Nasi Kerabu Mekla Kuantan

January 4, 2022 by No Comments

Anda merupakan salah seorang penggemar nasi kerabu? Cik Min rasalah kan semua orang suka makan nasi kerabu, apatah lagi kalau anda berasal dari pantai timur! Boleh dikatakan, sangat familiar dengan nasi kerabu ini. Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu tentang satu restoran yang menjual nasi kerabu sedap, iaitu Nasi Kerabu Mekla Kuantan.

Kepada sesiapa yang menggemari nasi kerabu seperti Cik Min, anda bolehlah datang ke restoran Nasi Kerabu Mekla ni! Manalah tahu sambil anda berjalan-jalan di sekitar bandar Kuantan, boleh singgah sebentar ke restoran ini.

Nasi Kerabu Mekla Kuantan

Menu Istimewa – Nasi Kerabu Mekla Kuantan

Restoran Nasi Kerabu Mekla ada menyediakan pelbagai jenis menu untuk anda pilih!

Nasi Kerabu

Bercakap tentang nasi kerabu ini, ia merupakan menu wajib yang dijual di restoran ini. Cik Min sebenarnya pernah berkunjung ke restoran Nasi Kerabu Mekla dan menikmati sendiri nasi kerabu! Memang sedap dan menyelerakan!

Boleh dikatakan, nasi kerabu yang dijual lengkap dengan bahan-bahannya dan cukup rasa! Semasa Cik Min singgah ke restoran ini, Cik Min lihat ramai yang sedang beratur panjang untuk bungkus, makan di rumah. Memang tak salah lagi, nasi kerabu yang dijual ini terkenal dalam kalangan peminatnya yang tersendiri.

Nasi Kerabu Mekla Kuantan

Selain itu, di restoran ini juga ada menyediakan pelbagai jenis menu lain seperti nasi lemak, laksam, kuih-muih, nasi goreng dan macam-macam lagi.

Nasi Kerabu Mekla Kuantan

Bersebelahan dengan restoran ini juga ada menjual minuman yang sedap iaitu mango flood dan cendol pulut! Memang sedap dan menyegarkan!

Suasana Restoran

Restoran ini memang sesuai dijadikan tempat lepak bersama kawan-kawan. Anda juga boleh membawa keluarga anda ke kedai ini kerana ianya luas dan selesa untuk bersantai-santai. Selain itu, restoran ini juga terletak di kawasan yang mempunyai tempat yang nyaman dan sunyi tanpa bunyi kenderaan.

Cik Min juga suka hiasan dalam restoran ini kerana ia menampilkan vibe negeri pantai timur, iaitu Kelantan. Memang seronok makan di restoran ini sambil menikmati pemandangan yang indah di sekelilingnya. Cik Min perasan restoran ini juga sangat bersih dan peralatan yang ada disusun dengan sangat teratur!

Nasi Kerabu Mekla Kuantan
Nasi Kerabu Mekla Kuantan

Alamat Nasi Kerabu Mekla Kuantan

Kepada anda yang berminat untuk datang ke kedai ini, waze sahaja alamat yang Cik Min kongsikan di bawah.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali hari Khamis, 7:30 a.m. – 5:00 p.m.
Alamat: Jalan Permatang Badak Baru 1, 25150 Kuantan, Pahang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman Facebook Nasi Kerabu Mekla.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Nasi Kerabu Mekla Kuantan kali ini. Jadi, kalau anda semua teringin nak makan nasi kerabu sedap datanglah ke kedai ini ya?

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *