Kuih Talam Ubi Kayu
Baru-baru ini, Cik Min dapat menikmati sendiri kuih talam ubi kayu hasil daripada air tangan ibu Cik Min. Kuih ini sememangnya sedap kerana mempunyai rasa yang lemak. Ia amat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.
Jadi, melalui entri kali ini Cik Min ingin berkongsi sedikit dengan anda semua tentang kuih talam ubi kayu ini. Resipi ini Cik Min dapatkan daripada blog Resipi Shiela Rusly dan Cookpad.
Resipi Kuih Talam Ubi Kayu
Kebiasaannya ubi kayu boleh direbus atau dicicah dengan sambal tumis, lagi sedap apabila dihidangkan bersama kopi. Selain itu, ubi kayu juga sangat sesuai dan enak dibuat getuk ubi kayu, lepat ubi kayu dan kuih bakar ubi kayu.
Tapi, hari ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara membuat kuih talam ubi kayu. Lemak santan dan manis harum daripada bau ubi kayu amat menyelerakan dan sekali makan mesti nak lagi.
Cik Min juga perasan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih ini pun tak susah dan mudah didapati. Anda boleh sahaja buat sendiri dan paling penting ia memang sedap! Jadi, mari lihat resipi penuh kuih ini di bawah.
Bahan-bahan
- 4 cawan ubi kayu siap diparut dan dibuang airnya (anggaran 2kg ubi kayu)
- 1 1/2 cawan air gula merah (1/2kg gula merah dimasak dengan 2 cawan air)
- 1 cawan gula pasir
- 3 cawan santan cair
Bahagian Atas
- 4 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
- 2 sudu kecil garam (satu sudu teh)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
Cara Menyediakan Kuih Talam Ubi Kayu
- Panaskan kukusan (saiz loyang 30cm).
- Ubi kayu yang telah diparut, perlu diperah dan buang airnya dengan menggunakan tuala bersih.
- Masukkan ubi kayu tadi ke dalam loyang. Kemudian, masukkan santan cair, air gula merah, dan gula pasir. Gaul sebati.
- Kukus sehingga ia masak.
- Setelah masak, tekan-tekan seperti membuat pulut seri muka.
- Satukan santan pekat, garam, dan tepung gandum, kacau sehingga
sebati. Jangan kisar menggunakan blender, kerana apabila masak bahagian atas akan
pecah. Guna pemukul telur tangan. - Tapiskan adunan dan tuangkan ke atas adunan ubi tadi. kukus selama
30 minit. - Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan
tisu dan biarkan sebentar. - Tutupkan api. Sejukkan seketika, sedia untuk dimakan.
Mudah bukan resipi kuih ini? Jadi, setakat ini sahajalah perkongsian daripada Cik Min pada kali ini. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda membuat kuih ini sendiri di rumah. Selamat mencuba!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!