Kedai Makan Western Sedap Shah Alam – 7 Restoran

December 17, 2021 by No Comments

Apabila tiba malam minggu mesti nak makan di luar. Siapa yang selalu macam ni? Min macam ni juga kalau menjelang hari cuti. Rasa macam malas nak masak kalau hari cuti, betul tak? Warga Shah Alam dan Klang pasti tengah merancang nak makan apa pada malam minggu ini, kan? Nak cuba makanan western? Mari Min cadangkan beberapa kedai makan western sedap Shah Alam.

Shah Alam ni banyak betul tempat makan. Bagi sesiapa yang menetap di Shah Alam, memang beruntunglah! Anda boleh memilih restoran yang menjual pelbagai jenis makanan.

#1 Restoran Gegey Shah Alam

Restoran ini menghidangkan beberapa hidangan nasi yang istimewa seperti Nasi Gegey, Nasi Kerabu Ayam Percik, dan Nasi Gapo. Namun, restoran ini juga menawarkan makanan Barat seperti Western Platter yang terdapat dalam dua kategori, iaitu Small Western Platter dan Big Western Platter.

Sesiapa dalam kalangan ahli keluarganya yang nak makan nasi dan pada masa yang sama anda nak makanan Barat, boleh cuba di sini. Restoran ini juga pernah masuk dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) di TV3.

Tambahan pula, restoran Gegey Shah Alam ini ada playground! Ibu bapa boleh makan dengan tenang sambil melihat anak bermain. Ini adalah kedai makan western sedap Shah Alam yang paling Min suka kerana semuanya lengkap.

Kedai Makan Western Sedap Shah Alam

Alamat:
No. 12 & 14, Jln Plumbum N7/7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.

Waktu Operasi:
Selasa hingga Ahad: 11 pagi – 10 malam

#2 Burger Bakar Abang Burn | Kedai Makan Western Sedap Shah Alam

Ada sesiapa yang nak makanan western yang mempunyai portion yang besar? Anda perlu cuba burger yang ditawarkan oleh Burger Bakar Abang Burn. Sangat puas hati! Saiz hidangannya yang besar, sedap, dan berbaloi.

Selain daripada burger, restoran ini ada juga menawarkan makanan western lain seperti spageti dan meatball. Harga makanan western yang dijual amat berbaloi, satu pinggan penuh cuma RM20. Nak tahu apa makanan yang ada di restoran ini? Anda kenalah pergi ke restoran ini.

Kedai Makan Western Sedap Shah Alam
Sumber: Instagram

Alamat:
L21-G & L22-G Ardence Labs, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad: 12 tengah hari – 9.30 malam

#3 Big Brother Restaurant & Grill

Kedai makan western sedap Shah Alam yang seterusnya ialah Big Brother Restaurant & Grill. Restoran ini menyajikan makanan Barat yang dibakar (grill). Saiz hidangannya yang besar dan rasa dagingnya yang juicy, memang berbaloi untuk anda yang meminatinya.

Kedai Makan Western Sedap Shah Alam
Sumber: Saji.my

Alamat:
12-14, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

#4 Me’nate Steak Hub | Kedai Makan Western Sedap Shah Alam

Kepada anda yang minat makanan Barat seperti steak, anda perlu cuba makan di Me’nate Steak Hub. Amat berbaloi, saiz hidangannya besar dan sedap! Jom tengok menu yang disediakan di sini.

Alamat:
Lot F-36, Vista Alam, Jalan Iktisas 14/1 Off Persiaran Damai, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad: 11 pagi – 11 malam

#5 Kopimeo | Kedai Makan Western Sedap Shah Alam

Kedai kopi ini menghidangkan makanan Barat tetapi berkonsepkan makanan Melayu. Sebagai contoh spageti kuah lemak ikan masin. Di sini ada juga menyediakan makanan yang berasaskan roti seperti pizza, sandwich, buns dan banyak lagi.

Kedai Makan Western Sedap Shah Alam
Sumber: Facebook

Alamat:
33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad: 12 tengah hari – 7.30 petang

#6 Paramount Coffee House

Kedai makan western sedap Shah Alam yang seterusnya ialah Paramount Coffee House. Restoran ini menyediakan makanan Barat yang pelbagai. Harga untuk setiap makanan ini juga amat berbaloi.

Tahukah anda bahawa restoran ini juga dimiliki oleh ustaz selebriti? Beliau ialah Ustaz Ebit Lew. Sebut saja nama ustaz, pasti ramai yang nak pergi ke sini, kan? Paramount Coffee House ini ada banyak cawangan di Selangor. Antaranya di Bangi, Putrajaya, dan Shah Alam.

Kedai Makan Western Sedap Shah Alam
Sumber: Facebook

Alamat:
F-G-28, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad: 10 pagi – 10 malam

#7 One Serambi Café | Kedai Makan Western Sedap Shah Alam

Kafe ini mempunyai konsep yang santai dan sesuai untuk anda yang ingin duduk bersembang dengan lama. Makanan Barat yang dihidangkan pun pelbagai. Ada juga makanan sihat seperti salad, sandwich, dan banyak lagi. Bahkan, pencuci mulut seperti aiskrim, kek, dan pavlova juga ada disediakan.

Bukan itu sahaja, restoran ini juga ada menghidangkan pelbagai kopi yang menarik dan sedap seperti Mocha Latte. Kecur air liur Min tengok menu yang disediakan. Jom tengok menu restoran ini di sini.

Kedai Makan Western Sedap Shah Alam

Alamat:
1-G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
Selasa hingga Ahad: 9.30 pagi – 11 malam
Isnin (tutup)

Banyak betul pilihan restoran yang Min berikan. Apa tunggu lagi? Anda boleh mula memilih restoran yang anda nak cuba makanannya. Min harapkan agar artikel ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam mencari makanan western yang sedap di Shah Alam.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *