Port Makan Western Melaka | Pilihan Ramai!
Anda peminat makanan western? Tahukah anda terdapat sebuah restoran yang menjadi port makan western terbaik di Melaka? Warga Melaka atau luar Melaka nak tunggu apa lagi tu? Moh le pakat singgah ke Bruh Kitchen Melaka!
Bruh Kitchen Melaka merupakan sebuah port makan western terbaik yang wajib anda kunjungi. Hidangan western yang berkonsepkan ala-ala Texas BBQ juga boleh dirasai sendiri di sini tau! Sekali pekena, confirm melekat di hati, terutamanya buat para peminat makanan western.
Tapi sebelum kita ketahui lokasinya di mana, bacalah dulu perkongsian Cik Min tentang Bruh Kitchen Melaka kegemaran ramai ni. Nanti Cik Min reveal lokasinya, okay? Pinky promise!
Port Makan Western Melaka | Jom Serbu!
Cik Min tahu, pasti ramai yang sedang mencari kedai makan western best di area Melaka untuk bersantai bersama kawan-kawan atau keluarga pada hujung minggu nanti, kan? Haaa, Bruh Kitchen Melaka inilah jawapannya!
Pada Cik Min, port makan western terbaik di Melaka ini hanyalah Bruh Kitchen. Sekali Cik Min try, memang tak pandang kedai lain dah! Sebab itulah Cik Min duk promote kedai Bruh Kitchen ni dengan anda semua … Memang tak akan rugi atau menyesal kalau ke sini.
Anda boleh berjalan-jalan di Melaka pada siang hari, dan nikmati hidangan western yang best di port makan terbaik ini pada sebelah malam. Terdapat pelbagai hidangan western yang boleh anda pilih mengikut selera dan cita rasa masing-masing.
Nak makan lamb chop boleh, nak makan ribs pun boleh! Kalau nak try daging brisket, grilled chicken, dan beraneka pasta pun tak ada masalah. Cik Min sarankan, anda cuba terus kesemua jenis makanan western yang ada di Bruh kitchen Melaka ni. Hanya perlu singgah, order, dan nikmati sendiri keenakannya!
Harga bagi setiap hidangan juga adalah berpatutan dan sesuai dengan portionnya. Sangat berbaloi dan mengenyangkan.
Fikir apa lagi tu u olls? Dekat tempat lain memang tak akan jumpa dah port makan western di Melaka yang best dan awesome macam ni. Jadi, pastikan anda kunjungi Bruh Kitchen Melaka minggu ini ya!
Lokasi Port Makan Western Melaka Favourite Ramai!
Dah penat berjalan-jalan di bandar Melaka tu, bolehlah terus singgah untuk makan di Bruh Kitchen pula. Memang ngam!
Kalau anda nak tahu, terdapat dua cawangan Bruh Kitchen Melaka yang boleh dijadikan sebagai port makan western favourite anda jika ke sana. Dua cawangan berkenaan adalah:
Tak pandai nak cari alamat? Jangan risau … Nak lagi senang, boleh Waze aje nama kedai Bruh Kitchen yang Cik Min tuliskan tu. Pejam celik, terus sampai. Memang mudah!
Menu yang Wajib Anda Cuba!
Makanan western ala-ala Texas BBQ yang terdapat di Bruh Kitchen ni memang diiktiraf terbaik di Melaka, oleh para pelanggannya tau! Anda WAJIB rasai sendiri keenakan makanan western mereka. Confirm puas hati punyalah! Untuk kod menu penuh, anda boleh dapatkan di sini.
Baiklah, tanpa membuang masa, meh Cik Min listkan antara hidangan yang boleh anda cuba di port makan western terbaik Melaka ini:
- Kod S1. LAIN MACAM (RM 157)
- • Hidangan ini sesuai dimakan oleh tiga hingga empat pax. Kalau anda lihat gambar di bawah, memang jelas bahawa portionnya besar. InsyaAllah, kenyang sampai esok!
- • Hidangan ini termasuk 200gm smoked beef brisket, 200gm pulled lamb, 2 pieces grilled chicken, double aglio olio, french fries, mashed potatoes dan sauteed veggies.
- • Istimewanya hidangan ini kerana, beef brisket dan pulled lamb tersebut disalai menggunakan Wood Fire Technique selama 8-12 jam. Memang lembut dan juicy!
- Kod S3. DULANG TERDUDUK (RM 217)
- • Hidangan ini sesuai untuk lima hingga enam pax. Memang penuh tray, siap ada extra satu tray lagi!
- • Campuran hidangan ini terdiri daripada 300gm smoked beef brisket, 300gm pulled lamb, 3 pieces grilled chicken, double aglio olio, french fries, mashed potatoes dan sauteed veggies.
- • Tengok nama pun dah tahu, lepas makan nanti confirm kenyang sampai terduduk!
- Kod S1. BEGINNER (RM67)
- • Hidangan ini pula sesuai untuk satu hingga dua pax.
- • Hidangan ini mengandungi 100gm smoked beef brisket, 100gm smoked pulled lamb, 1 piece grilled chicken, french fries, mashed potatoes dan sauteed veggies.
- Kod LR1. HANTU KAMBING (RM80-RM100)
- • Makanan ini adalah khas untuk para penggemar lamb ribs di Malaysia.
- • Ia mengandungi 350-500gm whole rack of smoked lamb dan mashed potatoes. Memang puas makan kalau macam ni!
- Kod M1. BEEF BRISKET MENANGIS (RM 38.90)
- • Hidangan ini mengandungi 200gm smoked beef brisket yang telah disalai selama 16 jam, mashed potatoes dan sauteed veggies.
- CRAZY PULLED LAMB (RM42)
- • Ini pula adalah hidangan terbaharu di Bruh Kitchen yang paling rare dan best! Cik Min sendiri pun teruja dan tak sabar nak try weekend ni u olls…
- • Hidangan ini mengandungi 200gm smoked pulled lamb, mashed potatoes dan sauteed veggies.
- • Daging yang disalai lembut macam ni memang juicy dan akan mencair dalam mulut tau!
Ada banyak lagi hidangan yang anda boleh pilih dan cuba di Bruh Kitchen ni tau! Desserts dan coffee pun ada jika tak nak makanan yang terlalu berat. Boleh lihat di sini untuk menu penuh.
Kunjungi Bruh Kitchen Melaka Hari Ini!
Anda tunggu apa lagi tu? Jom rancang perjalanan untuk ke Melaka pada minggu ini. Nanti bolehlah berkunjung ke Bruh Kitchen Melaka untuk rasai sendiri hidangan western yang best-best. Nak lagi gempak, pastikan anda bawa family dan kawan-kawan sekali tau!
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh hubungi Bruh Kitchen di talian WhatsApp, 011-1147 1696 (Cawangan Durian Daun) dan 018-368 7879 (Cawangan MITC). Anda juga boleh lawati laman Facebook dan Instagram Bruh Kitchen untuk sebarang maklumat lanjut.
Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min kali ini tentang “Port Makan Western Melaka”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Makan Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Nak makan apa? Makan lokal-lah!