Kedai Makan Western Melaka | Bruh Kitchen

July 27, 2022 by No Comments

Dekat Melaka ini, apa je yang tak ada? Dari aspek sejarah, bangunan-bangunan shopping malls, pantai-pantai, tempat pelancongan, sehingga ke aspek makanannya pun sedap-sedap belaka. Dah terlanjur bercakap tentang makanan ni, Cik Min rasa macam nak kongsikan bersama korang tentang satu kedai makan western di Melaka yang dikenali sebagai, Bruh Kitchen!

Dah penat berjalan satu Melaka, makan pula makanan western di kedai seperti Bruh Kitchen, memang layan! Korang nak tahu lebih lanjut tentang Bruh Kitchen ni ke tak? Kalau nak, jom baca perkongsian Cik Min ni sampai habis. Confirm tak rugi…

Bruh Kitchen | Kedai Makan Western Melaka

“Bruh Kitchen ni jual chicken chop aje ke, Cik Min? Mesti takat jual makanan western yang biasa aje kan? Bosanlah kalau menu sama je macam kedai-kedai western lain … Kalau boleh, nak menu yang lain daripada yang lain!”

Choppp! Cik Min boleh beri jaminan bahawa Bruh Kitchen ini sememangnya istimewa dengan caranya yang tersendiri. Kalau anda tak percaya, teruskan bacaan dulu ya. Kalau terbukti apa yang Cik Min katakan ni, pastikan korang belanja Cik Min satu hidangan daripada Bruh Kitchen tau! Haha

By the way, Bruh Kitchen ini merupakan sebuah kedai makan western di Melaka yang sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan kedai lain. Hal ini kerana, Bruh Kitchen mengetengahkan masakan western ala-ala Texas BBQ. Menarik, kan? Masih belum banyak kedai makan yang menawarkan masakan ala-ala Texas BBQ seperti mereka di Malaysia ni.

Pada Cik Min, Bruh Kitchen ni memang hebat kerana berani mencuba sesuatu konsep yang baharu buat para pelanggannya dalam menghidangkan pelbagai variasi makanan western. Korang nak tahu tak menu apa je yang available di sini? Jom sambung membaca…

Menu Popular | Kedai Makan Western Melaka

Haaa, mesti korang dah tak sabar nak tahu antara menu-menu yang popular di sini kan? Cik Min juga tahu, pasti ada di antara korang yang nak survey-survey menu dahulu sebelum berkunjung ke Bruh Kitchen.

Jadi, mari Cik Min kongsikan terlebih dahulu antara 5 highlighted menu yang menjadi pilihan para pelanggan Bruh Kitchen. Pastikan anda cuba kesemuanya nanti ya! Rugi kalau rasa satu-satu aje dah alang-alang ke sini.

1. Beef Brisket Menangis

Kedai Makan Western Melaka

Beef Brisket Menangis ini merupakan menu yang paling popular di Bruh Kitchen. Rasa dagingnya memang lembut dan mudah untuk dimakan ditambah dengan aroma smoky. Selain itu, rasa dagingnya juga tersangatlah juicy sehingga perapan pada daging tu boleh dirasai. Memang tak mengecewakan!

2. Hantu Kambing (Lamb Ribs)

Kedai Makan Western Melaka

Siapa peminat daging kambing macam Cik Min, memang WAJIB order set Hantu Kambing ni!

Dah la lembut, sedap, rasa smoky pula lagi, ditambah pula dengan sauce barbeque khas daripada Bruh Kitchen … Fuh, memang mantap! Memang berhantu bak kata orang. Sesuai sangatlah dengan namanya. Sekali pekena, dihantui selamanya!

3. Carbonara Beef | Kedai Makan Western Melaka

Kedai Makan Western Melaka

Sebut je carbonara, mesti dah terbayang rasa creamy-creamy hidangan tersebut kan?

Apa yang pasti, spageti carbonara di Bruh Kitchen ini memang lain daripada yang lain tau! Pasta carbonara di Bruh Kitchen ini tidak kosong, kerana mereka letakkan kepingan daging di atasnya. Gabungan pasta carbonara dan daging tersebutlah yang menghasilkan gabungan rasa enak tak terkata. Tapi, kalau anda tak minat dengan daging lembu anda boleh order Carbonara Chicken atau Carbonara Sausage. Yang penting, confirm tak menyesallah kalau pilih Carbonara sebagai menu di Bruh Kitchen ni!

4. Aglio Olio Chicken

Aglio Olio Chicken ini sesuai bagi mereka yang suka pedas. Jika anda mahukan sesuatu yang pedas bolehlah order Aglio Olio Chicken ataupun Beef. Hal ini jugalah yang menjadikan menu ini antara salah satu yang paling popular di Bruh Kitchen.

Istimewanya spageti Aglio Olio di Bruh Kitchen ini, hidangan pasta tersebut didatangkan bersama kepingan ayam yang enak! Jika di kedai western lain, spageti Aglio Oglio hanya dihiasi dengan seafood sahaja. Memandangkan tidak semua orang menggemari seafood, maka Bruh Kitchen gantikan protein tersebut dengan kepingan ayam.

Tengah duk menulis ni pun, Cik Min boleh terliur … Bayangkan kalau memang ada depan mata? Sah, tak cukup satu pingganlah jawabnya.

5. Buttermilk Chicken

Bagi yang tak boleh hidup tanpa nasi, menu Buttermilk Chicken ini merupakan pilihan yang tepat untuk korang! Bayangkan rasa Buttermilk Chicken yang berlemak manis, masin dan pedas tu digabungkan pula dengan nasi putih panas-panas … Memang terangkat punyalah!

Tak ada istilah rugi kalau order set Buttermilk Chicken bersama nasi ni tau. Dekat area Melaka mana lagi yang boleh korang dapatkan bervariasi hidangan western best-best, kalau bukan di kedai makan Bruh Kitchen?

Lokasi Bruh Kitchen | Kedai Makan Western Melaka

Untuk pengetahuan anda, Bruh Kitchen mempunyai dua cawangan di Melaka tau! Meh Cik Min listkan lokasi mereka melalui Google Maps.

1. Bruh Kitchen MITC, Melaka

2. Bruh Kitchen Durian Daun

Kunjungi Bruh Kitchen Melaka Hari Ini!

Anda tunggu apa lagi tu? Jom rancang perjalanan untuk ke Melaka pada minggu ini. Nanti bolehlah berkunjung ke Bruh Kitchen Melaka untuk rasai sendiri hidangan western yang best-best. Nak lagi gempak, pastikan anda bawa family dan kawan-kawan sekali tau!

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh hubungi Bruh Kitchen di talian WhatsApp, 011-1147 1696 (Cawangan Durian Daun) dan 018-368 7879 (Cawangan MITC). Anda juga boleh lawati laman Facebook dan Instagram Bruh Kitchen untuk sebarang maklumat lanjut.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Kedai Makan Western Melaka”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *