Nasi Kandar di Penang – Wajib Pergi!

December 27, 2021 by No Comments

Penang memang dikatakan syurga makanan dan cukup terkenal dengan beberapa menu makanan yang sedap seperti laksa, pasembor, rojak dan yang paling ikonik semestinya nasi kandar. Jika datang Penang, tak sah kalau tak pekena nasi kandar. Surrr sungguh orang Penang kata. Haha. Oleh itu, Cik Min sediakan senarai restoran nasi kandar di Penang sedap yang anda boleh cuba jika berpeluang ke sini. 

Nasi Kandar di Penang – 5 Lokasi Wajib Pergi!

#1 Deens Maju Nasi Kandar

nasi kandar di Penang
nasi kandar di Penang

Sebut saja Deens Maju, rata-rata orang Penang ataupun orang luar negeri ramai yang dah tahu lokasi ni. Tak perlu nak perkenalkan lagi. Deens Maju merupakan antara restoran nasi kandar terbaik dan terkenal di Penang. 

Disebabkan pelanggan di restoran ini tak pernah putus, jadi anda jangan terkejut kalau kena beratur panjang. Pelanggan di sini memang gila dan sanggup beratur panas-panas demi mencuba sepinggan nasi kandar. Termasuk Cik Min! Memang hebat penangannya!

Lauk-pauk yang disediakan juga memang banyak. Ada ayam goreng berempah, sotong, telur sotong, kari kepala ikan dan macam-macam lagi. Sayur bendi jangan dilupa!

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari 12:00 p.m. hingga 10:00 p.m.

#2 Restoran Hameediyah

nasi kandar di Penang
nasi kandar di Penang

Restoran Hameediyah ini Cik Min boleh katakan legend juga. Restoran ini merupakan restoran nasi kandar paling tertua bukan saja di Penang, malah di dalam Malaysia. 

Lauk-pauk di sini menggunakan resipi turun-temurun dan campuran rempah ratus unik yang telah dikekalkan dengan teliti sejak 114 tahun lalu.

Selain daripada nasi kandar, anda juga boleh menikmati martabak yang telah mendapat tempat istimewa di hati pelanggan. 

Alamat: 164, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari 10:00 a.m. hingga 10:00 p.m.

#3 Nasi Kandar Pokok Ketapang – Nasi Kandar di Penang

Sumber: Instagram

Warung berwarna hijau Nasi Kandar Pokok Ketapang ini turut dipanggil nasi kandar beratoq bawah pokok.

Di Butterworth, restoran ini memang menjadi sebutan orang ramai dan sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan umumkan yang kita dah boleh makan di kedai. Memang kena sedia beratur dengan orang Penang dan juga orang luar. 

Cik Min amat memuji makanan di sini dari segi bau, tekstur dan rasanya. Ada juga yang mengatakan nasi di sini memang wangi dan lembut. Lauk di sini sedap di makan jika dibanjiri dengan kuah campur. Confirm padu!

Alamat: Kampung Benggali, 12200 Butterworth, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari 7:00 a.m. hingga 12:00 a.m.

#4 Nasi Kandar Kampung Melayu

Restoran ini terletak di bawah flat di Air Itam. Mereka telah beroperasi semenjak 1970 malah resipi makanan di sini adalah dari generasi yang terdahulu. Maka tak hairanlah kenapa kedai ni sungguh famous di kalangan orang Penang. Cik Min memang sanggup dan gigih keluar dari town semata-mata nak mencuba nasi kandar di sini. 

Makanan di sini mendapat tempat di hati pelanggan sehingga mereka boleh menjual 1000 pinggan dalam sehari! Menakjubkan bukan? 

Tunggu apa lagi? Jom pekena nasi kandar power kat sini!

Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari 6:30 a.m. hingga 10:00 p.m. | Isnin 6:30 a.m. hingga 1:30 p.m.

#5 Nasi Kandar Beratur Original

Tengok namanya sahaja anda boleh agak penangan dan keenakan nasi kandar di restoran Nasi Kandar Beratur Original ni. Semestinya ramai pelanggan sanggup beratur panjang untuk mencubanya!

Anda boleh cuba keistimewaan utama lauk nasi kandar di sini. Antara lauk yang Cik Min recommend untuk anda cuba ialah telur sotong, telur bawang dan ayam ros. Memang laku habis. Anda pun tak akan menyesal!

Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari 3:00 p.m. hingga 11:30 p.m.

So, inilah senarai nasi kandar di Penang yang best dan sedap pilihan Cik Min. Anda boleh share dengan kawan-kawan dan bookmark siap-siap supaya sharing ini boleh dijadikan sebagai panduan jika berkesempatan datang ke Penang untuk bercuti nanti. 

Let’s hunt for curry!


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *