Llaollao Frozen Yogurt Sedap – Gerenti Repeat!
Kalau anda semua nak tahu, Cik Min ni memang peminat Llaollao. Tak sah kalau ke mall tak beli Llaollao. Pada mulanya, Cik Min hairan sungguh kenapa orang beratur panjang-panjang depan Llaollao ni. Apa yang menariknya? Tapi bila Cik Min dah cuba sendiri, memang sedap. Sampai selalu repeat! Haha. Jadi, Cik Min terdetik untuk membuat perkongsian di bawah ini. Buat pelanggan yang first time nak order mesti anda tidak kekok untuk cuba Llaollao frozen yogurt sedap tersebut.
Nota: Buat makluman anda, Lllaollao disebut yaoyao.
Cara Order Llaollao Frozen Yogurt yang Sedap
#1 Saiz
Terdapat 5 saiz yang anda boleh pilih. Setiap saiz berbeza jumlah topping yang boleh diambil dan topping tersebut merangkumi:
- Sauce
- Crunch
- Buah-buahan
Selalunya Cik Min akan pilih medium sebab boleh ambil 3 topping. Jadi, Cik Min akan pilih setiap satu topping iaitu sauce, crunch dan buah-buahan. So yummy!
#2 Sauce
Terdapat pelbagai pilihan sauce. Pilih aje mana yang anda suka dan pilihan Cik Min mestilah caramel. Sebab sauce caramel dia sedap sangat sampai tak boleh move on. Cik Min boleh katakan sepuluh kali Cik Min beli Llaollao, sepuluh kali jugaklah Cik Min ambil sauce caramel. Haha! Nampak kan tak boleh move on tu?
#3 Crunch
Pilihan crunch pun menarik dan sedap belaka. Boleh pilih ikut kesukaan masing-masing ya. Cik Min akan ambil Chips Ahoy atau Lotus Biscoff. Rasanya sungguh premium dan kombinasi yogurt yang masam sangat sesuai dengan manis crunch ni. Cik Min recommend anda semua untuk cuba!
#4 Buah-buahan
Yang nak makan berkhasiat mestilah ambil buah sahaja kan? Kalau Cik Min akan pilih buah kiwi, strawberi, mangga… senang cerita semua Cik Min akan pilih. Sebab Cik Min memang suka makan buah-buahan. Kalau anda kurang gemar makan buah, anda boleh aje pilih topping yang lain. Ikut tekak dan pilihan masing-masing ya.
Tips – Llaollao Frozen Yogurt Sedap
#1 Petitllao
Yang pertama kali nak rasa frozen yogurt dan takut tak sedap nak ambil banyak-banyak boleh cuba Petitllao. Kalau nak tambah 1 topping pun boleh cuma kena tambah RM1.50.
#2 Smoothies
Selain frozen yogurt, Llaollao juga ada smoothies dan diingatkan supaya anda tanya dulu yang mana available sebab Cik Min lihat Llaollao selalu promosikan lain-lain jenis smoothies.
Jangan lupa untuk cuba Llaollao Frozen Yogurt sedap di outlet yang berdekatan ya! Mana tahu ketagih macam Cik Min juga. Selamat mencuba!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi di LLaollao, sila layari Facebook dan laman web rasmi mereka.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!