Pes masakan jimat masa
Nak masak cepat tapi tetap sedap? Kadang-kadang kita tak cukup masa untuk masak hidangan yang rumit, kan? Jadi, apa kata cuba pes masakan jimat masa yang boleh bantu ringankan beban di dapur? Jom tengok beberapa pilihan pes yang mudah dan cepat untuk hidangan harian!
Pada zaman dahulu, memasak di dapur memerlukan lebih banyak masa dan tenaga. Setiap bahan mentah seperti rempah ratus, herba dan bahan utama perlu dikisar dan disediakan secara manual. Proses ini sangat rumit dan memakan masa. Namun, hasil masakan yang dihidangkan pasti menggambarkan keaslian dan ketelitian dalam setiap hidangan.
Kini, proses memasak menjadi lebih mudah dan cepat dengan pes masakan. Hanya perlu dicampurkan dengan bahan utama tanpa perlu melalui proses mengisar rempah atau menyediakan bahan-bahan secara manual. Dengan pes masakan, kita dapat menikmati hidangan tradisional dalam masa yang lebih singkat tanpa mengurangkan rasa dan kualiti.
Kelebihan pes masakan jimat masa adalah menjimatkan masa dan tenaga. Pes masakan jimat masa juga membantu mereka yang kurang mahir memasak untuk menghasilkan hidangan yang enak. Ia juga memastikan rasa yang konsisten dalam setiap masakan. Pes menjadikan masakan tradisional lebih praktikal.
Beberapa masakan yang dahulu tiada pes kini sudah wujud dengan pelbagai pilihan pes, seperti pes soto, pes tomyam, pes ayam masak merah, dan pes mee bandung. Ini membuktikan betapa pes masakan telah memudahkan kehidupan seharian kita tanpa mengorbankan rasa atau tradisi.
TOP 4 pes masakan jimat masa yang perlu anda cuba!
1. PERENCAH SOTO JOHOR I DEMUARA
Pernah rasa soto Johor yang padu, tapi susah nak cari rempah yang lengkap? Sekarang jangan pening-pening lagi ! Perencah Soto Johor daripada Demuara ada untuk memudahkan hidup anda! Pes ini dihasilkan berdasarkan resepi turun-temurun dari Johor dan dibawakan oleh pengasas yang memang cinta dengan warisan masakan tradisional.
Apa yang bagus sangat tentang pes soto Johor Demuara ini? Pes masakan jimat masa ini memang asli, wangi, dan cukup rasa! Tidak ada bahan pengawet jadi ianya selamat dimasak untuk sesi keluarga. Tambahan, semuanya sudah tersedia dalam satu paket. Memang cepat, mudah dan rasa pes ini seperti makan soto di kampung!
Cara penggunaan:
1. Tumis pes dengan minyak sehingga naik bau wangi
2. Tambahkan air mengikut kepekatan yang anda suka dan kemudian masukkan ayam atau daging.
3. Jangan lupa makan bersama pelengkap soto seperti suhun, taugeh, dan sambal kicap
Tidak sampai setengah jam, soto Johor homemade siap terhidang atas meja. Mudah kan?
Kalau anda peminat soto atau mahu mencuba rasa masakan Johor yang asli, perencah soto Johor Demuara ni memang wajib ada di dapur. Mudah, cepat dan yang paling penting rasanya tidak pernah mengecewakan. Mahu tahu betapa senangnya nak sediakan soto dengan pes ni? Anda boleh dapatkan sekarang dan rasa sendiri kelainannya.
2. THAI TOM YAM I KUNG THAI BRAND
Pernah rasa tom yam Thailand yang asli? pes masakan jimat masa ini adalah pes tom yum asli yang membawakan rasa tradisional dari Thailand terus ke dapur anda. Pes ini mengekalkan cita rasa masakan asal untuk memastikan semua orang dapat menikmati tom yum seperti di restoran Thailand.
Nak rasa tom yam original tanpa perlu pergi Thailand? Inilah jawapannya!
Pes ini menggunakan ramuan asli seperti serai, lengkuas, cili, dan daun limau purut yang memberi rasa masam pedas yang seimbang. Tiada tambahan bahan pengawet jadi pes ini selamat untuk digunakan. Ia boleh digunakan untuk tom yam sup, tumisan atau asas perapan. Jadi, selamat digunakan!
Pesanan dari Cik Min, pastikan anda memilih pes masakan jimat masa ini yang mempunyai label halal pada bungkusan pes tersebut! Untuk pes tom yam ini ada yang halal dan juga tidak halal. Pilihlah sebaik mungkin!
Cara penggunaan:
1. Larutkan pes tom yam ke dalam air yang mendidih
2. Masukkan ayam, udang, atau makanan laut pilihan anda dan biarkan ia masak bersama sayuran seperti cendawan atau tomato. Boleh juga masuk sayuran lain!
3. Tambahkan sedikit susu cair atau santan untuk menambahkan lagi rasa sedap tom yam anda.
4. Dalam masa kurang dari 20 minit boleh hidangkan untuk tetamu!
Kalau anda teringin nak bawa rasa restoran Thailand ke rumah, Kung Thai Brand ini adalah pilihan terbaik. Pes ini kini tersedia di Malaysia, jadi anda boleh dapati dengan mudah.
3. PES MASAKAN JIMAT MASA I SHIMAZ TUMISAN BONDA
Shimaz Tumisan Bonda adalah pes masakan serbaguna yang dicipta berdasarkan resipi tradisional yang wujud dalam warisan keluarga. Pes ini dicipta oleh seorang suri rumah inovatif yang berasal dari Malaysia untuk memudahkan penyediaan hidangan harian tanpa mengorbankan rasa asli.
Shimaz Tumisan Bonda kini mendapat penerimaan yang baik daripada ramai pengguna di seluruh negara. Keistimewaan Shimaz Tumisan Bonda terletak pada rasa yang kaya dan asli, dengan kombinasi rempah ratus tradisional yang diadun sempurna.
Pes ini sangat serbaguna kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan dari lauk tumisan hingga kuah yang pekat dan lazat. Lebih menarik, rasa pes ini sesuai untuk semua, tak kira masakan kampung atau moden.
Cara penggunaan:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan pes masakan jimat masa dari Shimaz Tumisan Bonda
2. Tambahkan bahan seperti ayam, daging, ikan, atau sayur kegemaran anda.
3. Untuk hidangan berkuah, tambahkan sahaja air atau santan mengikut selera dan sukatan anda.
4. Tunggu sehingga menggelegak dan tutup api.
Nak pikat hati bakal ibu mertua? Boleh hidang terus masakan untuk bakal ibu mertua! Kalau anda nak cuba masakan yang pantas tapi tetap sedap, pes Shimaz Tumisan Bonda ini pilihan yang terbaik. Pes ini boleh didapati di seluruh Malaysia.
4. PES MASAKAN JIMAT MASA I BUAT ORANG LAPO
Pes masakan ini adalah produk tempatan yang direka khas untuk memenuhi keperluan mereka yang sibuk tetapi tetap mahukan masakan yang lazat. Diasaskan oleh jenama popular Buat Orang Lapo yang dihasilkan dengan resepi istimewa yang telah memikat hati ramai penggemar makanan. Kini, pes ini sudah mula mendapat tempat di dapur rakyat Malaysia.
Keunikan pes ini ialah ia menggabungkan rasa asli dengan kemudahan penggunaan. Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan rempah terpilih. Tambahan, ia memberikan rasa yang seimbang tanpa perlu menambah bahan lain dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan.
Daripada lauk tradisional hingga hidangan moden. Rasa dia? Memang buat sesiapa saja teringat-ingat!
Cara Penggunaan:
1.Sediakan bahan-bahan utama seperti ayam, daging, ikan, atau sayur-sayuran pilihan anda.
2. Campurkan pes terus ke dalam bahan masakan tanpa perlu menambah rempah lain.
3. Tambah sedikit air atau santan jika ingin hidangan berkuah, atau masak kering untuk lauk tumisan.
4. Masak sehingga sebati dan pastikan bahan-bahan masak sepenuhnya. Dalam masa beberapa minit, hidangan siap untuk dinikmati!
Tak perlu pengalaman hebat di dapur untuk guna pes ini. Campak-campak terus siap!
Kalau anda mencari cara mudah untuk sediakan hidangan lazat setiap hari. Pes Buat Orang Lapo ni adalah jawapannya! Bukan saja mudah didapati di Malaysia, malah pes ini boleh menjadikan dapur anda seperti restoran.
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Pes masakan jimat masa kali ini. Jadi, tunggu apa lagi? Tak perlu lagi habiskan masa lama menyiapkan rempah. Jadikan pes masakan adalah penyelamat masakan anda! Jom mudahkan hidup dan jadikan setiap hidangan lebih istimewa!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah