Menu Tealive x Famous Amos – Pelanggan Obsess!

December 20, 2021 by No Comments

Memandangkan perayaan Krismas semakin hampir, kebanyakan perniagaan F&B termasuklah Tealive mencipta dan menghadirkan menu baru untuk musim perayaan. Kali ini, menu Tealive x Famous Amos menjadi tarikan baru di mana Tealive memperkenalkan series Famous Amos Drinks. 

Terdapat empat versi minuman iaitu Famous Coco Lava, Famous Coco Smoothie, Famous Vanilla Smoothie dan Famous Coco Toffee.

Cik Min sendiri dah cuba Famous Coco Lava, Famous Vanilla Smoothie dan juga Famous Coco Smoothie. Cik Min teruja sebenarnya nak cuba menu Tealive x Famous Amos ni. Maklumlah, menu minuman baru ni cepat sangat sold out!

Menu Tealive x Famous Amos

Cik Min dimaklumkan bahawa smoothies hanya untuk Famous Coco Smoothie dan Famous Vanilla Smoothie (kedua-duanya berharga RM11.23).

Sementara itu, Famous Coco Toffee (RM10.28) dihidangkan panas manakala Famous Coco Lava ialah minuman ais (RM9.34).

Famous Coco Lava

Menu Tealive x Famous Amos
Famous Coco Lava

Pertama sekali, Cik Min rasa minuman ais sentiasa taken for granted. Dari pendapat peribadi Cik Min, apa-apa perisa akan lebih menonjol dalam minuman berais daripada smoothie.

Cik Min juga tak jangka rasa kepingan biskut Famous Amos sangat rangup dan lazat dalam minuman ini kerana kebiasaannya jika dibiarkan terlalu lama dalam minuman ais, ia akan menjadi kurang sedap.

Famous Coco Lava ni merupakan air coklat bersama dengan cairan coklat lava pada bahagian sisi cawan bersama-sama topping kepingan biskut yang rangup. Memang sedap dan manis!

Famous Coco Smoothie

Menu Tealive x Famous Amos
Famous Coco Smoothie

Bagi Famous Coco Smoothie pula sama sahaja dengan Coco Lava tetapi dalam bentuk smoothie. Untuk smoothie, Cik Min pilih less sugar. Mujur Cik Min ada tengok review di Twitter di mana rata-rata pesan untuk request less sugar supaya tak menyesal. Jadi, rasanya tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Ngam dan balance!

Kepingan biskut Famous Amos turut ada didalamnya sebagai topping. Fuhhh, memang banyak toppingnya! Bagi Cik Min, sangat berbaloi sekiranya anda boleh cuba sendiri. 

Famous Vanilla Smoothie – Menu baru Tealive x Famous Amos

Menu Tealive x Famous Amos
Famous Vanilla Smoothie

Vanilla dan kepingan biskut Famous Amos merupakan kombinasi yang sesuai dan unik bagi Cik Min, namun Cik Min nasihatkan anda untuk pesan less sugar juga ya sebab rasanya mungkin agak keterlaluan dan manis. Kalau tak, memang potong kaki! 

Famous Vanilla Smoothie pada asasnya hanyalah smoothie vanila yang dicampur dengan toffee bersama-sama topping kepingan biskut yang rangup.

Insya-Allah jika diberikan kesempatan Cik Min nak cuba Famous Coco Toffee. Mesti sedap minum panas-panas musim hujan ni.


Sudah tentu anda boleh custom dan request kemanisan mengikut tahap cita rasa masing-masing ya! Hanya maklumkan kepada Tearista sama ada anda ingin normal, half, slight atau tiada gula langsung. Namun, Cik Min sangat sarankan anda semua pilih less sugar

Jadi, tunggu apa lagi? Jom serbu ke outlet Tealive yang berdekatan anda. Kongsikan pengalaman Tealive x Famous Amos anda di ruangan komen di bawah.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *