Puding cendol gula melaka
Puding cendol gula melaka ialah pencuci mulut tradisional yang kini diberi sentuhan moden, memang menjadi kegemaran ramai. Gabungan rasa lemak manis santan, keharuman gula melaka, dan kelembutan cendol menghasilkan hidangan yang menyegarkan. Sesuai dihidangkan pada bila-bila masa dan pastiny membangkitkan selera anda semua!
Puding cendol gula melaka memang pencuci mulut yang mampu mencuri perhatian sesiapa sahaja. Kombinasi rasa lemak santan, manisnya gula melak dan cendol yang kenyal memang serasi, menghasilkan pencuci mulut yang unik dan memikat. Hidangan ini bukan sahaja sedap malah sesuai dinikmati pada bila-bila masa!
Apa yang menarik tentang puding ini ialah kesederhanaan bahan-bahannya. Dengan hanya cendol, santan, gula melaka, dan sedikit agar-agar, anda boleh menghasilkan pencuci mulut yang cantik dan menyelerakan. Lagi best, ia juga boleh dihias dengan topping seperti kacang merah atau jagung untuk menambah kelazatan.
Pencuci mulut ini sangat sesuai dihidangkan untuk keluarga atau majlis kecil-kecilan. Rasanya yang klasik tetapi disajikan dengan gaya moden. Ini pasti membuat tetamu terpesona ! Jadi, kalau nak sesuatu yang mudah tapi istimewa, boleh cuba resipi ini! Confirm puas hati!
Resepi mudah Puding cendol gula melaka
Lapisan Cendol
1 cawan cendol (sedia pakai atau buat sendiri)
400 ml santan
1 sudu kecil garam dan serbuk agar-agar (plain)
1 sudu besar gula
Lapisan Gula Melaka
200 ml air
150 g gula melaka
1 sudu kecil serbuk agar-agar
2 helai daun pandan
Jom mula buat Puding cendol gula melaka!
Langkah 1: Sediakan lapisan cendol terlebih dahulu
Masukkan santan, garam, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Cik Min cadangkan nak lebih rasa kelapa asli boleh gunakan santan Kara. Selepas itu, panaskan dengan api yang sederhana sambil kacau sehingga semua bahan larut sepenuhnya.
Kemudian, masukkan cendol sedia pakai atau cendol buatan sendiri dan kacau hingga sebati. Tuangkan campuran ini ke dalam acuan pilihan dan biarkan ia sejuk seketika sehingga separa mengeras.
Langkah 2: Sediakan lapisan gula melaka
Dalam periuk lain, campurkan air, gula Melaka yang asli boleh dapat di pasaran, serbuk agar-agar dan daun pandan segar. Panaskan campuran ini dengan api sederhana sambil kacau sehingga gula melaka larut sepenuhnya.
Setelah larut, tapis campuran untuk membuang daun pandan dan sisa lain. Kemudian, tuangkan perlahan-lahan di atas lapisan cendol yang telah separa mengeras tadi.
Langkah 3: Sejukkan sebelum dihidangkan
Biarkan puding berada pada suhu bilik hingga mula mengeras. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam sehingga puding benar-benar sejuk. Kemudian, boleh dihidangkan ke atas piring untuk nikmati bersama keluarga!
Nak buat cendol buatan sendiri? Mari Cuba!
Bahan yang diperlukan:
100g tepung beras
50g tepung jagung
500 ml air daun pandan
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk agar-agar
Air batu
Mari ikut Cik Min sediakan cendol homemade menggunakan jari jemari kita!
1- Sediakan air daun pandan: Rebus daun pandan dengan air hingga keluar warna hijau. Tapis untuk dapatkan air pandan.
2- Adunan Cendol: Campurkan tepung beras, tepung jagung, serbuk agar-agar, air daun pandan, air biasa, dan garam. Kacau hingga sebati.
3- Masak: Panaskan campuran hingga pekat dan meletup-letup. Angkat periuk dari api.
4- Pewarna: Tambahkan pewarna hijau (jika perlu) atau biarkan warna hijau semula jadi dari daun pandan.
5- Tekan Cendol: Masukkan adunan ke dalam acuan cendol yang bersesuaian dan tekan keluar cendol ke dalam bekas berisi air batu.
6- Sejukkan: Biarkan cendol sejuk dalam air batu sebelum digunakan.
Sudah siap Puding cendol gula melaka!
Mahu lebih mudah? Tonton sahaja video Youtube daripada Aimeris Kitchen di bawah !
Mudah bukan? Dessert ini bukan sahaja enak, malah mudah disediakan untuk pelbagai majlis. Dengan rasa lemak manis dan tekstur yang lembut, ia pasti menjadi pilihan kegemaran ramai. Cubalah resepi ini di rumah dan nikmati detik istimewa bersama keluarga. Hidangan tradisional ini pasti membawa senyuman kepada semua!
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Puding cendol gula melaka untuk kali ini. Hidangan manis pilihan yang memikat selera, bukan? Jadi, tunggu apa lagi? Mari cuba sekarang resepi dari Makan lokal ini!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal lah