Nasi Kerabu Mok Su | Review Tempat Makan Yang Best
Kepada penggemar nasi kerabu, korang wajib berkunjung ke Nasi Kerabu Mok Su ni. Fuhh … nasi kerabu dia memang padu wehh! Cik Min dah pernah try makan dekat situ dah. Sekali cuba, memang setiap minggu jugaklah Cik Min akan cari nasi kerabu Mok Su ni tau. Jom ikuti perkongsian Cik Min kali ni.
Di Manakah Lokasi Nasi Kerabu Mok Su?
Kalau nak tahu, nasi kerabu ini terletak di Lot 5055 Persiaran Inspen, Kampung Dato Aby Bakar baginda, Bangi, Selangor. Sebenarnya kedai makan ini terletak di tepi jalan saja tau. Memang senang untuk cari tempat ni. Nasi kerabu ni memang famous tau. Jadi tak heranlah kalau kena beratur panjang sekali pun. Tapi bagi yang nak order dulu pun boleh. Tekan sahaja link ini https://wa.me/message/.
Ianya dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi sehingga pukul 2.30 petang. Bagi yang makan untuk sarapan atau makan tengahari memang sangat sesuai lah untuk berkunjung ke sini.
Apa Yang Menarik Tentang Nasi Kerabu Ini?
Kedai ini bukan sahaja menyediakan hidangan nasi kerabu tau. Nasi berlauk, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng pun ada. Tapi yang paling famous mestilah nasi kerabu. Oh ya, di sini juga ada dijul akok iaitu sejenis kuih tradisional yang popular di Kelantan dan Terengganu. Sambil-sambil nak makan nasi kerabu bolehlah cuba akok ni sekali ye dok?
Nasi kerabu yang paling laku sekali mestilah nasi kerabu daging bakar. Fuhh … Dia punya perapan tu memang padu habis. daging kambing dia pun besar dan tak berbau tau. Memang puas la makan. Harganya pun sangat murah. Nasi kerabu kambing bakar ni berharga RM12.00 sahaja tau.
Bagi yang tak makan kambing, jangan risau. Korang boleh cuba nasi kerabu daging bakar dan ayam bakar. Kalau nak campur lauk pun boleh. Untuk nasi kerabu daging bakar, harganya ialah RM 7.50 manakala nasi kerabu ayam bakar pula berharga RM 7. Kalau tak nak lauk yang bakar-bakar, korang boleh juga pilih lauk yang bergoreng.
Bagi yang tak pernah makan dekat sini, Cik Min memang galakkan korang untuk cuba. Jangan lupa bawa family dengan kawan-kawan sekali. Benda yang sedap mestilah kena share kan! Sekali cuba, pasti nak lagi.
Selamat Menjamu Selera!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.
Nak makan apa? Makan lokal-lah!