90.

Anda juga perlu mencuba Fizzy Mocktail yang bernilai RM13. Fizzy Mocktail ini ada dalam pelbagai perisa seperti Rose Lychee Mocktail, Passion Peach Mocktail, Virgin Mojito Mocktail, dan Melon Mojito Mocktail.

Qidot Cafe Review

Qidot Cafe Review

Cik Min dapati ramai yang gemar makan di restoran ini dan memberikan feedback yang positif kepada Qidot Cafe. Jom lihat komen yang ditinggalkan oleh pengunjung seperti berikut:

Tetapi, ada juga yang mengatakan makanan di sini kurang enak. Cik Min ada terbaca dalam satu blog yang telah membuat review makanan di Qidot Cafe dan memaklumkan makanannya kurang sedap seperti yang pernah diviralkan dahulu. Bagi Cik Min, mungkin makanan tersebut kurang memenuhi cita rasanya.

Tempahan/Penghantaran

Bagi anda yang ingin menikmati makanan yang ditawarkan oleh Qidot Cafe ini, tetapi tidak berkesempatan untuk mengunjung ke Qidot Cafe, anda boleh membuat pesanan secara dalam talian di sini. Anda juga boleh membuat pesanan makanan melalui aplikasi foodpanda sejauh 40 km.

Lokasi:
Lot 1658, Batu 9, Jalan Klang – Banting, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor.

Operasi:
Selasa hingga Ahad: 12 tengah hari – 10 malam

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Cik Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

No.Tel./Hubungi di Talian:
60133368688 (Qidot’s Hotline)

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *