Landak Laut | Boleh Makan Ke?

June 17, 2022 by No Comments

Landak laut merupakan haiwan ekinoderma yang lazimnya berupa bebola berduri dalam kelas Echinoidea. Kira-kira 950 spesies hidup di dasar laut. Badan haiwan ini berbentuk bulat dan berduri. Sumber makanan utamanya ialah alga. Sebenarnya landak laut ini boleh dimakan tau. Ianya popular di negara Jepun dan Korea. Jom baca lebih lanjut penulisan Cik Min kali ni!

Di Manakah Landak Laut Ini Boleh Didapati?

landak laut

Haiwan ini biasanya mendiami dasar kawasan terumbu karang, rumpai laut dan pantai berbatu yang ditumbuhi rumpai laut. Kalau di Malaysia, haiwan ini sangat terkenal dengan nama “tehe-tehe” di Sabah dan ianya mudah didapati di pasar basah. Biasanya haiwan laut atau “tehe-tehe” ini dikutip di kawasan terumbu karang semasa air surut dan ianya dikenali sebagai “mengarang” oleh etnik Bajau di Sabah. Ada juga yang perlu menyelam semata-mata untuk mendapatkan haiwan ini. Bagi yang teringin merasai telur haiwan ini, bolehlah cuba cari di pasar basah apabila berkunjung di sabah ataupun cuba cari sendiri di kawasan yang Cik Min sebutkan tu!

Apakah Cara Yang Sesuai Untuk Makan Haiwan ini?

landak laut

Kalau di Jepun dan Korea, haiwan ini sangat popular dengan hidangan shushi. Lihat sahaja cara penyediaanya di sini. Cengkerang hidupan ini akan dibuka terlebih dahulu menggunakan alat yang tajam sedikit demi sedikit untuk memastikan telur di dalamnya tidak pecah. Kemudian, segala kekotoran akan dibersihkan dan yang tinggal hanyalah telur yang berwarna keemasan. Ada yang dimakan begitu sahaja dan ada juga yang dijadikan shushi.

Kalau di Sabah, haiwan ini juga terkenal dengan menu pulut landak laut. Caranya lebih kurang sama sahaja dengan pembuatan ketupat. Buka sedikit cengkerang dan bersihkan kekotorang di dalamnya kemudian isikan beras pulut dan rebus sehingga masak. Hasilnya akan jadi seperti di bawah!

landak laut

Landak laut ini merupakan antara makanan unik yang boleh dicuba. Ada yang kata rasanya seperti telur ikan dan berlemak. Bagi yang teringin cuba, bolehlah cuba cari di laman web yang menjual makanan ini secara online atau cari sendiri di tempat-tempat yang mudah didapati.

Jom layari laman portal MakanLokal untuk dapatkan lebih banyak artikel yang menarik!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *