KERABU MAGGI ALA THAI

May 12, 2022 by No Comments

Siapa dekat sini, suka makan kerabu maggi? Haa..kerabu maggi ni sebenarnya makanan favourite Cik Min tau! Cik Min kalau pergi kedai makan atau restoran Thai, memang akan order menu ni. Cik Min fikir, sampai bila nak beli luar je kan? Lebih baik buat sendiri… Lagipun bahan-bahan yang diperlukan sangat simple! Meh Cik Min kongsikan resepinya!

Dari manakah Asalnya Kerabu Maggi?

Kerabu maggi ni sebenarnya berasal daripada Thailand. Ia merupakan makanan yang popular di Thailand! Sejak diperkenalkan di Malaysia, ia telah menjadi antara makanan favourite rakyat Malaysia. Rasanya yang pedas dan masam, ditambah lagi dengan gabungan makanan laut dan campuran maggi siam tu, memang confirm akan membuatkan makanan ini menjadi kegilaan ramai!

Kerabu maggi ini sesuai dimakan bila-bila sahaja. Cara penyediaan yang cepat dan mudah juga membolehkan sesiapa sahaja mencuba resepi ini! Jom Cik Min tunjukkan apakah bahan yang diperlukan dan bagaimanakah cara penyediaanya…

Apakah Bahan-bahan yang Diperlukan?

kerabu maggi

Bahan-bahan yang diperlukan sangatlah mudah untuk didapati! Korang boleh dapatkan di pasaraya berdekatan ya. Ouh yaaa! Untuk magginya, bukan semua jenis maggi boleh guna tau… Kebanyakan resepi akan gunakan Maggi Siam sahaja! Kalau korang nak beli dekat Lazada pon boleh. Tekan sini ya…

Bahan-bahan

– 2 paket Maggi Siam

– 5 ekor udang

– 2 ekor sotong yang dipotong kecil

– 2 batang crab stick

– 2 sudu sos ikan

– 1 biji tomato

– Setengah batang lobak merah dihiris halus

– 2 ulas bawang merah

– 2 ulas bawang putih

– Daun ketumbar

– Gula dan garam secukupnya

– Perahan air asam limau

Cara Penyediaan

1. Panaskan air sehingga mendidih. Kemudian masukkan udang, sotong yang telah dibersihkan dan dihiris. Masukkan sekali crab stick yang telah dipotong. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Masukkan maggi ke dalam air yang sama, angkat dan letakkan di dalam mangkuk tadi.

3. Hiriskan bawang merah, bawang putih, cili hijau, lobak merah dan tomato mengikut saiz yang disukai. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk yang sama.

4. Campurkan perencah maggi, perahan air asam limau, sos ikan, gula dan garam secukupnya ke dalam mangkuk yang berisi bahan-bahan tadi, dan gaul sehingga sebati.

5. Hiris halus daun ketumbar dan taburkan di atas kerabu maggi.

6. Siap untuk dimakan!

Haaa, macam mana? Senang je kan nak buat resepi ni? Korang wajib try tau resepi ni bila free nanti. Kalau nak makan waktu petang atau malam pun memang sangat sesuailah… Selamat mencuba!

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *