Marshmallow nougat homemade mudah

November 27, 2024 by No Comments

Kalau anda suka snek yang manis, lembut, dan penuh rasa kacang serta buah kering. Marshmallow nougat homemade mudah ini pasti menjadi kegemaran anda semua! Resipi ini bukan sahaja sedap, tapi juga mudah untuk dibuat di rumah dan sesuai untuk kudapan santai atau dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang.

Marshmallow nougat homemade mudah

Apa itu Marshmallow nougat ?

Marshmallow nougat adalah sejenis manisan yang terkenal dengan tekstur lembut dan kenyal, serta penuh dengan rasa manis. Biasanya, ia menggabungkan marshmallow yang gebu dengan nougat yang kaya dengan kacang dan buah kering. Gabungan kedua-dua bahan ini menghasilkan snek yang sangat digemari kerana rasa manisnya yang tidak terlalu berat dan tekstur yang menyenangkan.

Proses pembuatan marshmallow nougat sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Antara bahan utama yang digunakan adalah marshmallow, gula, madu, dan kacang seperti badam atau walnut. Anda juga boleh menambah buah kering seperti kismis atau aprikot untuk memberikan rasa tambahan yang lebih menarik.

Apa yang buat marshmallow nougat ni istimewa adalah teksturnya yang unik. Marshmallow yang lembut dan kenyal digabungkan dengan nougat yang berisi kacang dan buah kering. Kombinasi ini menjadikan marshmallow nougat sangat sesuai untuk dijadikan hidangan manis dalam pelbagai majlis seperti hari lahir atau sambutan perayaan.

Tambahan pula, marshmallow nougat juga sangat mudah dibuat di rumah. Tidak perlu ketuhar atau peralatan rumit, anda hanya perlu menggabungkan bahan-bahan dan membiarkan ia set dalam bentuk yang diinginkan. Rasanya yang lazat dan cara penyediaannya yang mudah menjadikannya pilihan yang tepat untuk dicuba terutama jika anda ingin menyajikan sesuatu yang unik dan berbeza daripada snek biasa.

Cik Min, boleh kongsi dengan kami cara buat marshmallow nougat homemade dengan mudah?

-Tanya pembaca Makan lokal dengan rasa ingin tahu-

Boleh sahaja, mari Cik Min tunjukkan step by step cara buat marshmallow nougat homemade mudah !

Cara buat marshmallow nougat homemade mudah!

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 200g marshmallow

2. 150g gula pasir

3. 2 sudu besar madu

4. 50g mentega

5. 100g kacang badam (atau kacang pilihan anda)

6. 50g buah kering (seperti kismis, aprikot, strawberry atau cranberry)

7. 1 sudu kecil ekstrak vanila (pilihan)

8. Secubit garam

Langkah 1: Penyediaan Kacang dan Buah Kering

Sumber: Pinterest

Untuk langkah pertama dalam membuat marshmallow nougat homemade mudah ini, anda perlu sediakan kacang dan buah kering yang akan digunakan dalam nougat. Kisar halus kacang badam atau kacang pistachio atau kisar kasar jika anda mahu rasa yang lebih crunchy.

Untuk buah kering, potong kecil-kecil mengikut kesukaan anda. Anda boleh memilih kismis, aprikot, strawberry atau cranberry untuk menambah rasa manis dan sedikit masam. Letakkan kedua-dua bahan ini ke dalam mangkuk besar.

Langkah 2: Cairkan dan campurkan marshmallow

Marshmallow nougat homemade mudah
Sumber: Pinterest

Sediakan periuk kecil dan campurkan gula, madu, dan mentega ke dalam periuk kecil tersebut. Panaskan dengan api sederhana sambil terus mengacau supaya mentega dan gula larut sepenuhnya. Apabila campuran ini mula mendidih, kecilkan api dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan selama beberapa minit hingga teksturnya menjadi lebih pekat.

Setelah itu, masukkan marshmallow ke dalam periuk dan kacau hingga marshmallow cair dan campuran menjadi sebati. Tambahkan 1 susu kecil ekstrak vanila untuk aroma yang lebih sedap jika anda suka.

Langkah 3: Menggabungkan Bahan

Apabila marshmallow telah cair dan campuran menjadi halus lalu matikan api. Kemudian, masukkan kacang dan buah kering yang telah disediakan tadi ke dalam campuran marshmallow. Kacau rata sehingga semua bahan bercampur dengan sempurna. Pastikan kacang dan buah kering terbalut dengan baik dalam marshmallow cair.

Langkah 4: Membentuk Nougat

Marshmallow nougat homemade mudah
Sumber: Pinterest

Setelah semua bahan tercampur dengan baik, tuangkan campuran marshmallow ini ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak. Anda boleh menggunakan loyang bersaiz kecil supaya nougat lebih tebal atau loyang besar untuk nougat yang lebih nipis.

Ratakan permukaan campuran menggunakan spatula untuk memastikan ia padat dan sekata. Untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik, tekan-tekan sedikit campuran agar ia lebih padat.

Langkah 5: Menyejukkan dan Memotong

Biarkan nougat sejuk pada suhu bilik selama kira-kira 1-2 jam, atau sehingga ia mengeras. Jika anda mahu proses ini lebih cepat, boleh masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Setelah nougat sejuk dan keras, keluarkan dari loyang dan potong kepada ketulan kecil atau saiz yang diingini. Potongan ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia kekal segar.

Tips untuk menjadikan marshmallow nougat homemade mudah ini lebih sedap?

1- Untuk variasi rasa, anda boleh menambah coklat cair di atas nougat selepas ia mengeras.

2- Pastikan kacang dan buah kering yang digunakan tidak terlalu banyak supaya campuran marshmallow tetap dominan.

3- Jika anda suka rasa yang lebih manis, boleh tambahkan sedikit lagi madu atau gula tetapi jangan terlalu banyak kerana marshmallow sudah cukup manis.

Bahan-bahan marshmallow nougat homemade mudah di pasaran!

Untuk memudahkan pembaca Makan lokal, Cik Min sediakan beberapa bahan yang laris jual di pasaran untuk anda semua buat marshmallow nougat homemade yang sedap.

1) Premium Marshmallow (halal)

2) Big Nuts Dried Strawberry

3) Pistachio USA Roasted Salted

4) Premium Dried Cranberries

Di pasaran, ada penjual yang membuat marshmallow nougat homemade mudah sahaja dengan pelbagai jenis perisa seperti strawberry, matcha, coconut mix mango dan choco mix oreo. Jika anda seorang yang sentiasa sibuk, anda boleh buat pembelian marshmallow nougat homemade 100% yang telah siap di pasaran. Hanya tinggal untuk nikmatinya sahaja!

Selain itu, syarikat Twinfish Food Industries yang terkenal dengan pelbagai jenis snek dan makanan ringan. Salah satu produk yang popular dikeluarkan oleh syarikat ini adalah Twinfish Makiato Nougat iaitu manisan marshmallow nougat yang pelbagai perisa seperti Macchiato Cocoa, Strawberry, dan Blueberry. Jadi, anda boleh cuba produk mereka sekarang kerana ia sangat laris di pasaran.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Marshmallow nougat homemade mudah kali ini. Jadi, tunggu apa lagi? Cuba sekarang resepi mashmallow nougat homemade mudah dari Cik Min! Anda boleh menghasilkan snek manis yang sesuai untuk sesi keluarga. Pasti jadi kegemaran baru di rumah!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *