Luckin Kopi Kuala Lumpur

February 24, 2022 by No Comments

Baru-baru ini, Cik Min sempat berjalan-jalan di sekitar Pasar Seni dan berkunjung di salah satu restoran yang terkenal berdekatan jalan Petaling. Restoran tersebut adalah Luckin Kopi Kuala Lumpur. Tidak dinafikan restoran ini menjadi pilihan ramai warga kota yang suka akan ciri aesthetic dan santai.

Melalui entri kali ini, Cik Min ingin bercerita serba sedikit mengenai restoran Luckin Kopi Kuala Lumpur ini. Jom baca perkongsian lanjut di bawah.

Luckin Kopi Kuala Lumpur

Buat penggemar setia kopi tentunya anda suka akan restoran ini. Cik Min pun rasa teruja apabila makan di restoran ini kerana vibenya yang sangat menenangkan. Di sini juga ada menjual pelbagai jenis makanan tau! Daripada menu biasa sehinggalah menu Barat, semuanya ada disediakan di Luckin Kopi ini.

Menu Istimewa

Semasa Cik Min makan di restoran ini, Cik Min lihat memang banyak menu yang sedap seperti Salted Egg Chicken Rice, Luckin Sizzling Beef/Chicken, Salted Egg Chicken Chop dan Luckin Meatball Fiesta Beef.

Selain itu, terdapat menu lain seperti Ayam Goreng Sambal Kantan, Mi Sedaap Ayam Goreng, apam balik dan rojak.

Di restoran Luckin Kopi ini juga ada menyediakan pelbagai jenis minuman kopi seperti Luckin Kopi 5 States Kopi dan Luckin Kopi Kaw yang tentunya sedap dan menyegarkan. Memang sesuailah minum kopi sambil makan Luckin Toast. Terliur pula Cik Min! Hahaha.

Suasana Restoran

Restoran ini memang sesuai dijadikan tempat lepak bersama kawan-kawan. Anda juga boleh membawa keluarga ke kedai ini kerana ianya luas dan selesa untuk bersantai-santai. Cik Min sangat suka hiasan dalam restoran ini kerana ia menampilkan suasana kampung yang menenangkan.

Di restoran ini juga sangat sesuai untuk anda mengambil gambar-gambar yang menarik dan post ke dalam Instagram!

Alamat Luckin Kopi Kuala Lumpur

Kepada anda yang berminat untuk datang ke kedai ini, waze sahaja alamat yang Cik Min kongsikan di bawah.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 8:00 a.m. – 6:00 p.m.
Alamat: 14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman Facebook Luckin Kopi.

Luckin Kopi Kuala Lumpur

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Luckin Kopi kali ini. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Cepat-cepat pergi ke restoran ini tau!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *