Lemang To ki Bentong

January 3, 2022 by No Comments

Siapa saja yang tak pernah dengar tentang Lemang To ki Bentong ini, bukan? Ia sememangnya sudah popular dalam kalangan penggemar lemang walaupun bukan pada musim perayaan. Cik Min dengar Lemang To ki ini pernah viral dan direview oleh ramai youtuber terkenal!

Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min ingin bercerita serba sedikit mengenai Lemang To ki ini. Sebelum itu, Cik Min difahamkan bahawa restoran Lemang To ki ini juga ditenggelami air baru-baru ini disebabkan banjir yang melanda Pahang. Hal ini mengakibatkan restoran ini tidak dapat beroperasi. Namun, pada 24 Disember yang lalu, restoran Lemang To ki telah beroperasi secara sepenuhnya!

Lemang To ki Bentong

Menu Istimewa Lemang To Ki Bentong

Cik Min dapat tahu di restoran ini ada menyediakan menu istimewa yang boleh anda nikmati! Semestinya memang sedaplah. Sekiranya ada kesempatan nanti, Cik Min pun ingin berkunjung ke restoran ini.

1. Lemang

Menu istimewa yang wajib ada mestilah lemang, kan? Cik Min memang gemar makan lemang, apatah lagi ketika ianya masih panas. Memang sedap dan menyelerakanlah! Bahagian lemang tersebut dimasak dengan sempurna dan rasanya yang manis dan berlemak. Kecur air liurlah!

Lemang To ki Bentong
Sumber: eyfa_ibrahim

2. Rendang – Lemang To ki Bentong

Bercakap tentang rendang ini, memang buatkan Cik Min rasa lapar! Boleh dikatakan kalau musim perayaan, memang setiap rumah akan menyediakan hidangan ini. Buat anda yang gemar makan rendang, anda patut datang ke restoran Lemang To ki ini!

Di restoran ini ada menyediakan pelbagai jenis rendang termasuk rendang ayam dan rendang daging.

3. Ayam dan Daging Bakar

Bagi anda yang gemar makan nasi putih bersama lauk-pauk yang enak, anda boleh datang ke restoran ini. Di sini juga ada menyediakan hidangan ayam dan daging bakar.

Selain itu, anda juga boleh menikmati Air Asam To’ki sebagai pelengkap hidangan! Pencicah ini amat sesuai dimakan bersama daging atau ayam bakar. Gandingan yang sungguh sempurna!

Lemang To ki Bentong

Menu lain

Selain daripada lemang dan rendang, restoran Lemang To ki ni juga ada menyediakan menu sarapan pagi yang lain seperti nasi lemak, laksam, nasi goreng, kuih muih, lontong dan macam-macam lagi.

Anda juga boleh merasai air coconut shake yang sedap!

Alamat Lemang To’ki

Kepada anda yang berminat untuk datang ke kedai ini, waze sahaja alamat yang Cik Min kongsikan di bawah.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 8:00 a.m. – 8:00 p.m.
Alamat: Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman Facebook Lemang To’ki Bentong.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini. Jadi, kalau anda semua teringin nak makan lemang yang sedap, datang saja ke restoran ini ya?

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *