Menu Auntie Anne’s Pretzel – Kegemaran Masa Kini

January 11, 2022 by No Comments

Siapa kat sini kalau pergi mall, mesti tergoda dengan bau dari kedai Auntie Anne’s? Angkat tangan! Haha. Cik Min gitu la. Kalau pergi mall kan, tak sah kalau tak beli Auntie Anne’s. Tapi, Cik Min selalu sangat beli Chocolate Pretzel. Tak pernah nak beli atau cuba pun menu baru. Kali ni, Cik Min nak senaraikan menu Auntie Anne’s pretzel yang anda boleh cuba sendiri.

Cik Min ada lihat review yang dibuat oleh youtuber terkenal, Nad Syhra. Anda boleh tonton di sini. Oleh sebab itu, Cik Min pun tertarik nak senaraikan menu yang ada di Auntie Anne’s.

Menu Auntie Anne’s Pretzel

Menu Auntie Anne's pretzel

1. Original Pretzel

Menu Auntie Anne's pretzel

Cik Min yakin Original Pretzel ni jarang orang nak order dan agak underrated. Yelah kan, kalau nak beli mesti kita pilih yang ada flavour. Betul tak? Sebenarnya, Original Pretzel pun tak kurang hebatnya. Roti yang lembut berserta rasa mentega yang tidak keterlaluan sesuai untuk anda yang gemar akan rasa plain.

2. Seaweed Pretzel

Menu Auntie Anne's pretzel

Cik Min tahu ada sesetengah yang tidak suka rasa dan bau seaweed. Tetapi untuk Seaweed Pretzel ni Cik Min recommend ya. Gabungan rasa masin dan seaweed tu kena sungguh dan taklah rasa kosong sangat. Thumbs up daripada Cik Min gitu.

3. Sour Cream & Onion Pretzel

Menu Auntie Anne’s pretzel yang seterusnya ialah Sour Cream & Onion Pretzel. Yang ini pun sedap juga. Cik Min recommend juga untuk anda cuba ya. Cuba jangan tak cuba. Cik Min rasa menu ni mungkin akan jadi menu favourite Cik Min selain daripada Chocolate Pretzel. So yummy!

4. Green Tea Pretzel

Menu Auntie Anne's pretzel

Selalunya kita dengar minuman green tea je kan? Kali ni kita cuba roti green tea pula. Not bad rasanya! Buat peminat green tea, anda wajib cuba. Rasa manis dan bukan rasa serbuk semata-mata tapi green tea disaluti gula. Fuhhh, memang tak cukup satu!

5. Chocolate Eclairs Pretzel

Itu dia, favourite Cik Min dah mai. Haha. Rasa Chocolate Eclairs Pretzel ni premium betul. Tak perlu nak cakap banyak lagi, dark chocolate yang berkualiti sungguh sedap dan sesuai untuk penggemar chocolate macam Cik Min. Wajib cuba dan wajib beli!

Jadi tunggu apa lagi? Jom la pakat serbu outlet Auntie Anne’s berdekatan sekarang untuk menikmati sendiri menu Auntie Anne’s pretzel. Mesti anda puas hati. Nak dine-in boleh, nak pick-up atau nak buat delivery ke rumah pun boleh. Mudah kan?

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai promosi dan menu baru di Auntie Anne’s, sila layari Facebook dan laman web rasmi mereka.


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *