Kafe Viral di Kuala Lumpur

March 28, 2022 by No Comments

Anda ada pengalaman pergi ke kafe yang menarik, tetapi harga dan makanan yang dihidangkan tidak berbaloi? Jom Sis Min kongsikan 5 kafe viral di Kuala Lumpur yang sedap dan semestinya instaworthy! Jangan bimbang… Kelima-lima kafe yang Sis Min bakal kongsikan ini, semuanya mendapat sekurang-kurangnya 4 bintang di Google Review.

1. VCR | Kafe Viral di Kuala Lumpur

Sumber: Google Photo

Jika anda sedang mencari kafe untuk sarapan atau brunch, ini merupakan kafe viral di Kuala Lumpur yang wajib anda kunjungi. Kafe ini mempunyai dua cawangan, iaitu di Bukit Bintang dan Bangsar.

Antara menu yang yang paling diminati ialah English Breakfast dan Avocado Toast V. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mencuba Soft Shell Crab Burger apabila datang ke sini. Sekiranya anda peminat kopi, jangan lupa untuk mencuba Coffee Latte mereka. Servis di kafe ini juga antara yang sering mendapat pujian para pelanggan. Jadi, jangan lupa singgah ke kafe ini!

Alamat: No. 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 A.M. – 11.00 P.M.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Instagram

2. Feeka Coffee Roasters

Sumber: Google Photo

Sekiranya anda ingin lepak sambil mengulang kaji, anda boleh singgah di Feeka Coffee Roasters. Kafe yang berkonsepkan minimalis ini sememangnya memberi suasana yang tenang dan selesa untuk para pelanggan. Jadi, tidak hairanlah ramai pelanggan membawa komputer riba apabila datang ke kafe ini.

Antara hidangan yang anda boleh anda cuba di kafe ini ialah french toast dan smoothie bowl. Pelbagai jenis pastri juga dijual di sini. Jangan lupa untuk mencuba Salted Caramel Cake yang merupakan best seller di sini!

Alamat: No. 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 A.M. – 10.00 P.M.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Instagram

3. LOKL Coffee Co | Kafe Viral di Kuala Lumpur

Sumber: Google Photo

Kafe yang berkonsepkan rustik dan dihiasi koleksi pop-art lokal ini terkenal dengan hidangan brunch dan kopi. Kafe viral di Kuala Lumpur ini menyediakan juadah yang diinspirasikan daripada makanan Amerika, Perancis dan Hainanese.

Jika anda datang ke sini untuk brunch, anda harus mencuba Piccolo Latte dan English Breakfast mereka. Selain itu, Buttermilk Fried Chicken, Chicken & Waffles, Thai Breakfast Omelette dan Smoked Brisket Hash juga merupakan antara hidangan yang terkenal di sini.

Alamat: No. 30, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 A.M. – 5.00 P.M.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Instagram

4. Jibby East

Sumber: Google Photo

Menariknya tentang kafe ini ialah, ia dikelilingi dengan alam semula jadi. Jadi, bolehlah anda mencuci mata sambil menikmati hidangan di sini. Kafe ini berkonsepkan kontemporari dan menggunakan perabot kayu yang sangat sesuai dengan suasana dan pemandangan di kafe ini.

Antara hidangan yang perlu anda cuba di sini ialah Seafood Aglio Olio, Squid Ink Spaghetti dan Spaghetti Carbonara. Terdapat juga pencuci mulut yang menarik di sini, seperti Pavlova.

Alamat: Sunway Montana (U/C), 53100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 11.00 A.M. – 10.00 P.M. (Hari minggu), 10.30 A.M. – 10.00 P.M. (Hujung minggu)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Instagram

5. Breakfast Thieves

Sumber: Google Photo

Tahukah anda? Kafe Breakfast Thieves yang terletak di Bangsar ini berasal dari Melbourne, Australia. Kafe ini menggunakan elemen kayu dan marble yang memberi kesan gaya moden dan elegan. Tingkap yang luas di kafe ini membolehkan anda untuk mencuci mata melihat pemandangan luar yang dipenuhi pokok menghijau. Jadi, tidak hairanlah kafe ini tersenarai dalam kafe viral di Kuala Lumpur.

Antara hidangan yang wajib anda cuba apabila datang bersarapan di sini ialah, The Legend. Juadah yang sedap dan unik ini merupakan juadah stew telur pedas dan dihidangkan bersama beef bacon, cendawan serta garlic bread. Jangan lupa juga untuk mencuba Citrus Cured Salmon dan Soft Shell Crab Burger juga.

Alamat: Lot M, 29-5, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa – Ahad, 9.00 A.M. – 5.00 P.M. (Tutup setiap hari Isnin)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Instagram

Jadi, tunggu apa lagi? Jom singgah ke kafe viral di Kuala Lumpur ini! Jangan lupa untuk ajak rakan-rakan atau ahli keluarga anda, dan kongsikan di media sosial masing-masing. Sis Min berharap perkongsian ini dapat membantu anda mencari kafe yang menarik dan sedap di Kuala Lumpur.

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *