Kedai Makan Dengan Pemandangan Sunset

July 7, 2023 by No Comments

Sedang mencari restoran yang seronok untuk melepak bersama rakan anda? Kedai makan dengan pemandangan sunset adalah pilihan yang terbaik!

Terdapat sebuah restoran yang mempunyai pemandangan yang amat menarik di Ampang dengan lokasi restoran yang sungguh strategik kerana anda dapat menikmati pemandangan sunset yang sungguh cantik dan menenangkan!

Restoran GS Nathan Corner | Kedai Makan dengan Pemandangan Sunset

  • Kedai makan dengan pemandangan sunset
  • Kedai makan dengan pemandangan sunset

Nak healing tapi lapar? GS Nathan Corner mungkin restoran terbaik buat anda yang ingin menikmati pemandangan sunset. Restoran GS Nathan Corner ini terletak di 29, Jalan Taman Saga, Taman Saga, Ampang.

Kedai ini dibuka pada pukul 5 petang hingga pukul 2 pagi (5pm-2am). Memang waktu yang amat sesuai untuk anda datang melepak dan melihat pemandangan sunset. Lebih menarik juga di sekitar kawasan itu juga penuh dengan tumbuhan hijau yang amat menenangkan mata.

Menu Hidangan GS Nathan Corner

Terdapat pelbagai jenis hidangan yang disediakan di restoran ini. Jom kita lihat apa menu yang best di restoran ini!

Ini adalah senarai makanan yang wajib untuk anda pesan jika hadir ke restoran ini:

  1. 1. Roti Salad
  2. 2. Curry Claypot
  3. 3. Mutton Soup

Menu ini juga hadir dengan pelbagai pilihan yang menarik dan menyelerakan. Roti Salad hadir dengan 3 rasa berbeza iaitu original, tambah ayam atau mutton. Bagi menu Curry Claypot juga mempunyai tiga pilihan iaitu ayam, mutton atau seafood.

  • Kedai makan dengan pemandangan sunset

Mutton Soup pula walaupun tidak mempunyai variasi, namun rasa sup ini sungguh lembut dan juicy, sememangnya sungguh menggiurkan. Rugi jika anda melepaskan peluang untuk makan di kedai makan ini kerana suasana dan pemandangan restoren ini sungguh menenangkan.

Cik Min dapat informasi tentang restoran GS Nathan corner daripada video di Tiktok. Kepada anda semua yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang restoran ini boleh terus pergi ke Tiktok kl.foodie.

Jom kita makan dan healing bersama GS Nathan Corner!

Selamat menjamu selera!

@kl.foodie

Lepak Spot with Amazing Sunset View in KL 📍 GS Nathan Corner Taman Saga, Ampang #klfoodie #makanlokal #foodiefestontiktok

♬ Lofi Vibes – Gentle State

Berminat dengan artikel “Kedai Makan dengan Pemandangan Sunset”? Jika ya, jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik dari kami!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *