Pes Sambal Petai Cheffaro

August 29, 2023 by No Comments

Bagi ibu-ibu bekerja, pes memang membantu memudahkan kerja memasak. Dalam artikel ni Cik Min nak share tentang pes sambal petai Cheffaro.

Cik Min beli pes sambal petai Cheffaro 200g di AEON Big harganya RM4.05.

Udang sekilo RM45. Saya beli dalam 500gram jadi RM22.50. Dapat dalam 14 ekor udang.

Petai 150g RM7 tapi tak guna semua dalam 1/5 aje untuk sekali masak.

Di pek ni dia kata boleh 6-8 orang makan tapi rasanya kalau 14 ekor udang ni 2-3 orang aje kan. Sorang 4-5 ekor.

Kalau tuan puan ada pes masakan dan mahu team Makanlokal.com buatkan review, boleh emel kami di makanlokal.com@gmail.com ya.

Mudah je cara masak sambal petai ni guna pes sambal petai Cheffaro ni.

Langkah pertama ialah tumis hirisan bawang putih dan merah sampai naik bau. Kemudian terus masukkan pes.

Masa mula-mula tu seram juga tengok warna merah betul. Takut pedas. Ingat nak simpan lagi separuh pes ni nak masak lain kali tapi masak ajelah habiskan. Bila pulak nak lain kalinya kan.

Kemudian lepas pes dah naik bau, masukkan udang dan petai. Kemudian kecilkan api. Tambah air sikit kalau kering.

Selain dari itu saya tak tambah apa-apa dah macam garam, gula dan asam. Surprisingly rasanya cukup masam, manis dan masin. Cuma tak cukup pedas. Tak matching dengan warnanya.

Kandungan dalam Pes Sambal Petai

Bahan-bahan di dalam pes sambal petai ink ialah bawang, minyak kelapa sawit, gula, air asam jawa, cili, udang kering, garam, bawang putih, monosodium glutamate (E62), modified starch (E1422), Sodium Benzoate(E211) dan mungkin mengandungi sisa buah keras, kacang tanah dan ikan bilis.

Bila dah siap baunya macam ada belacan tapi tak ada dalam senarai bahan.

Dan calories perserving 73 tak termasuk udang dan petai.

Rasanya kena bubuh petai lebih dalam 30 butir tadi saya letak 10 aje dan baunya tenggelam dengan sambal.

Harga keseluruhan hidangan tak termasuk nasi

Pes RM4.05+ Udang RM22.50 + Petai bawang dan minyak RM1. 50 = RM28. 05

Jika tuan puan mahu pes tuan puan kami review boleh emel ke makanlokal.com@gmail.com ya!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Pes Sambal Petai Affaro“. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *