Makan Sedap Malaysia yang Kena Cuba
Malaysia memang terkenal dengan makanan yang enak dan pelbagai. Dengan kombinasi 14 negeri dan citarasa yang berbeza, memang banyak variasi makan sedap Malaysia yang wajib cuba!
Min senaraikan 10 makanan yang sedap di Malaysia untuk membantu anda membuat pilihan. Anda juga boleh mengajak kawan-kawan untuk turut bersama-sama menikmatinya!
#1 Nasi Lemak
Rasa macam semua Malaysian familiar dengan makanan tradisi ini, iaitu nasi lemak. Kombinasi nasi yang dimasak dengan santan dan dimakan bersama sambal, ikan bilis serta telur dan timun. Perghhh! Makan panas-panas memang nikmat!
Dari zaman sekolah lagi kantin ada menyediakan nasi lemak ini, kan? Min dulu selalu makan nasi lemak dan minta mak cik kantin tuang kuah laksa. Sedap meno rasanya waktu tu!
Masa kita boleh melancong sebelum 2020 dahulu, nasi lemak AirAsia menjadi makanan pertama yang kita mahu rasa sebaik sahaja masuk dalam kapal terbang selepas 6 hari di tempat orang! Macam tu sekali penangan nasi lemak kepada orang Malaysia.
Jika mahukan resepi nasi lemak, klik di sini ya!
#2 Sate | Makan Sedap Malaysia
Makanan yang kedua ini adalah favourite Min dari kecil. Tiap kali pergi ke pasar malam mesti nak beli sate. Sate merupakan daging yang diperap dengan rempah dan dibakar di atas api. Baunya semasa dibakar memang menyelerakan.
Ia dimakan bersama nasi impit dan dicicah dengan kuah kacang. Ada orang suka makan dengan sayur timun dan hirisan bawang. Wah! Menulis pun boleh buat Min kecur air liur.
Sekarang sate dah banyak variasi. Ada sate ayam, daging, kambing, hati, perut dan macam-macam lagi.
Makan Sedap Malaysia yang Ketiga #3 Laksa Saranghae
Sebut mengenai laksa, Min selalu teringatkan negeri Perak dan Kedah. Kalau di Perak, laksa yang popular ialah laksa di Kuala Kangsar. Biasanya orang sebut laksa kuale.
Baru-baru ini, Min ada pergi satu restoran di Ipoh yang sudah viral di TikTok. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis laksa dengan gabungan telur yang dijadikan seperti sarang. Sungguh menyelerakan. Walaupun kuahnya agak cair tetapi, rasanya sangat memukau.
Anda boleh berkunjung ke Restoran Laksa Saranghae Ipoh Silibin untuk mencuba laksa viral ini. Restoran ini bukan sahaja menjual laksa, tetapi juga menyediakan mi bandung dan beraneka ais kepal. Boleh lihat makanan yang terdapat di restoran ini di sini.
#4 Mi Udang Tanjung Karang | Makan Sedap Malaysia
Sesiapa penggemar udang boleh cuba mi udang ini. Mi udang ini dijual di Warung Mee Udang Banjir Tanjung Karang yang terletak di Tanjung Karang, Selangor.
Udang yang dihidangkan ini sungguh fresh dengan rasa udangnya yang manis dan besar. Kuah mi udangnya juga pekat. Udang yang diletakkan dalam kuah juga lebih daripada 5 ekor.
Makan Sedap Malaysia yang Kelima #5 – Nasi Kandar
Sebut je mengenai nasi kandar, terus fikiran Min melayang ke negeri Pulau Pinang. Jika anda pergi ke Pulau Pinang, anda wajib makan nasi kandar. Di Pulau Pinang, ada banyak restoran yang menjual nasi kandar. Semuanya sedap dan menyelerakan.
Kebiasaannya nasi kandar akan dicampur dengan 3 jenis kuah yang pelbagai. Lauk boleh dipilih sama ada anda mahukan ayam goreng berempah atau udang goreng berempah. Banyak lagi lauk yang ada yang menjadi pilihan.
Ini antara nasi kandar yang tersedap Min pernah makan, iaitu Nasi Kandar Deens Maju di George Town, Pulau Pinang. Lagi special sebab ada popadom.
#6 Mi Rebus – Makan Sedap Malaysia
Mi rebus merupakan makanan yang sedap di Malaysia dan makanan tradisi bagi masyarakat Johor. Johor sememangnya terkenal dengan mi rebus. Kebiasaannya, kuah dalam mi rebus akan ditambah dengan ayam, daging, sayur dan sebagainya. Inilah yang menjadikan kuah mi rebus itu unik dan paling penting sedap.
Sesekali teringin nak makan makanan yang berasaskan mi, betul tak? Jadi, mi rebuslah menjadi pilihan hati. Jika anda mahukan resipi mi rebus asli Johor, boleh baca di sini.
Makan Sedap Malaysia yang Ketujuh #7 Nasi Kerabu
Nasi kerabu merupakan makanan tradisi masyarakat Kelantan yang popular dengan aroma rempah ratus. Selain itu, nasi kerabunya juga berwarna biru kerana menggunakan bunga telang.
Dulu, semasa Min study selalu juga beli nasi kerabu apabila waktu lunch. Ada satu kafe di kolej Min menjual makanan Kelantan. Memang enak makanannya. Tukang masaknya orang Kelantan, sudah tentu makanannya semua sedap.
Sekarang dah boleh merentas negeri. Jadi, bolehlah pergi ke negeri Kelantan. Boleh rasa makanan Kelantan seperti nasi kerabu yang betul-betul original dari sana.
#8 Nasi Dagang
Nasi dagang merupakan makanan yang terkenal di Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu). Nasi dagang akan dihidangkan bersama ikan tongkol yang dimasak gulai.
Jika anda teringin nak masak nasi dagang, boleh dapatkan resipi di sini.
#9 Ikan Patin Masak Tempoyak
Makan sedap Malaysia yang seterusnya ialah ikan patin masak tempoyak. Makanan ini juga adalah salah satu makanan kegemaran Min.
Ikan patin masak tempoyak sungguh mengecurkan air liur. Aroma tempoyak dan rasa enak ikan patin sangat menyelerakan! Ikan patin masak tempoyak ini sememangnya popular di Temerloh, Pahang.
Kalau melancong ke Pahang, mesti singgah ke restoran yang menjual ikan patin masak tempoyak. Kini, terdapat restoran yang menjual ikan patin masak tempoyak di sekitar Lembah Klang. Anda boleh baca di sini untuk tahu lebih lanjut.
Jika anda inginkan resipi ikan patin masak tempoyak yang mudah dan sedap, anda boleh baca di sini.
Makan Sedap Malaysia yang Kesepuluh #10 Cendol
Keadaan cuaca di Malaysia yang selalunya panas terik menyebabkan tekak sering kering, betul tak? Kadang-kadang, tekak ni bukan tak mahu telan air masak. Tetapi, teringin nak makan dan minum air yang berais. Jadi, antara makanan yang paling sedap dan popular di Malaysia ialah cendol.
Min pasti ramai yang meminati cendol. Bahkan, pelancong asing juga gemar makan cendol apabila melancong di Malaysia.
Di Malaysia ini, kaya dengan cendol. Ada cendol biasa, cendol pulut, cendol durian, cendol jagung dan sebagainya. Cendol merupakan makanan yang berasaskan santan asli bersama-sama dengan ais yang sudah diparut.
Makan cendol sejuk-sejuk pada musim panas memang segar tekak dan badan!
Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian Makan Sedap Malaysia pada kali ini. Min harapkan agar artikel ini membantu anda untuk memilih makanan yang sedap dan terkenal di Malaysia.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!